| <<Previous Main Home Nexx>> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Setiap organisasi mempunyai pelbagai fungsi yang dilaksanakan dengan jelas, seperti mengurus sumber manusia, mengurus kewangan syarikat, memasarkan produk organisasi dan sebagainya. Fungsi-fungsi ini dikenali dengan panggilan kawalan fungsian dalam organisasi. Antara aplikasi-aplikasi sistem maklumat umum yang digunakan dalam organisasi ialah sistem maklumat kewangan, sistem maklumat sumber manusia, sistem maklumat Pemasaran, Sistem Maklumat Pembuatan dan sebagainya | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2.1 Sistem Maklumat Kewangan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Fungsi pengurusan kewangan adalah tertumpu kepada pengaliran wang dalam organisasi. Setiap organisasi perlu memperolehi wang yang mencukupi untuk menyokong aktiviti-aktiviti yang dikendalikan dalam organisasi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sistem maklumat kewangan adalah sistem maklumat n deberasaskan komputer yang menghasilkan maklumat berkaitan dengan kewangan organisasi untuk diberikan kepada individu atau kumpulan individu yang berada didalam dan luar organisasi. Maklumat yang dihasilkan adalah dalam bentuk laporan berkala, laporan khas, pernyataanakaun dan sebagainya suapaya pihak pengurusan dan elemen-elemen persekitaran organisasi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2.2 Sistem Maklumat Sumber Manusia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Fungsi Pengurusan Sumber Manusia melibatkan pemprosesan maklumat yang berkaitan dengan staff organisasi. Matlamat jabatan sumber manusia adalah untuk menguruskan penggunaan sumber manusia organisasi dengan lebih efektif dan efisyen. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Empat aktiviti utama yang dilakukan oleh pengurusan sumber manusia ialah pengambilan dan pengupahan staff, pendidikan dan latihan staff, pengurusan data staff dan pemberhentian dan pemberian faedah staff. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2.3 Sistem Maklumat Pemasaran | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pemasaran merupakan kawasan fungsian yang bertanggungjawab untuk : | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| menentukan identiti bagi produk yang ditawarkan kepada pengguna. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| menentukan kaedah yang efektif bagi meletakkan harga, merancang, mempromosi, menjual dan mengedar produk. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| mencipta produk dan pasaran baru kepada pengguna. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| meramalkan permitaan produk dan pendapatkan yang dijangkakan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Teknologi Internet berupaya untuk menyokong komunikasi dan usahasama secara global dikalangan pekerja, pelanggan, pembekal dan rakan kongsi niaga yang lain. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Teknologi Pertukaran Data secara Elektronik (Electronic Data Interchange/EDI) juga membolehkan penghantaran data secara lektronik melalui rangkaian komputer diantara organisasi-organisasi yang mempunyai hubungan perniagaan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sistem antara Organisasi (Interorganizational System/ IOS) bermaksud kombinasi firma atau organisasi yang dihubungkan menerusi rangkaian komputer supaya mereka boleh berfungsi sebagai satu sistem dan mencapai matlamat yang sama. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| <<Previous Main Home Nexx>> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||