<<Previous Home Main Next>>
Setiap peringkat pengurusan organisasi mempunyai keperluan maklumat yang berbeza. Keperluan maklumat ini dibekalkan oleh sistem maklumat yang menyokong setiap perngkat pengurusan dalam organisasi. Maklumat ini penting karena pengurus perlu mengetahui keadaan semasa organisasi untuk membolehkan pengurus membuat keputusan. Jenis maklumat yang diperlukan oleh pembuat keputusan adalah berkait rapat dengan peringkat pengurusan organisasi. Setiap peringkat pengurusan memerlukan maklumat yang berbeza karena setiap peringkat organisasi mempunyai matlamat, kepentingan, dan keahlian yang berbeza. Rajah 1 menunjukkan sistem-sistem maklumat yang menyokong setiap pengurusan organisasi iaitu peringkat strategik, taktikal, pengetahuan, dan operasi.
Pengurusan Strategik terdiri dari pegawai-pegawai atasan suatu organisasi seperti presiden, naib presiden atau ahli lembaga pengarah yang memainkan peranan secara aktif di dalam perjalanan perniagaan organisasi. Mereka membuat keputusan yang mampu menukar keseluruhan organisasi dan boleh memberi kesan jangkapanjang kepada operasi organisasi. Contoh keputusan yang boleh dibuat oleh pengurus atasan ialah mengambilalih atau bersatu dengan organisasi lain, membuka cawangan baru, mengeluarkan produk baru atau menstruktur semula organisasi. Pengurus strategik membuat keputusan yang boleh meninggalkan kesan jangkapanjang kepada seluruh organisasi. Keputusan yang dilakukan oleh mereka adalah berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang tidak berstruktur. Oleh itu pengurusan strategik memerlukan maklumat yang diringkaskandari pelbagai data mentah dari keseluruhan organisasi dan sumber-sumber luar yang dikumpulkan dari masa silam sehingga masa kini.
Pengurusan Taktikal adalah mereka yang menerima arahan daripada pengurusan strategik dan berdasarkan garis panduan yang diberikan mereka akan membuat keputusan untuk pengurusan operasi. Pengurusan taktikal akan merancang dan mencari taktik terbaik untuk melaksanakan keputusan strategik. Secara ringkasnya pengurusan strategik menentukan apa yang perlu dibuat manakala pengurusan taktikal menentukan bagaimana ia perlu dilakukan.
Pengurusan Pengetahuan merupakan mereka yang menjawat jawatan-jawatanyang diiktiraf seperti jurutera, doktor, peguam dan ahli sains dengan tugas yang meliputi penemuan maklumat dan penemuan baru. Selain mencipta pengetahuan baru mereka juga memastikan bahawa pengetahuan tersebut beserta kepakaran teknikal diintegrasikan dengan betul ke dalam organisasi.
Pengurusan Operasi terdiri dari pengurus-pengurus yang mengendalikan satu kumpulan kecil pekerja bawahan, contohnya seorang pengurus di bank cawangan. Mereka membuat keputusan dan bertindak berdasarkan polisi yang ditetapkan oleh pengurus atasan. Keputusan yang dibuat oleh mereka kemungkinan akan memberi kesan kepada sebilangan pekerja dan kesannya mungkin bertahan sehingga beberapa hari sahaja. Contohnya pengurus operasi mengarahkan seorang pekerja menggantikan pekerja lain yang cuti sakit.
Oleh kerana wujudnya keperluan-keperluan yang berbeza itu, maka sistem maklumat yang diperlukan oleh suatu peringkat organisasi hendaklah direkabentuk untuk memenuhi keperluan maklumat didalam peringkat organisasi tersebut. Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis sistem yang digunakan oleh peringkat pengurusandi dalam organisasi dan jenis keputusan yang perlu dilakukan
Sistem-sistem untuk&nbsp; pengurusan strategik dapat membantu pengurus-pengurus untuk menangani isu-isu strategik dan tend jangka panjang samada di dalam persekitaran dalaman atau luaran. Kebanyakan sistem yang digunakan oleh pengurus strategik adalah terdiri dari katagori Sistem Maklumat Eksekutif(SME), Sistem Pakar(SP), dan Sistem Bantuan Keputusan(SBK)
Sistem-sistem untuk pengurusan taktikal adalah direkabentuk untuk aktiviti-aktiviti pemantauan, pengawalan, dan pembuat keputusan-keputusan kecil. Kebanyakan sistem yang digunakan oleh pengurusan taktikal adalah tergolong dalam katagori Sistem Maklumat Pengurusan(SMP), dan Sistem Bantuan Keputusan(SBK).
Sistem-sistem untuk pengurusan pengetahuan direkabentuk untuk membantu pekerja-pekerja pengetahuan dan-pekerja di dalam organisasi. Tujuan sistem-sistem ini adalah untuk mebantu organisasi membuat penemuan, menyusun dan menyepadukan pengetahuan ke dalam perniagaan. Ia juga bertujuan untuk mengawal kerja-kerja yang banyakmelibatkan kertas. Kebanyakan sistem yang digunakan oleh pengurusan pengetahuan adalah Sistem-sistem Kerja Pengetahuan(SKP) dan Sistem Automasi Pejabat(SAP).
Sistem-sistem untuk pengurusan operasi adalah untuk aktiviti-akiviti asas dan transaksi di dalam organisasi seperti jualan , penerimaan, deposit tunai, gaji dan aliran bahan di dalam kilang. Tujuan sistem-sistem begini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan rutin dan menjejak aliran transaksi di dalam organisasi. Contoh sistem yang digunakan oleh mereka adalah sistem pemrosesan pesanan, Sistem penggajian Staf, sistem pengawalan mesin. Keban yakkan sistem yang digunakan untuk pengurusan operasi adalah tergolong di dalam&nbsp; katagori Sistem Pemrosesan Transaksi(SPT).
1.1 Sistem Pemprosesan Transaksi (SPT)
Ia merupakan sistem maklumat yang digunakan diperingkat operasi.SPT digunakan untuk memproses transaksi yang dilakukan dalam organsasi dan mengautmasikan kerja&nbsp; rutin harian.SPT boleh didefinasikan sebagai sistem berkomputer&nbsp; yang melaksanakan dan merekodkan rutin transaksi harian.SPT mempunyai tiga fungsi utama iaitu menyimpan akaun,mengeluarkan dokumen dan menghasilkan laporan.Fungsi menyimpan akaun melibatkan proses menyimpan data-data kewangan dengan tepat.Mengeluarkan dokumen ialah seperti resit pembelian,invois dan penyata bulanan transaksi.Penjanaan laporan merupakan hasil daripada transaksi yang berlaku dan diguna untuk kawalan operasi.
Rajah 2. Kitaran SPT
Kemasukan data melibatkan proses mengumpul,merekod dan menyunting data transaksi.Sistem maklumat berkomputer memerlukan data diolah mengikut format yang telah ditetapkan oleh sistem supaya boleh diproses oleh komputer.
Pemprosesan transaksi dan pengemaskinian fail dibuat secara kolompok atau secara masa nyata.Pemprosesan secara berkelompok bermaksud transaksi-transaksi dikumpul dan diproses secara berjadual supaya kandungan fail induk dikemaskini.Pemprosesan masa nyata pula bermaksud transaksi diproses terus sebaik sahaja diterima dan kandungan fail induk dikemaskini secara langsung.
Penjanaan laporan dan dokumen merupakan bukti menyatakan sesuatu transaksi telah berlaku.Beberpa kategori laporan dan dokumen yang dihasilkan oleh SPT ialah dokumen maklumat,dokumen turn-around,dokumen tindakan,penyata kewangan,dokumen kawalan dan laporan kesilapan.
Pemprosesan pertanyaan membenarkan pengguna yang sah membuat pertanyaan dan menerima output yang dihasilkan oleh proses transaksi.Output ini boleh dilihat pada skrin atau pada hasil cetakan.
Subsistem SPT adalah berorientasikan data dan data-data yang diproses mestilah tepat.Subsistem-subsistem dalam SPT hendaklah berinteraksi antara satu dengan lain.Data-data yang dihasilkan oleh subsistem boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk membuat keputusan.
Rajah 3. Susbsistem-subsistemSPT
Subsistem gaji digunakan untuk memproses bayaran gaji kepada staf organisasi.Subsistem tempahan ialah menerima,merekod dan memproses tempahan yang diterima daripada pelanggan.Subsistem inventori menyelenggarakan kuantiti produk yang masih ada di dalam simpanan dan memastikan bekalan simpanan mencukupi.Subsistem invois menghasilkan invois bagi produk yang dihantar kepada pelanggan.Subsistem penghantaran menerima item-item daripada bahagian inventori berserta arahan penghantaran.Subsistem akaun penerimaan menguruskan rekod pembelian,pembayaran dan baki bayaran pelanggan.Subsistem pembelian menerima pemintaan untuk melakukan sesuatu pembelian.Subsistem penerimaan menerima,memeriksa atau menolak barangan yang dibekalkan oleh pembekal.Subsistem pembayaran menguruskan pembayaran kepada pembekal.Lejar am mengintegerasikan data-data transaksi daripada kesemua subsistem SPT.Lejar am memastikan rekod kewangan berada dalam keadaan seimbang dan digunakan untuk mrancang belanjawan.Contoh output yang dihasilkan ialah penyata imbang duga dan penyata untung rugi.
1.2 Sistem Automasi Pejabat (SAP)
Sistem Automasi Pejabat (SAP) merupakan satu sistem maklumat yang digunakan untuk mengumpul,memproses,menyimpan dan menghantar mesej elektronik,dokumen,suara atau grafik di antara individu dan kumpulan kerja dalam organisasi.SAP sering digunakan untuk memudahkan kerja-kerja pejabat seperti percetakan,komunikasi antara pekerja,mesyuarat dan kerja-kerja rutin pengurusan pejabat.SAP boleh diklaskan kepada tiga kategori utama iaitu Sistem Pengurusan dan Pengendalian Dokumen,Sistem Penjadualan dan Sistem Komunikasi.Antara sistem yang dapat dikategorikan ke dalam Sistem Pengurusan dan Pengendalian Dokumen ialah Pemprosesan Perkataan,Penerbitan Atas Meja dan Pemprosesan Imej.
Sistem-sistem yang dapat dikategorikan ke dalam Sistem Penjadualan ialah kalender elektronik dan alat bantu penjadualan.Alat bantu kalender dan penjadualan menyediakan perisian-perisian pengurusan masa dan pengurusan maklumat peribadi kepada pengurus.Pengguna boleh menggunakan pelbagai kemudahan elektronik seperti kelender,buku temujanji,buku alamat dan lain-lain.Contoh pakej dalam kategori ini ialah Novell Groupwise,Netscape Communicator dan Microsort Exchange.
Antara sistem-sistem yang boleh dikategorikan ke dalam Sistem Komunikasi ialah mel elektronik,mel suara dan persidangan video.Sistem-sistem komunikasi ini telah memudahkan pekerja berhubung di antara satu sama lain dengan menggunakan rangkaian seperti rangkaian setempat,Intranet dan Internet.Sistem-sistem seperti mel elektronik dan mel suara membolehkan maklumat disimpan,diagihkan dan dicapai oleh semua pekerja di dalam organisasi.Sistem-sistem persidangan video pula membolehkan sekumpulan manusia dari lokasi yang berbeza untuk berbincang dan membuat keputusan.
1.3 ;Sistem Kerja Pengetahuan (SKP)
Sistem Kerja Pengetahuan (SKP) merupakan sistem-sistem maklumat yang membantu pekerja pengetahuan di dalam mencipta dan mengintergerasikan pengetahuan-pengetahuan baru di dalam organisasi.SKP merupakan sistem yang membantu pekerja pengetahuan manakala SAP merupakan sistem yang memebantu pekerja-pekerja data (SAP juga digunakan oleh pekerja pengetahuan).Pekerja pengetahuan merupakan pekerja berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang sering menjawat jawatan-jawatan yang diiktiraf seperti jurutera,doktor,peguam dan ahli sains.SKP membolehkan pengetahuan baru dicipta dan memastikan bahawa pengetahuan tersebut beserta kepakaran teknikal diintergerasikan dengan baik ke dalam organisasi.
Pekerja Pengetahuan memainkan tiga peranan penting yang kritikal kepada   sesuatu organisasi iaitu :
i) Memastikan   organisasi sentiasa memperolehi pengetahuan-pengetahuan baru terutama yang   berkaitan dengan dunia luar seperti teknologi, sains, pemikiran sosial dan   seni.
ii) Memberi&nbsp;   khidmat sebagai perunding dalaman didalam bidang pengetahunan, perubahan yang   berlaku dan peluang-peluang yang ada.
iii) Bertindak   sebagai agen perubahan yang sentiasa menilai, memulakan dan menggalakkan   perubahan.
Rajah 3. Komponen Sistem Kerja Pengetahuan
  Antara kompenan SKP ialah Alatbantu, Antarmuka Pengguna, Stesen Kerja   Pengetahuan dan Pangkalan Pengetahuan Luaran.SKP perlu menyediakan Alatbantu   yang diperlukan oleh pekerja pengetahuan seperti alatbantu grafik,alatbantu   anlitik,alatbantu komunikasi dan alatbantu pengurusan dokumen.Antaramuka   pengguna yang ramah amat penting kepada SKP.Ia dapat menjimatkan masa pekerja   pengetahuan dengan membolehkan mereka mendapatkan pengetahuan yang dikehendaki   tanpa perlu membuang masa yang banyak untuk mempelajari bagaimana untuk   menggunakan sistem.
Stesen Kerja   Pengetahuan merupakan perkakasan bagi suatu SKP ia direkabentuk dan   dioptimumkan untuk melakukan tugas-tugas khas.
Pangkalan   Pengetahuan luaran diperlukan kerana pekerja pengetahuan memerlukan   pengetahuan dari sumber luaran, maka SKP memerlukan satu pangkalan pengetahuan   luaran yang mudah dicapai ketika pengetahuan tersebut dikehendaki.
1.4 Sistem Maklumat   Pengurusan(SMP)
Sistem Maklumat Pengurusan(SMP) merupakan satu sistem maklumat yang memberi   khidmat dengan menyediakan ringkasan rutin dan laporan-laporan pengecualian   sebagai output bagi fungsi-fungsi perancangan, pengawalan dan   pembuatan-pembuatan keputusan di peringkat keputusan taktikal suatu organisasi
Maklumat yang dikeluarkan oleh SMP adalah terdiri daripada paparan dan laporan   yang disediakan samada atas permintaan pengurus atau dari masa ke semasa   secara berjadual atau apabila suatu keadaan mendesak berlaku.
Antara ciri-ciri   Sistem Maklumat Pengurusan(SMP) ialah ia menyokong keputusan-keputusan&nbsp;   berstruktur diperingkat operasi dan kawalan pengurusan. SMP biasanya   berorientasikan laporan dan kawalan.
SMP mengeluarkan   tiga laporan utama iaitu Laporan Berjadual Berkala, Laporan Kekecualian dan   laporan permintaan dan maklum balas.
Laporan berjadual   berkala menyediakan maklumat kepada pengurus dalam format yang ditentukan   lebih awal.Contohnya laporan analisa jualan mingguan.
Laporan kekecualian   dihasilkan hanya apabila syarat-syarat pengecualian wujud.Contohnya laporan   yang mengandungi maklumat pelanggan yang melebihi had kredit.
Laporan permintaan   dan maklumbalas menyediakan maklumat khusus apabila seseorang pengurus   mengkehendakinya.
1.5   Sistem   Bantuan Keputusan (SBK)
Sistem Bantuan Keputusan (SBK) merupakan satu sistem maklumat yang direka   bentuk untuk membantu pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah yang   semistruktur dan tidak berstruktur dengan menggunakan data dan model.Antara   ciri-ciri SBK ialah ia lebih fleksibel, boleh disesuaikan dan mampu memberi   maklum balas dengan cepat.
SBK amat berguna   kepada pengurusan taktikal dan strategik kerana ia dapat menyediakan   model-model analitik, simulasi, capaian data untuk membantu mereka membuat   keputusan.
1.6  Sistem Pakar (SP)
Sistem Pakar (SP) merupakan satu sistem maklumat yang berasaskan pengetahuan   yang menggunakan pengetahuan tentang sesuatu bidang aplikasi untuk bertindak   sebagai pakar runding kepada pengguna akhir.
Antara ciri-ciri   sistem pakar ialah ia mempunyai pangkalan pengetahuan yang dipisahkan daripada   mekanisma pemprosesan yang dinamakan Enjin Inferens (Inference Engine).Ia   mempunyai kemudahan untuk menjelaskan sesuatu tindakan yang diambil oleh   sistem.
1.7;   Sistem Maklumat Eksekutif (SME)
Sistem Maklumat Eksekutif (SME) merupakan sistem maklumat pengurusan yang   telah diubahsuai mengikut keperluan maklumat strategik pihak pengurusan   atasan.Sistem ini mengabungkan ciri-ciri sistem maklumat pengurusan dan   bantuan keputusan dan bertujuan untuk memudahkan eksekutif atasan mendapatkan   maklumat ketika yang diperlukan pada masa tertentu dan mengikut format   tersendiri.
<<Previous Home Main Next>>
Hosted by www.Geocities.ws

1