| Memahami sistem maklumat yang terdapat disetiap peringkat dalam organisasi serta keperluannya. |
| Mengetahui sistem-sistem maklumat umum yang terdapat di kebanyakan organisasi. |
| Mengetahui sistem-sistem maklumat yang terdapat dipelbagai industri. |
| Bab ini adalah berkenaan dengan sistem maklumat dan konteks penggunaannya dalam organisasi. Sistem maklumat membantu organisasi dengan membekalkan data dan maklumat yang berkaitan dengan operasi-operasi perniagaan. Sistem maklumat yang menyokong organisasi dapat dipecahkan kepada peringkat pengurusan dan bidang fungsian serta sistem maklumat yang menyokongnya. |
| Peringkat Strategik |
| -Sistem Maklumat Eksekutif(SME) |
| -Sistem Pakar(SP) |
| Peringkat Taktikal |
| -Sistem Bantuan Keputusan(SBK) |
| -Sistem Maklumat Pengurusan(SMP) |
| Peringkat Pengetahuan |
| -Sistem Automasi Pejabat(SAP) |
| -Sistem Kerja Pengetahuan(SKP) |
| Peringkat Operasi |
| -Sistem Pemprosesan Transaksi(SPT) |
| Penerangan terperinci mengenai setiap setiap sistem maklumat yang menyokong organisasi akan diterangkan di dalam bab ini. Penerangan akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu: |
| Sistem maklumat yang menyokong peringkat pengurusan organisasi. |
| Sistem maklumat yang menyokong bidang fungsian organisasi. |