<<Previous Main Home
Sistem maklumat berkomputer kini, amat meluas digunakan dalam setiap industri. Bahagian berikutnya menerangkan beberapa sistem maklumat yang terdapat dalam pelbagai industri.
3.1 Pembuatan
  Sistem maklumat pembuatan menyokong fungsi-fungsi pengeluaran atau operasi yang merangkumi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perancangan dan pengawalan proses-proses pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
Sebagai contoh,
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia,menggunakan sistem maklumat yang dapat membantu:
a. Memberi maklumat mengenai bekalan bahan mentah yang mencukupi bagi industri kayu-kayuan
b. Meningkatkan produktiviti keluaran kayuan bermutu tinggi melalui latihan serta pemakaian teknologi dan kaedah moden.

Atau penggunaan sistem maklumat dalam pembuatan ialah seperti memproses pesanan pelanggan, menyediakan jadual pengeluaran, mengawal tahap inventori, memantau kualiti produk, merekabentuk produk -
'Computer Aided Design', mengautomasikan proses pengeluaran-'Computer Aided Manufacturing', mengintegrasikan pelbagai mesin atau bahagian-bahagian peralatan -'Computer Integrated Manufacturing'.
3.2 Kerajaan
Sistem-sistem maklumat berkomputer kini telah banyak dipasangkan dalam organisasi kerajaan untuk mengautomasikan proses-proses kerja dan menggantikan tenaga buruh yang ramai. Antara contoh penggunaan sistem maklumat dalam organisasi kerajaan ialah
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mempunyai sistem maklumat berkomputer untuk
- Mengurus maklumat dan urusan pentadbiran
- Membuat perancangan dan latihan staf
- Menyimpan dan mencetak maklumat pengalaman staf
- Membantu menyediakan data perjawatan jabatan
- Membantu pihak pengurusan membuat penilaian pergerakan gaji staf dan sebagainya.
JPA juga menggalakkan penggunaan komputer dikalangan personel jabatan selaras dengan konsep Kerajaan Elektronik. Malah pelaksanaan sistem maklumat berkomputer telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memperolehi maklumat yang diperlukan melalui internet.
  Di Kementrian Pertahanan (MINDEF), sistem maklumat berkomputer digunakan untuk merancang dalam perolehan peralatan/senjata, aktiviti-aktiviti latihan, menyimpan maklumat yang berkaitan dengan pertahanan negara dan sebagainya. Di Kementrian Kewangan pula, sistem maklumat digunakan untuk merancang dan mengurus kewangan negara, menyediakan maklumat mengenai pasaran wang semasa, saham, bon, pelaburan, sumber dana, dan sebagainya.
3.3 Pendidikan
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat telah membawa kearah perubahan cara kerja dalam bidang pendidikan. Malah kebanyakan sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi, maktab perguruan, perpustakaan dan sebagainya telah membangunkan sistem maklumat berkomputer untuk membantu dalam pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan. Berkomunikasi dan berkongsi maklumat adalah kerja dan tugas utama para pendidik, ahli akademik, jurulatih dan mereka yang terlibat dalam pendidikan dan latihan. Malah yang terkini adalah hasrat Kementrian Pendidikan untuk mewujudkan sekolah bestari dengan menggunakan teknologi-teknologi maklumat yang canggih.
; Antara contoh penggunaan sistem maklumat dalam bidang pendidikan ialah seperti nota elektronik, peperiksaan secara atas-talian, sistem maklumat berkomputer untuk menyimpan semua maklumat pelajar dan maklumat pendidik, pembelajaran jarak jauh, pembelajaran berbantukan komputer(Computer Aided Learning), pengajaran bercirikan sistem multimedia, dan sebagainya tyang dapat meningkatkan lagi sistem pendidikan di Malaysia.
3.4 Perubatan
Organisasi seperti hospital, klinik, farmasi dan sebagainya juga tidak ketinggalan dalam menggunakan sistem-sistem maklumat berkomputer untuk meningkatkan lagi perkhidmatan mereka kepada pengguna. Salah satu aplikasi dalam projek Koridor Raya Multimedia adalah tele perubatan. Tele-perubatan menggunakan teknologi multimedia untuk menyediakan pelbagai faedah kepada semua fihak dalam sektor perubatan. Ia menyediakan maklumat yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan boleh dicapai oleh mana-mana individu.
3.5 Perkhidmatan Kewangan, Perbankan dan Insuran
Dalam sektor perkhidmatan, sistem maklumat memainkan peranan yang amat penting. Selalunya sistem maklumat merupakan tulang belakang kepada organisasi-organisasi yang bercirikan perkhidmatan. Aktiviti-aktiviti utama dalam sistem perbankan adalah untuk menghasilkan maklumat. Input kepada sistem maklumatnya ialah seperti jenis akaun, deposit, cek, pengeluaran wang dan sebagainya. Output pula seperti penyata-penyata yang menunjukkan faedah diberi atau dihutang, baki wang dalam bank dan pelbagai maklumat lain yang penting. Sebagai contoh pengeluaran wang menerusi sistem maklumat yang dipanggil mesin juruwang automatik (ATM-Automated Teller Machine)
Perkhidmatan insuran adalah untuk menggalakkan dan menyediakan kemudahan untuk berhemat cermat dan menabung bagi bekalan dimasa depan. Penggunaan sistem maklumat dalam aktivit insuran boleh memepercepat penyebaran maklumat mengenai faedah yang diperolehi. Sebagai contoh syarikat insuran kini meletakkan maklumat dan aktiviti insuran di halaman web, supaya mana-mana individu boleh mencapainya. Malah permohonan untuk menyertai skim insuran juga dibuat secara atas talian tanpa perlu pergi kesyarikat insuran berkenaan.
3.6 Penjualan Runcit
Ada beberapa organisasi penjualan runcit gergasi yang dihubungkan dengan rangkaian komunikasi menggunakan satelit. Dalam situasi begini, pihak pengurusan dapat mengenalpasti item-item jualan yang laris dijual dengan mudah. Sistem titik jualan (point of sale system) diantara sistem-sistem multimedia yang telah diperkenalkan didalam pemasaran barangan.
3.7 Percetakan
Sistem-sistem pemprosesan perkataan membolehkan dokumen teks, dicipta, disunting, diformat, disimpan, dan dicetak. Sistem penerbitan atasmeja juga digunakan untuk mereka bentuk dan mencipta dokumen-dokumen taip yang menggabungkan image dan teks.
3.8 Pengangkutan
Penggunaan sistem maklumat didalam sektor pengangkutan telah banyak membantu dan memudahkan pelbagai aktiviti seperti penempahan tiket bagi pengangkutan udara, darat atau laut, penjadualan perjalanan pengangkutan dan perancangan urusan peyelenggaraan kenderaan.
Sistem maklumat geografi (SMG) merupakan satus sistem maklumat yang sangat penting. Ia mempunyai pangkalan data yang dapat menyimpan peta dimana maklumat diperolehi dan terdapat satu aturcara yang mencapai data-data dari pangkalan data dan memaparkannya didalam bentuk graf&nbsp; berbagai warna dan simbol yang mudah difahami. SMG mempunyai pelbagi kegunaan , antaranya ialah :
Dalam industri     perkhidmatan penghantaran surat dan barangan.
Dalam industri     perkhidmatan pengangkutan awamna yang biasanya digunakan untuk menentukan     laluan yang paling sesuai digunakan untuk memastikan semua penumpang     mendapat kemudahan pengangkutan awam yang diperlukan.
Pengurus teksi     mengenal pasti lokasi teksi yang paling hampir dengan penumpang untuk     diarahkan mengambil penumpang berkenaan.
<<Previous Main Home
Hosted by www.Geocities.ws

1