oleh: Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al-Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang
paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apa yang
paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap  kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apa yang
paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al-A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang
paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam  Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika  Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang
paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan dan mengejar kekayaan dunia, pekerjaan kita  tinggalkan  solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang
paling tajam di  dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan angkuhnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
A1.Enam Persoalan Hidup
Enam Persoalan Hidup
Koleksi Artikel
ke atas
(Hadapan) (Profil Kami) (Khidmat Kami) (Modul Kami)
(Hadapan)
(Modul Kami)
(Khidmat Kami)
(Profil Kami)
Your browser doesn't support java1.1 or java is not enabled!
Hak Cipta Terpelihara 2008 Rakan Motivasi Training Team
webmaster: naymz
A2.Cara-cara Mengkhusyukkan Solat
Cara-cara Mengkhusyukkan Solat
Assalamualaikum w.b.t kepada semua. Penulis pada kali ini terdetik di hati untuk berkongsi dengan adik-adik sekalian dan para pelawat laman web ini untuk berkongsi bersama bagaimana kita untuk menumpukan atau mengkhusyukkan solat kita. Solat merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam dan kita diminta untuk menjaga solat kita kerana �Solat itu Tiang Agama�.
Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku �Hidup Bertaqwa� yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah.

1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.
2. Menjaga makan minum terjamin halalnya.
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wudhu� dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku� dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Sekian. Wassalam.
ke atas
Your browser doesn't support java or java is not enabled!
RAKAN MOTIVASI TRAINING TEAM         
Pengendali Program Motivasi Pelajar dan Remaja                           
Hosted by www.Geocities.ws

1