| PROFIL KAMI... |
| Kami, Rakan Motivasi Training Team (Rakan Motivasi) terdiri daripada individu-individu yang mempunyai wawasan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah atau remaja membina keyakinan diri dan semangat mereka dalam menghadapi cabaran dan persaingan sama ada dalam pembelajaran dan sosial masyarakat. Kami terdiri daripada bekas siswazah sama ada yang telah bekerja (profesional/bukan profesional) dan mahasiswa universiti yang berpengalaman luas mengendalikan dan menganjurkan program, bengkel dan kem motivasi bagi pelajar-pelajar sekolah khasnya dan remaja amnya. Dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang kami ada kami akan cuba membantu untuk mewujudkan pelajar-pelajar dan remaja yang mempunyai motivasi diri yang tinggi dan berfikiran positif serta sedar akan pentingnya ilmu pengetahuan, mempraktikkan ilmu dalam kehidupan harian, yang mana ini dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, membolehkan mereka cemerlang sama ada di dunia dan akhirat. Dengan itu diharap dengan adanya aktiviti-aktiviti yang kami jalankan yang bersifat intelek, ceria dan membangkitkan semangat, kami percaya dapat membantu mereka menanam semangat jati diri sebagai seorang pelajar dan remaja yang berilmu dan berkeyakinan tinggi agar mereka lebih bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. |
| VISI KAMI... |
| MISI KAMI... |
| KHIDMAT KAMI... |
| Keyakinan, ilmu dan semangat kunci kepada kecemerlangan peribadi. |
| Menjadi sebuah organisasi yang berkemampuan untuk menganjur, mengelola dan mengendalikan program, kem atau bengkel motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah, remaja, belia dan orang ramai. |
| Memberi dan meningkatkan kesedaran diri para pelajar dan remaja untuk berubah ke arah yang lebih positif terutama dari segi intelektual, rohani, emosi dan ketrampilan diri serta menguatkan lagi jati diri mereka dan sedar akan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupan. |
| 1. Menyediakan khidmat fasilitator bagi aktiviti �Latihan Dalam Kumpulan� dan aktiviti-aktiviti motivasi dan rekreasi berdasarkan modul latihan dan kepakaran kami. 2. Merancang dan menyusun atur aktiviti bagi sesuatu program dan menyediakan modul-modul 'Latihan Dalam Kumpulan' yang bersesuaian dengan sesuatu program. 3. Menyediakan kumpulan individu dalam membantu mengendalikan dan mengelolakan program, bengkel atau kem motivasi serta minggu orientasi/suai kenal. |
| HUBUNGI KAMI... |
| Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, emailkan kepada kami : [email protected] |
| (Hadapan) (Profil Kami) (Khidmat Kami) (Modul Kami) |
| (Hadapan) |
| Hak Cipta Terpelihara 2008 Rakan Motivasi Training Team webmaster: naymz |
| MOTTO KAMI... |
| RAKAN MOTIVASI TRAINING TEAM Pengendali Program Motivasi Pelajar dan Remaja |
![]() |