Buat masa ini, kami menawarkan khidmat fasilitator bagi pihak-pihak yang merancang untuk mengendalikan program-program motivasi yang melibatkan pelajar dan remaja.

Antara khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh Rakan Motivasi:
1. Menyediakan fasilitator bagi aktiviti �Latihan Dalam Kumpulan� dan aktiviti-aktiviti  motivasi dan rekreasi yang tertakluk kepada kepakaran kami.

2. Merancang dan menyusun atur aktiviti bagi sesuatu program dan menyediakan modul-modul Latihan Dalam Kumpulan yang bersesuaian dengan program tersebut.

3. Menyediakan kumpulan individu dalam membantu mengendalikan dan mengelolakan program, bengkel atau kem motivasi serta minggu orientasi/suai kenal.
Khidmat Kami... 
Tenaga & Kepakaran Kami... 
  Kami terdiri daripada individu-individu pelbagai latar belakang, bekerja, sama ada dalam bidang profesional atau bukan profesional, serta bekas mahasiswa dan mahasiswa universiti. Kami berpengalaman dalam mengendalikan program-program motivasi terutama bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

   Fasilitator-fasilitator kami berkebolehan untuk mengendalikan
'Latihan Dalam Kumpulan Kecil' dan 'Latihan Dalam Kumpulan Besar'. Oleh itu, aktiviti utama kami tertumpu kepada perlaksanaan manual latihan dalam kumpulan agar ia memberi impak yang jelas kepada peserta (pelajar dan remaja) di bawah bimbingan kami. Kami mempraktikkan kaedah "approach and understand" di mana kami cuba untuk menyelami diri dan jiwa seseorang peserta. Kami juga menitikberat ukhuwah antara fasilitator dengan pelajar.

   Kami juga berkebolehan untuk mengelolakan aktiviti seperti ceramah, kuliah, forum, lawatan sambil belajar, aktiviti-aktiviti 'indoor' dan 'outdoor'.
next page...
previous page
Peneraju Utama...
KO-ORDINATOR OPERASI
NORAZMI BIN MOHAMED
B.Sc (Biomedical Technology)
KO-ORDINATOR BIMBINGAN
SALINA BINTI NEN
M.A (Psychology Counseling)
KO-ORDINATOR ACARA
ROSMANIAH BINTI OMAR
B.Ed (Tesl)
(Hadapan) (Profil Kami) (Khidmat Kami) (Modul Kami)
(Hadapan)
(Modul Kami)
(Khidmat Kami)
(Profil Kami)
Your browser doesn't support java1.1 or java is not enabled!
Hak Cipta Terpelihara 2008 Rakan Motivasi Training Team
webmaster: naymz
RAKAN MOTIVASI TRAINING TEAM         
Pengendali Program Motivasi Pelajar dan Remaja                           
Hosted by www.Geocities.ws

1