| Modul Kami... |
| Modul Kami Dibahagikan Kepada 2 Bahagian... |
| Matlamat LDK... |
| LDK adalah singkatan bagi 'Latihan Dalam Kumpulan' di mana beberapa individu dengan pelbagai personaliti duduk bersama membentuk satu kumpulan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, setiap individu akan mempertontonkan suatu gabungan interaksi, tingkah laku dan perlakuan dalam mencapai matlamat suatu latihan atau aktiviti. Ahli kumpulan akan mengenali antara satu sama lain dan mengenalpasti nilai-nilai negatif yang harus dikikis dan seterusnya membina nilai-nilai positif dan ini merupakan suatu proses percetusan kesedaran diri ke arah perubahan diri yang berterusan. Fasilitator bertindak sebagai pemangkin dalam mencapai matlamat suatu latihan. |
| i) Untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara ahli-ahli kumpulan. ii) Untuk membina individu yang mempunyai keyakinan diri dan boleh mengetengahkan cadangan dan seterusnya berani membuat keputusan. iii) Untuk menggalakkan sikap suka berinteraksi atau berkomunikasi bagi melahirkan masyarakat yang benar-benar saling memahami antara satu sama lain. iv) Untuk melahirkan manusia yang mempunyai sikap positif seperti bermotivasi, analitikal, berobjektif dalam membuat sesuatu dan kritikal. |
| Modul 'Latihan Dalam Kumpulan Kecil', di mana latihan-latihan atau aktiviti-aktiviti yang merangkumi komponen-komponen berikut ; i) Pengenalan dan Pendedahan ('Ice Breaking') - bertujuan membina kepercayaan dan kemesraan antara ahli kumpulan. ii) Pembentukan Kumpulan ('Team Buiding') - bertujuan membina semangat dan kerjasama kumpulan serta komunikasi antara ahli. iii) Potensi dan Perbezaan (P&P) - bertujuan untuk mengenal diri dengan lebih mendalam, mencari potensi diri dan mencari perbezaan antara individu dan memperbaiki kelemahan serta meningkatkan nilai positif dalam diri. iv) Tugasan ('Assignment') - bertujuan menguji disiplin diri, keberanian mencadang dan membuat keputusan dan komitmen individu dalam setiap aktiviti. v) Kontrak/Ikrar ('Promises') - bertujuan mencungkil keikhlasan diri untuk menerima diri, pengukuhan diri ke arah yang lebih baik dan kesungguhan dalam melakukan perubahan. Modul 'Latihan Dalam Kumpulan Besar'. Terbahagi kepada dua sub-modul: Modul A - dikendalikan oleh seorang fasilitator/koordinator. Modul B - dikendalikan oleh lebih seorang fasilitator/koordinator. Antara aktiviti-aktiviti yang mampu dikendalikan adalah seperti Mencari Harta Karun, Senaman, Senamrobik, Sukaneka, Kawad, Muhasabah Diri, Latihan-latihan yang menguji pemikiran dan lain-lain aktiviti 'indoor' dan 'outdoor'. Modul ini memfokuskan kepada aspek-aspek: - Semangat kerjasama berpasukan, persaingan antara kumpulan dan juga antara individu. - Kesatuan di kalangan peserta-peserta. - Kesedaran atau keterbukaaan minda mengenai sesuatu perkara hasil daripada aktiviti/latihan yang dijalankan. |
| LDK adalah... |
| (Hadapan) (Profil Kami) (Khidmat Kami) (Modul Kami) |
| (Hadapan) |
| RAKAN MOTIVASI TRAINING TEAM Pengendali Program Motivasi Pelajar dan Remaja |
![]() |
| Hak Cipta Terpelihara 2008 Rakan Motivasi Training Team webmaster: naymz |