ban_ipoh.gif (20KB)
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetensi Asas Kecemerlangan





Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Luar Biasa
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara


cegahi penyeludupan.gif (7KB)
BAHAGIAN PERJENISAN DAN PENILAIAN, IPOH

Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam
Aktiviti utama bahagian ini adalah:

  • Mengkaji dan membuat keputusan perjenisan bagi permohonan perjenisan secara terbuka, lisan atau melalui talipon
  • Memproses laporan-laporan perjenisan dan mengemukakan ke Cawangan Pengurusan Penilaian Ibu Pejabat bagi kes-kes pencegah, bayaran duti secara bantahan dan dagangan yang sukar ditentukan klasifikasinya; dan
  • Mengkaji dan membuat perakuan harga jualan ke Cawangan Pengurusan Penilaian Ibu Pejabat bagi taksiran dibawah Seksyen 7(1)(b) Akta Cukai Jualan 1972 dan Seksyen 2(1), Akata Eksais 1976.


BAHAGIAN PASCA IMPORT, IPOH

Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam
Aktiviti utama bahagian ini adalah:

  • Bertanggungjawab untuk menjalankan auditan selepas pengimportan keatas pengimportan barang-barang yang berduti untuk menentukan samada nilai yang diikrar adalah nilai yang berpatutan dan
  • Memastikan cukai / duti yang dipungut adalah tepat dengan cara melakukan penyemakan keatas borang-borang Kastam dan penyata-penyata Cukai Dalaman.

Links

Kastam Malaysia


[Pengurusan] [Cukai Dalaman] [Kastam] [Pencegahan] [Stesen Kastam] [Kastam Perak]


Penafian:
Laman ini disediakan untuk kemudahan orang ramai dan memandangkan sifat-sifat media ini, hanya undang-undang, peraturan atau notis terkini yang bercetak sahaja dianggap rasmi.

Copyright © 2004 Kastam Perak. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1