ban_ipoh.gif (20KB)
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetensi Asas Kecemerlangan





Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Luar Biasa
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara


cegahi penyeludupan.gif (7KB)
BAHAGIAN KASTAM, IPOH

Bahagian Kastam, Ipoh diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam dan dibahagikan kepada 2 cawangan utama:

  • Cawangan Import / Eksport
  • Cawangan Perindustrian


Cawangan Import/Eksport

Cawangan ini merangkumi lima (5) komponen utama yang menjalankan aktiviti import eksport dan lain-lain aktiviti yang ada kaitan dengan import eksport. Komponen-komponen berkenaan adalah seperti berikut :

i.Ipoh Cargo Terminal

Merupakan sebuah Depoh Pelepasan Dalaman yang dilesenkan di bawah Sek. 65E Akta Kastam 1967. Terminal ini menyediakan kemudahan pelepasan Kastam untuk import/eksport dengan kontena melalui rel atau jalanraya.

ii. Gudang Kastam, Ipoh

Menyediakan kemudahan di bawah Sek. 63, Akta Kastam (Inland Customs Station) tetapi kini digunakan untuk pelepasan dagangan kargo udara dari stesen-stesen kastam Lapangan Terbang, Ipoh, Sepang dan Bayan Lepas. Pelepasan dagangan yang dipindahkan dari zon-zon bebas dan gudang-gudang berlesen awam juga dilakukan di gudang Kastam ini.

iii. Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh

Menyediakan pelepasan import / eksport kargo udara dan penumpang.

iv. Gudang Berlesen Awam dan Gudang Berlesen Persendirian, Ipoh

Menyediakan kemudahan penggudangan dagangan import / eksport di bawah Sek. 65, Akta Kastam 1967.

v. Pos Besar, Ipoh

Menyediakan pelepasan kastam bagi bungkusan-bungkusan Pos. Unit Kastam Pos Besar Ipoh dibuka semula operasinya mulai 2 Mei 1997. Unit ini pernah ditutup dari 1.10.1995 hingga 30.4.1997 atas kehendak Pos Malaysia Sdn. Bhd.

Cawangan ini mempunyai seramai 45 orang Pegawai dan kakitangan diketuai oleh seorang Penolong Pengarah Kastam.

No. Telefon Pejabat: 05-5272417.

Aktiviti / Cawangan

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di cawangan ini adalah seperti berikut :

  • Aktiviti import dan pungutan duti import dan cukai jualan import
  • Aktiviti eksport dan pungutan duti eksport
  • Aktiviti-aktiviti permindahan dagangan dari ICT, Lapangan Terbang Ipoh, GBA-GBA dan GBP-GBP kepada satu stesen atau unit kawalan kastam yang lain dan sebaliknya.
  • Aktiviti pengangkutan barang-barang dalam Malaysia iaitu antara Semenanjung dengan Sabah/Sarawak.


Cawangan Perindustrian

  • Mengawal syarikat-syarikat Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) di bawah Seksyen 65/65A, Akta Kastam 1967.
  • Mengawal syarikat-syarikat yang menikmati pengecualian di bawah Seksyen 14(2), Akta Kastam 1967.
  • Memproses permohonan kemudahan dan tuntutan tarikbalik duti di bawah Seksyen 99, Akta Kastam 1967.
  • Mengawal pergerakan barangan di pintu keluar masuk Zon Bebas Kinta dan Zon Bebas Jelapang.
  • Memproses permohonan menggunakan kenderaan/peti berkunci.


Links

Kastam Malaysia


[Pengurusan] [Cukai Dalaman] [Pencegahan] [Stesen Kastam] [Kastam Perak]


Penafian:
Laman ini disediakan untuk kemudahan orang ramai dan memandangkan sifat-sifat media ini, hanya undang-undang, peraturan atau notis terkini yang bercetak sahaja dianggap rasmi.

Copyright © 2004 Kastam Perak. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1