ban_ipoh.gif (20KB)
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetensi Asas Kecemerlangan





Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Luar Biasa
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara


cegahi penyeludupan.gif (7KB)
BAHAGIAN PENGURUSAN

Terdapat dua (2) cawangan dan satu (1) unit seperti berikut:

  • Cawangan Pengurusan Personel Dan Pentadbiran Am
  • Cawangan Kewangan dan Perolehan
  • Pusat Pelesenan Bersetempat



1.CAWANGAN PENGURUSAN PERSONEL DAN PENTADBIRAN AM

PENDAHULUAN

Bahagian Pengurusan dan Personel bertanggungjawab melaksanakan pengurusan hal ehwal perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia di dalam mewujudkan sistem pengurusan yang mantap, proaktif dan berkualiti di dalam aktiviti-aktviti yang merangkumi perjawatan dan perkhidmatan, Pentadbiran Am dan latihan "in house training" di samping memperkembangkan minda anggota-anggota malalui pelan tindakan yang dirancang.

OBJEKTIF

  • Untuk mewujudkan budaya bekerja di kalangan anggota jabatan secara berprinsip kesetiaan dan semangat bekerjasama yang padu dan aktif di dalam semua urusan perkhidmatan dan pengurusan sumber tenaga manusia.
  • Untuk memperkemaskan dan mempertingkatkan keupayaan pelaksanaan pengurusan personel, pentadbiran dan kewangan Jabatan supaya pembangunan sumber tenaga manusia seimbang dengan pembangunan ekonomi negara.
  • Untuk memperkemas, mempertingkat dan memperkembangkan prestasi pengurusan personel dan pentadbiran supaya keupayaan pelaksanaannya selaras mengikut prinsip-prinsip pentadbiran dan perkhidmatan sektor awam.
  • Untuk mempertingkatkan kemampuan dan keupayaan pengurusan Jabatan dengan penggunaan Teknologi Maklumat yang canggih supaya pelaksanaan perkhidmatan lebih cekap dan berkesan sejajar dengan menaikkan imej Jabatan yang mengamalkan budaya kerja cemerlang dan berprofesionalisme.
  • Untuk memperkembang dan mempertingkatkan minda di kalangan anggota dengan membekalkan alat komunikasi canggih yang sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa.
  • Untuk mempertingkatkan kemampuan berkhidmat dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan Jabatan dengan cara mengemaskinikan dan memperluaskan pengedaran perintah-perintah utama Jabatan, mengemaskinikan sistem penyelenggaraan dan penyimpan maklumat supaya wujudnya pelaksanaan kehendak perintah dengan teratur dan berkesan.
  • Untuk mewujudkan sistem maklumat profail anggota Jabatan yang lengkap dan terkini.
  • Untuk melahir dan membangunkan anggota petugas Jabatan yang sentiasa peka kepada pembangunan dan sentiasa mempunyai sikap membangunkan diri sendiri dan Jabatan dengan cara mengenalpasti anggota yang dihantar menjalani kursus-kursus dalam / luar negeri dan mengadakan program kursus 'in house training' yang tersusun dan terancang sesuai dengan keperluan perkembangan sumber tenaga manusia dan Jabatan.



2.CAWANGAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN



3.PUSAT PELESENAN BERSETEMPAT/KHIDMAT NASIHAT

  • Memusatkan proses permohonan lesen-lesen di bawah perundangan perkastaman dan cukai dalaman yang dikuatkuasakan oleh Jabatan. Pusat ini adalah bertanggungjawab untuk memproses dan mengeluarkan lesen-lesen seperti berikut.
  • Lesen Pengilang di bawah Seksyen 13(1), Akta Cukai Jualan 1972.
  • Lesen Cukai Perkhidmatan di bawah Seksyen 8(1), Akta Cukai Perkhidmatan 1975.
  • Lesen Mengilang, Lesen Gudang di bawah Seksyen 20 dan 25, Akta Eksais 1976.
  • Gudang Berlesen dibawah Seksyen 65, Akta Kastam 1967.
    • Lesen Gudang Berlesen Persendirian / G.B.Awam / G.B.Pekema di bawah Seksyen 65, Akta Kastam 1967.
    • Lesen Gudang Pengilangan Berlesen Seksyen 65/65A, Akta Kastam 1967.
    • Lesen Kedai Bebas Cukai Seksyen 65D, Akta Kastam 1967.
    • Lesen Depoh Pelepasan Dokumen Seksyen 65E, Akta Kastam 1967.
    • Melalui Perintah Am Jabatan Bil. 86 bertarikh 1 Julai 1998, lesen-lesen berikut telah diambil alih oleh Urusetia CD/Kastam.
      • Lesen Bahtera Seksyen 49(1) dan Seksyen 49(3), Akta Kastam 1967.
      • Lesen Jeti di bawah Seksyen 30, Akta Kastam 1967.
      • Kebenaran Menggunakan Jeti di bawah Seksyen 33, Akta Kastam 1967.
      • Kelulusan Agen Penghantaran di bawah Seksyen 90, Akta Kastam 1967
      .
      • Kelulusan Agen Perkapalan di bawah Seksyen 90, Akta Kastam 1967.
      • Lesen Import Arak / Tembakau di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kastam 1977.

  • Memudahkan dan melicinkan hubungan orang ramai dengan Jabatan dalam urusan permohonan lesen serta dalam hal-hal perkastaman.
  • Mewujudkan sistem pemerosesan permohonan lesen secara seragam bagi semua jenis lesen yang dipohon.
  • Mempercepatkan urusan pemerosesan pengeluaran lesen selaras dengan piagam pelanggan yang ditetapkan.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai prosedur permohonan lesen, syarat-syarat pelesenan, tanggungjawab-tanggungjawab pelesen serta kemudahan-kemudahan yang boleh dinikmati di bawah perundangan serta peraturan Cukai Dalaman dan Kastam.
  • Menyediakan Penyata Bulanan / Tahunan lesen-lesen yang dikeluarkan.




Links

Kastam Malaysia


[Cukai Dalaman] [Kastam] [Pencegahan] [Stesen Kastam] [Kastam Perak]


Penafian:
Laman ini disediakan untuk kemudahan orang ramai dan memandangkan sifat-sifat media ini, hanya undang-undang, peraturan atau notis terkini yang bercetak sahaja dianggap rasmi.

Copyright © 2004 Kastam Perak. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1