perak_ani.gif (9KB)
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetensi Asas Kecemerlangan





Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Luar Biasa
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara

BAHAGIAN PENCEGAHAN

| Objektif |Fungsi |Carta Organisasi |Piagam Pelanggan |



OBJEKTIF


UNTUK MENGESAN DAN MEMBUAT RISIKAN KE ATAS PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PENYELUDUPAN DAN PENYELEWENGAN DENGAN TUJUAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATASNYA

FUNGSI


Bahagian Pencegahan yang menjadi nadi Jabatan sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang adalah badan penyiasatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Fungsinya ialah mencegah dan mengesan mana-mana pelanggaran undang-undang bertulis yang ditadbir oleh Jabatan, terutamanya undang-undang berikut:-

  • Akta Kastam 1967
  • Akta Dadah Berbahaya
  • Akta Eksais 1976
  • Akta Cukai Jualan 1972
  • Akta Cukai Perkhidmatan 1975
  • Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976

CARTA ORGANISASI

PIAGAM PELANGGAN

Komitmen pegawai-pegawai Bahagian Pencegahan ialah untuk menjalankan tugas-tugas pencegahan, membanteras penyeludupan dan penyelewengan dengan jujur dan ikhlas, amanah, adil dan bertanggungjawab bercirikan kualiti berikut:-

  • Membangunkan sumber maklumat melalui risikan dan kerjasama orang awam dan bertindak dengan segera dan efektif
  • Menyelesaikan siasatan jika maklumat penuh diperolehi dalam tempoh 3 bulan
  • Memberi maklumbalas kepada sebarang rayuan, pertanyaan atau kuiri dalam tempoh 2 minggu
  • Memberi kesedaran kepada orang awam melalui kempen, ceramah dan dialog 2 kali setahun
  • Menjalankan pelupusan barang-barang dengan secepat mungkin dengan frekuensi sekurang-kurangnya 3 kali setahun
  • Memproses hadiah sebaik sahaja kes diselesaikan





Copyright © 2004 Kastam Perak. Hakcipta Terpelihara.

cegahi penyeludupan.gif (7KB)
Links

Kastam Malaysia
Kastam Perak

Hosted by www.Geocities.ws

1