|
SUPAYA MUDAH MENGAJI
Kesabaran ibu bapa terhadap
kebebalan anak-anak menghafaz huruf-huruf mukaddam memang seringkali
teruji. Ketidaksabaran ini juga sering menyebabkan ibu bapa 'hilang
pertimbangan' hingga meninju anak-anak yang gagal menghafaz pada
waktu-waktu yang mereka fikirkan sudah sepatutnya mahir.
Perbuatan ini harus dielakkan sedaya
mungkin dan gunakan kebijaksanaan sendiri sewaktu mengajar dan ingatlah
setiap kanak-kanak mempunyai tahap pemahaman dan daya ingat yang
berbeza-beza.
Kaedah-kaedah yang sepatutnya
digunakan :-
-
memestikan si anak belajar
membaca al-Quran itu sekitar 15 minit SETIAP HARI. Waktunya
ialah selepas sembahyang Maghrib.
-
menegur dengan menggunakan
isyarat seperti mengerakkan-gerakkan lidi penunding kepada huruf yang
salah disebutnya berkali-kali tanpa segera memberitahu sebutan yang
betul. Apabila si anak benar-benar tidak dapat menyebutnya
barulah diterangkan.
-
juga menegur dengan bunyi-bunyi
tertentu seperti "em","heh" dan lain-lain.
-
hanya menggunakan tangan
(memukul pada pahanya) apabila huruf yang sama atau sebutan yang sama
setelah diterangkan berhari-hari masih juga tidak dapat diingatinya.
-
tidak sering memberi pujian jika
dia dapat membaca dengan lancar, kecuali bacaannya betul seratus
peratus.
-
memasamkan wajah sekitar 30
minit selepas mengaji itu sekiranya dia gagal membaca dengan betul.
Sebaliknya memesrakan lagi hubungan dengan gurau senda dan sebagainya
jika bacaannya betul.
-
berikan sesuatu yang
menyukakannya dan apabila dia bertanya; "Mengapa ayah belikan
ini?", jawablah; "Sebab kamu pandai mengaji."
|