Petua Dalam Kehidupan Islam

Mendidik Bayi

Supaya Anak Tidak Terencat Pemikiran

Supaya Mudah Mengaji

Supaya Mudah Hafaz Doa-Doa

Ajarkan Dia Solat

Berhias Untuk Ceria Dan Pahala

Syariat Tentang Mandi Haid

Rahsia Lelaki

Aurat Saudari

Makanan Penggalak Semangat

BERHIAS untuk CERIA dan PAHALA

TENTUNYA saudari tidak terkecuali daripada kebiasaan berhias.  Bungan yang indah bertambah indah kalau dihias berjambak dan diletakkan di tempatnya yang sesuai.  Demikianlah, saudari akan kelihatan lebih ayu jika berhias mengikut kebiasaan para solehah kerana di situlah letaknya keindahan yang dikagumi semua.

Di dalam Sahih Muslim, Ibnu Abbas telah meriwayatkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Seorang wanita tawaf di Kaabah tanpa busana.  Kata wanita itu, 'Siapa yang berani menggangguku selagi aku tawaf?"

Maka turunlah ayat memerintahkan supaya berpakaian, "...Pakailah pakaianmu yang indah..."

Dalam Al-Quran juga terdapat ayat yang khusus ditujukan oleh kaum wanita menyentuh soal pakaian,

"Dan hendaklah mereka (kaum wanita) menutupkan khumur (kerudung) mereka sampai ke dadanya..."  An-Nur: 31

Rasulullah s.a.w. juga pernah menegur Asma soal pakaian, sabda baginda, "Hai Asma, apabila seorang wanita telah baligh tidak pantas kelihatan tubuhnya, kecuali ini (sambil menunjuk ke muka dan telapak tangannya)."

Para Muslimah bukan sahaja perlu berpakaian sempurna bahkan hendaklah menghiasi diri dengan akhlak yang baik;

"...Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah dahulu..."  Al-Ahzab: 33

Saudari, ketahuilah pada suatu malam Rasulullah s.a.w. terjaga (dari tidur) lalu mengeluh: "Maha Suci ALLAH, mengapa malam penuh bercana? Mengapa khazanah terbuka? Mengapa penghuni kamar terbangun? Adakah (kerana) ramainya wanita berpakaian di dunia tetapi bertelanjang bulat di Akhirat?"

Fikirkanlah...

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1