Petua Dalam Kehidupan Islam

Mendidik Bayi

Supaya Anak Tidak Terencat Pemikiran

Supaya Mudah Mengaji

Supaya Mudah Hafaz Doa-Doa

Ajarkan Dia Solat

Berhias Untuk Ceria Dan Pahala

Syariat Tentang Mandi Haid

Rahsia Lelaki

Aurat Saudari

Makanan Penggalak Semangat

 AJARKAN DIA SOLAT

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Demikianlah hakikat pendidikan.  Dalam konteks sembahyang, menanamkan kecenderungan sembahyang ini perlu dimulakan sejak awal lagi.

  1. Pamerkan sembahyang kita di hadapan anak-anak dengan mengenakan pakaian yang lengkap (bagi lelaki eloklah berjubah dan berserban).  Biarkan anak-anak melihat sahaja.

  2. Suatu ketika nanti mereka akan sibuk hendak mengikut.  Pada waktu ini buatkan pakaian khusus untuk mereka, seperti memakaikannya kupiah, serban dan jubah (bagi yang lelaki) dan telekung (bagi yang perempuan).

  3. Seminggu sekali sekurang-kurangnya, apabila selesai mengaji suruh mereka mengenakan pakaian sembahyang masing-masing dan ajarkan mereka sembahyang.  Bacakan bacaan-bacaan sembahyang itu dengan kuat dan lambat-lambat supaya mereka dapat tiru (ajukkan).

  4. Betulkan juga gerak laku sembahyang mereka seperti bagaimana cara yang betul mengangkat takbirratul ihram, rukuk, sujud dan lain-lain.

  5. Sering-sering bawa mereka ke masjid atau sengajakan berhenti di masjid atau surau sewaktu dalam perjalanan.  Tunaikan sembahyang secara berjemaah.

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1