|
SYARIAT
tentang MANDI HAID
BILAKAH waktu sebenar mandi haid?
Cuba saudari perhatikan 6 tips di bawah:
-
Apabila darah haid
berhenti pada waktu Zohor, bolehlah untuk kepastian menangguhkan mandi
sehingga waktu Asar. Apabila masuk waktu Asar segeralah mandi
dan wajiblah Sembahyang Asar dan selepas itu mengkada Sembahyang
Zohor.
-
Apabila darah haid
berhenti pada waktu Asar, wajiblah mandi walaupun masa yang ada itu
hampir masuk Maghrib. Kalaulah jarak waktu darah kering dengan
waktu masuk Maghrib itu ditakdirkan sempat saudari mengangkat
takbiratul_ihram maka ia dikira kering dalam waktu Asar. Kerana
itu saudari wajib mandi dengan segera dan selepas Sembahyang Maghrib
wajiblah dikada Sembahyang Zohor dan Asar.
-
Apabila darah haid
kering pada waktu Maghrib, bolehlah ditangguhkan mandi sehingga ke
waktu Isyak. Apabila masuk Isyak segeralah mandi dan Sembahyang
Isyak, kemudian mengkadakan Sembahyang Maghrib.
-
Apabila darah haid
kering waktu Isyak, wajiblah mandi pada waktu itu. Kalaulah
waktu kering itu sudah hampir ke waktu Subuh sekira-kira sempat
dilakukan takbiratul-ihram, ia dikira kering dalam waktu Isyak.
Maka wajiblah mandi dan kemudian kada Sembahyang Maghrib dan Isyak
dalam waktu Subuh.
-
Apabila darah haid
kering pada waktu Subuh, wajiblah mandi dengan segera. Tiada
waktu tangguhan untuk waktu ini. Wajib disegerakan mandi untuk
membolehkan Subuh ditunaikan dalam waktunya. Tapi kalau terlewat
mandi sedangkan keringnya dalam waktu Subuh, wajiblah dikadakan
Sembahyang Subuh itu.
-
Apabila kering darah
itu selepas waktu Subuh, bolehlah dilewatkan mandi sehingga sebelum
masuk waktu Zohor. Bagaimanapun disunatkan mandi segera bagi
membolehkan saudari sentiasa dalam keadaan suci.
* Perlu diingat, jika
saudari lewat mandi, makruhlah segala pekerjaan saudari
|