Tarikh

 

 

Home

Ikatan

Perambut

Jenis ikan

Petua

Galeri

 

 

 

 

e-mail :

[email protected]

 

 

© pancingdotcom 2004 ver 2.0

Disclaimer

 

Check it out !!!

 

Ø     Fishing Terminology

Ø     Additional Information

Ø     Teknik dan Umpan

Ø     Kelab

Pancing Dot Com

 

Selamat datang ke halaman Pancing Dot Com. Halaman ini direka sebagai sumber maklumat kepada mereka yang baru bergiat dalam dunia pancing terutma di Malaysia.  Informasi ini saya perolehi dari berbagai sumber terutamanya internet dan dikompilasikan di sini untuk kemudahan membuat rujukan. Segala informasi ini diharap dapat memberi panduan kepada anda sama ada yang masih baru dalam dunia pancing atau pun yang telah bergiat lama sebagai sumber rujukan. Sila nikmati pelayaran anda di dunia Pancing Dot Com.

 

Pengenalan

 

Perbelanjaan sukan memancing kadangkala boleh menjadi mahal atau murah. Kaedah tradisi yang digunakan olekh kanak-kanak adalah kaedah termurah menggunakan joran buluh atau kayu. Kadangkala boleh juga menghasilkan tangkapan yang lumayan.

     Memancing ikan darat (fresh water fishing) kadangkala lebih mahal sedikit kerana kedudukan yang jauh dipendalaman dan sewa bot yang mahal. Memancing di laut lebih murah dan bergantung juga kepada jenis bot yang disewa, jumlah pemancing terlibat dan tempoh masa.

     Perbelanjaan juga bergantung kepada kehendak pemancing itu sendiri. Ada pemancing baru yang sanggup membelanjakan wang yang banyak membeli peralatan yang mahal. Ada kalanya peralatan yang murah berharga sekitar RM100 dapat berfungsi dengan baik sama seperti peralatan berharga RM1000 misalnya. Ini semua bergantung kepada jenis ikan yang hendak dipancing oleh anda dan kemahiran anda sendiri.

     Adalah lebih baik sekiranya anda bertanyakan kepada kedai-kedai pancing yang berhampiran tentang keperluan anda dan melakukan perbandingan dari segi harga dan keperluan anda sendiri. Tanya pada kawan-kawan yang lebih berpengalaman tentang sesuatu peralatan sebelum membelinya. Buatlah pilihan bijak.

     Perancangan dan persediaan adalah penting sebelum sesuatu aktiviti memancing dilakukan. Peralatan hendaklah dipastikan bersih dan dalam keadaan baik. Pemilihan hari dilakukan mengikut petua dan panduan sedia ada seperti waktu pasang-surut air, keadaan bulan, keadaan air dan sebagainya. Ada berbagai-bagai kaedah dan petua yang diamalkan oleh ramai orang yang tidak saya nyatakan disini. Terpulanglah kepada kepercayaan dan diri masing-masing untuk menentukannya.

 

Peralatan asas memancing :

1.      Rod (joran)

2.      Reel

i.   Spincast

ii.   Multiplier

3.      Bait or lures

 

[ Yahoo! ]options

 

 

 

 

 

Favourite links

 

·      Yahoo!

·      Google

·      Netscape

·      Hotmail

·      Jiwang.Org

·      KawanAku

 

Fishing links

 

·  Dunia pancing

·  Malaysian anglers Homepage

·  Fishing in Malaysia

 

News

 

·     Berita Harian

·     Utusan Malaysia

·     Malaysiakini

·     Aljazeera

 

Anda adalah pelawat ke :

Counter

 

Hosted by www.Geocities.ws

1