Tarikh

 

 

Home

Ikatan

Perambut

Jenis ikan

Petua

Galeri

 

 

 

 

e-mail :

[email protected]

 

 

© pancingdotcom 2004 ver 2.0

Disclaimer

 

Pancing Dot Com

 

Galeri

Berita, cerita, kisah-kisah pemancing dan foto pancing dari pemancing-pemancing seluruh Malaysia

 

Sumbangan anda amatlah dialu-alukan

***********************************************************************************************************************

Dikirim oleh : nelayan (2/6/2004)


A high quality spinning reel which features aluminium spool and housing. Treated with black anodising for keeping that new look longer. Also has 3 stainless steel ball-bearings for smoother winding, brass pinion and drive gear for longevity, convertible sound/silent system, multi-disc drag system to tame frisky fish and one touch folding handle with comfortable wooden knob. Line Capacity 250m of 10kg.

 

Untuk pengetahuan korang sumer aku baru berjinak-jinak dengan dunia pancingan ini. Sebelum nih adelah memancing secara kecil-kecilan di sungai dan tepi pantai. Jadi aku bercadang nak menduga lautan dalam.  Ni aku baru beli reel baru. Tokey kedai tu yang cadangkan kalau baru nak belajar mancing laut. Reel ni jenis Banax SX5000. Kalau ade sesaper nak cadangkan jenis joran yang sesuai untuk digandingkan, bole lah send mail pada tokey web nih ok.

 

~Nelayan~

 

**********************************************************************************************************************

Dikirim oleh : Lubuk (4/6/2004)

 

Ahad, 29/2/04

 

Hari ini saya sudah berjanji dengan Fendi, Mahat dan Farid untuk memancing di perairan Kinarut, Sabah.  Fendi, Farid, Mahat dan saya sendiri berasal dari semenanjung. Inilah pertama kali saya memancing di perairan ini. Sebelum ini saya pernah mencuba di perairan sekitar Kota Kinabalu sahaja. Pemandu bot kami hari tu ialah Lamsin, pekerja am di pejabat kami. Bot sepanjang 15 kaki itu juga adalah kepunyaannya.

            Kami berjanji berjumpa di SMK Kinarut jam 10 pagi tapi terlambat sedikit. Saya tersangkut dalam jem ketika ke pasar membeli umpan. Umpan kami gunakan seperti biasa ialah ikan basung, sotong dan udang mati. 10.30 pg kami baru bertolak dari jeti di Sg Kinarut. Setelah menyusur sungai dan melewati kuala lebih kurang setengah jam, kami sampai ke destinasi. Sepanjang perjalanan Farid mencuba teknik trolling. Manalah tahu ada nasib katanya.

            Lokasi pertama ialah dikawasan batu karang di belakang pulau anak Dinawan. Mengikut ceritanya di situ banyak ikan Kerapu. Tapi nasib kurang baik hari itu. Saya, Fendi dan Lamsin masing-masing hanya berjaya menaikkan seekor anak kerapu sebesar tapak tangan. Setelah 40 minit tanpa hasil yang memuaskan kami berpindah ke lokasi lain. Dasar tapak baru itu berpasir tapi tidak berapa dalam. Harapan kami adalah untuk menaikkan beberapa ekor ikan putih atau pari di kawasan itu. Tetapi lokasi baru juga agak menghampakan kerana hanya berjaya menaikkan beberapa anak kerisi.

            Hari sudah meninggi dan sinar terik mentari tegak diatas kepala kian membakar kulit kami. Jam menunjukkan 1.30 tgh hari. Perut juga telah berbunyi meminta belas simpati supaya diisi. Kami mengambil keputusan singgah mengalas perut di pulau. Perairan sekitar Kinarut ini di penuhi dengan beberapa pulau kecil dan di hiasi batu-batu bongkah yang menghunus dari perut lautan. Batu karangnya juga cantik dan menjadi tempat permainan beberapa spesis ikan karang seperti kerapu dan ikan batu. Sotong juga boleh diperolehi dengan mudah apabila tiba musimnya jika mahu mencandat.

            Hembusan angin pantai dibawah teduhan pohon rendang menyebabkan mata pun naik layu. Setelah makan dan berehat-rehat sebentar, kami meneruskan aktiviti memancing. Pada mulanya kami cuba berjalan kaki ke sebalik pulau yang berbatu karang untuk mencuba teknik pancingan pantai. Setelah diperiksa tiada jalan yang sesuai untuk ke batu pada waktu air pasang. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk memancing dibot sahaja.

            Pancingan pada sebelah petang bertempat tidak jauh dari pengkalan polis marin berlabuh. Di tempat baru saya berjaya memperolehi beberapa ekor kerapu lagi.  Entah kenapa, Mahat dan Farid masih lagi gagal menaikkan sebarang tangkapan. Memang menurut nelayan yang kami sempat bertanya sebelumnya menyatakan ikan agak kurang sekarang.

            Jam hampir pukul 3 ptg. Saya menoleh ke utara dan melihat awan hitam mula berarak perlahan. Sesekali kedengaran bunyi guruh dikejauhan. Kami berbincang sebentar sama ada untuk bertahan atau mengangkat sauh pulang. Kami bercadang untuk menanti sebentar. Awan gelap semakin dekat. Dengan hati yang berat kami berangkat pulang walau pun hati belum puas. Belum sampai  separuh jalan, hujan mula turun rintik-rintik. Lamsin mempercepatkan perjalanan bot. Hujan mula lebat dan bot bergerak laju membelah ombak menuju ke pantai. Bot itu  tidak berbumbung dan kami mulai basah.

            Setelah memasuki sg kinarut, kami berteduh di bawah jambatan yang merentangi sungai. Hujan semakin lebat. Mahat melabuhkan sauh. Kami mengambil kesempatan itu untuk berehat sebentar. Masing-masing menyalakan api rokok dalam kesejukan hujan yang masih lagi lebat.             Saya tersenyum melihat beberapa pemancing hard core di pinggir sungai dan di atas jambatan masih lagi terus memancing dalam hujan lebat begitu. Hujan agak lama juga. Untuk menghilangkan kebosanan, saya, fendi dan lamsin  melabuhkan pancing ke dasar sungai mencuba nasib.  Mahat dan farid sudah surrender dan menyimpan pancing masing-masing. Umpan sering habis dimakan anak-anak ikan tetapi hasilnya masih tiada.

            Hampir jam 5.30 ptg baru hujan teduh. Sauh diangkat dan perjalanan pulang diteruskan. Hati agak hampa kerana hasil pancingan hari itu tidak memuaskan. Sudahlah basah kena hujan, ikan pun tidak seberapa. Tetapi sebagai peminat aktiviti memancing, ia tidak mematahkan semangat kami. Rezeki pemberian tuhan tetap ada. Bersabarlah kerana kami akan kembali lagi ke sini untuk meneroka khazanah lautan di perairan Sabah ini.

 

~Lubuk~

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1