 
|
TAMAN GELORA Taman Gelora ni berdekatan dengan Kolej Antarabangsa Ikip & Batalion Pertama Kem Forever, dont worry untuk warga KL @ luar , ada signboard ye nak ke sini & memang senang nak mencari tempat ini. Selain terkenal dengan tempat beriadah & cuci mata. Dekat Taman Gelora ini juga terkenal dengan Karipap Panas Famous dengan Rojak Ayam yang memang sedap sangat.. Berdepan Taman Gelora ini juga terdapat Kem Batalion Pertama , yang dihiasi 2 biji kereta kebal lagi kat depan Kem ini.. so if kalau nak bergambar dengan kereta kebal atau nak tengok kereta kebal boleh lah bergambar di sini ye... Taman Gelora merupakan satu tempat rekriasi yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan untuk kemudahan warga Kuantan berekriasi serta ambik angin. Di sini tersedia banyak kemudahan , seperti laluan jogging, laluan pijak batu tajam, kolam buatan , kolam teratai, , kemudahan mainan kanak kanak seperti buaian, papan gelongsor dan jongkang jongkit serta peralatan senaman orang tua tua. Setiap pagi sabtu dan Ahad, Taman Gelora menerima banyak kunjungan orang orang Kuantan yang mementingkan kesihatan. Gelap gelap subuh sekitar pukul 5.00 pagi dah ada orang datang untuk berjogging disini. Dari sekecik kecik budak sedang berjalan jatuh hinggalah orang tua yang berpapah datang untuk berjogging atau berjalan di laluan jogging disini. Mereka datang dari ceruk rantau sekitar kuantan, dari Bukit Sekilau, Taman TAS, Inderamahkota, Cenderawasih dan Taman Selamat. Ada juga kumpulan yang menjalankan aktiviti senamrobik disini. Ada juga kumpulan yang datang untuk sukaneka dan hari keluarga dan ada juga yang datang mengutip rumput herba untuk direbus dijadikan ubat minum. ______________________________________________________________________________________________________________________________________ TAMAN BANDAR Taman Bandar atau nama rasminya, Taman Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di Indera Mahkota dekat sini, ialah satu lagi taman rekreasi tumpuan awam di bandar ini selain daripada yang lebih popular di Taman Gelora. Ciri utama Taman Bandar bagaimanapun, ialah sebuah tasik luas kira-kira tiga (3) hektar yang dikelilingi trek ‘jogging’ dengan beberapa kemudahan senaman di sepanjang laluan ini dan beberapa ‘wakaf’ serta sebuah gelanggang ‘woodball’ dan bola keranjang yang semakin terbiar, daif.
|
|