HOME     |      MASJID SULTAN AHMAD SHAH     |     TAMAN REKREASI    |   KAWASAN PELANCONGAN   |    TEMPAT MAKAN
                                                                  
        















                         TELUK CHEMPEDAK


Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu.

Kerajaan Negeri Pahang telah membina pelbagai kemudahan di Teluk Cempedak. Antara kemudahan yang disediakan ialah :

    * Menara tinjau
    * Restoran dan gerai-gerai
    * Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit
    * Surau
    * Bilik mandi / tandas
    * Tembok pinggir pantai
    * Pentas
    * Hotel
    * Tempat letak kereta yang luas.


_________________________________________________________________________________________________________________________
                       TAMAN KERANG.

       Orang Kuantan tentu biasa dengan Taman Kerang. Mustahil rasanya jika ada orang Kuantan yang tidak pernah mendengar namanya.

Letaknya di Jalan Mahkota bersebelahan dengan Padang Majlis Perbandaran Kuantan. Padang ini memang ‘femes’ terutama di bulan Ramadhan kerana menjadi tumpuan orang ramai berbuka puasa. Pengunjung bukan hanya warga Kuantan, ada juga yang datang dari luar semata-mata mahu merasai kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai di bawah langit terbuka. Dulu RTM pernah membuat penggambaran suasana berbuka puasa di sini beberapa tahun dahulu, begitu juga dengan akhbar tempatan yang pernah memuatkan cerita mengenainya.

Taman Kerang mendapat nama kerana terdapat sebuah replika kulit kerang besar di sini. Dulunya Taman Kerang ini hanya menjadi tempat duduk bersantai anak-anak muda. Apabila tiba hari raya saya akan membeli baju raya atau kain pasang di kedai kain milik India Muslim yang sederetan di seberang jalan. Ketika mahu pulang kami akan melalui Taman Kerang ini untuk menunggu bas di perhentian bas Pokok Buluh tidak jauh dari situ.

Sekarang, Taman Kerang dijadikan tapak perniagaan bagi para peniaga kecil. Waktu perniagaan bermula seawal jam 8 pagi sehingga 2 petang. Kesibukannya lebih terserah pada pagi Sabtu dan Ahad. Namun, ianya ditutup jika ada sambutan seperti hari Kemerdekaan, sambutan Tahun Baru serta majlis-majlis pelancaran khas.

Ada kanopi yang menjual ubat-ubatan seperti ubat batu karang, ubat lelah, minyak urut dan lain-lain ubatan tradisional, tetapi yang paling banyak sudah semestinya ubat ‘kuat’. Bermacam-macam jenis ubat ‘kuat’ yang entah selamat atau tidak penggunaannya. Dulu pernah pihak KKM melakukan pemeriksaan kepada penjual ubat, hasilnya banyak ubat ‘kuat’ yang dirampas kerana tidak diluluskan.

Ada yang menjual batu cincin, keris, parang dan pisau. Ada yang menjual barangan ibadah seperti buku-buku agama, CD dan VCD, kopiah, tudung dan minyak atar. Ada kanopi yang menjual barangan kegunaan seperti beg duit, cermin mata, jam tangan, lampu suluh dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang menyediakan khidmat urutan refleksologi terutama di kalangan OKU. Duduklah menjukur kaki di kerusi malas dengan bayaran sebanyak RM5 satu sesi urutan. Anda akan diurut dengan perlahan sehingga yang tertidur pun ada.