mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > November 2003

30/11/2003

Think big, do small

Seperti mana yang aku rancangkan pada Mei dan Jun lepas, aku telah melaksanakan rancangan untuk menggunakan kemahiran memasang komputer demi RM. Sekadar menambah duit poket memandangkan aku tidak mendapat biasiswa atau pinjaman. Perancangannya memang berjalan lancar di mana aku menggunakan pengalaman sedia ada untuk memastikan aku dapat memuaskan hati pelanggan. Pendek kata, aku memastikan wang mereka digunakan dengan sebaiknya bagi mendapat barangan berjenama dan berkualiti dengan bajet hampir RM2,000. Selain itu, aku turut menyediakan kira2 mencukupi dan selalu dikemaskini bagi memastikan pelanggan sentiasa dimaklumkan tentang suasana pasaran. Internet dan bahan bacaan lain amat membantu.

Malangnya, perlaksanaannya tidaklah seperti diharapkan akibat kelemahan sendiri. Adalah tepat untuk aku katakan yang aku gagal mengiklankan perkhidmatan aku dengan cara sewajarnya. Apabila adanya persaingan lain yang sudah lama bertapak dan diperturunkan kepada anak buah mereka, aku memang sukar bertapak. Aku juga berdepan dengan masalah untuk menyelesaikan masalah yang timbul bagi mereka yang menaiktaraf komputer mereka. Sebagai seorang mahasiswa, aku juga perlu waktu belajar dan riadah. Waktu yang ada terpaksa digunakan untuk menyelesaikan masalah pelanggan. Memasang komputer baru lebih senang daripada menaiktaraf komputer memandangkan kurangnya konflik dengan Windows sedia ada. Kes paling teruk semestinya format semula komputer.

Walaupun begitu, aku telah memuaskan hati pelanggan aku. Kerosakan barang yang berlaku pun bukan kerana barang tu rosak tapi kecuaian pelanggan sendiri seperti dimasuki virus dan membawa HDD sesuka hati untuk menyalin dari komputer lain. Bagi mereka yang yakin dan berminat dengan perkhidmatan aku, aku masih sudi memberi nasihat percuma dan memasangkan untuk mereka. Semester ini pun ada sorang yang berminat. Dia mengira sendiri, jadi tak mustahil kalau dia membeli sendiri atau mengambil khidmat orang lain. Seperti akhir semester lepas. Banyak kira2 yang dibuat, tapi bila tiba masa sesuai duit tak bagi. Tanpa duit, aku memang tak dapat gi KL untuk beli barangan yang diperlukan. Akhirnya dia dapat beli terpakai dari rakan. Aku tak kisah. asalkan aku dapat buat pelanggan puas hati.

Mengapa tidak belajar dari kesilapan dan memulakannya semula pada semester ini? Aku sedang melalui semester yang sibuk, jadi adalah lebih baik aku tidak menambah beban. Apa pun, kalau ada yang sudi, memang aku sudi ambik. Pengalaman yang didapati pun berguna. Sekurang2nya semangat keusahawanan aku dapat dicurahkan walaupun kurang berjaya.

Sebenarnya semangat keusahawan ni memang ada kat mahasiswa. Lihat saja mereka menjual prepaid, baju, kerepek, Maggi, nasi lemak, roti, piza, & air minum. Ada yang iklan supaya datang bilik dan ada yang jual dari bilik ke bilik. Ada yang menjual tiket bas balik cuti. Hasil usaha mereka nak dapatkan pengusaha bas yang sudi. Malang apabila usaha ini hanya terbatas setakat alam IPT sahaja. Mengapa tidak ketika di alam pekerjaan? Takkan nak jual nasi lemak dalam pejabat tempat kerja mereka kot, heheh. Maksud aku menjadi usahawan yang dapat menyediakan peluang pekerjaan. Aku juga ingin jadi begitu tetapi tanpa modal, mungkin ia hanya tinggal mimpi. Kalau pekerjaan pun dah stabil, buat apa nak jadi usahawan, kan. Terpulang kepada diri sendiri sama ada mencari rezeki lebih itu berbaloi atau tidak.

Kalau nak jadi usahawan pun kenalah jadi lain dari yang lain. Kalau sorang tu dah jual pisang goreng, takkan orang lain pun nak jual pisang goreng yang sama. Kenalah ada pembaharuan supaya dapat menarik pelanggan. Sebagai contoh, masa aku mengunjungi Berjaya Times Square, ada kedai jual anime Jepun. Peminat anime mestilah tertarik memandangkan sukar nak cari kedai yang memenuhi keperluan mereka.

Begitulah yang aku katakan kepada rakan sebilikku yang ingin menjual CD-R memandangkan ada pasaran. Aku katakan beli yang berjenama dalam kuantiti banyak. 100 keping rasanya baru betul2 murah. Kemudian, beli plastik simpan CD. Harga jual pulak kalau boleh lebih murah dari pasaran. Paling murah sekarang RM1.50 sekeping. Jadi, kalau boleh jual murah 10 atau 20 sen dari biasa. Jangan fikir untung cepat tapi kuantiti jualan. Kalau sekeping untung 30 sen, jual 300 keping dapat RM90. Dah boleh balik modal dan dapat pelanggan tetap untuk jualan seterusnya. Lainlah kalau jual Maggi yang selalu bergerak stok saban minggu, tapi dah ada yang jual di aras yang sama.

Aku, masih do small jelah. Tak payah sibuk dan pening kepala.

- Aku dah siapkan Profil.

27/11/2003

Rabbani - Epik

Biasanya bulan Ramadhan ada keluar album baru nasyid tapi kali ni, rasa sunyi sepi je. Mungkin aku yang tak tau memandangkan aku hanya membaca NST ketika di pedalaman Pahang yang kurang isi hiburan tempatan berbanding suratkhabar berbahasa Melayu. Tapi, aku pun dapat berita ni dari NST. Kali ni, versi online.

Rabbani dah keluar album baru, Epik. Meneruskan elemen mencuba muzik yang baru, kali ini mereka menjurus kepada muzik pop komersial. Album sebelum ni, Qiblat, berjiwa world music. Antara lagu ialah Subuh Yang Terakhir (single pertama), Bencilah Benci dan Epik. Kepada peminat Rabbani, mesti tak lepaskan peluang untuk memiliki album ini.

Apa pun, satu peringatan. Tinggal hampir sebulan sebelum memasuki tahun 2004 di mana harga CD dan VCD dikawal. Hampir semua CD dan VCD baru yang dikeluarkan masih kekal harga semasa. Persoalannya, berbaloikah tunggu sebulan lagi untuk memiliki CD dan VCD terbaru ini?

24/11/2003

Mentera Semerah Padi

Aku dikejutkan dengan kemunculan album kompilasi M Nasir yang baru, Mentera Semerah Padi keluaran Warner Music dan Luncai Emas. 22 lagu dalam 2 CD dan dengan restu M Nasir sendiri, aku tertanya2 apakah lainnya album kompilasi beliau berbanding yg berlambak kat pasaran sebelumnya. Aku berpeluang berkunjung ke kedai di Mentakab dan melihat album ini dibungkus dalam tin. Terasa high class pulak bila dipasarkan demikian tapi isi dalamnya belum tau lagi. Sempat membeleknya dan artikel dalam Nuance, New Sunday Times semalam lebih menjelaskan album ini.

Kalau tengok senarai lagunya, album ini cuba memberi kelainan dari album kompilasi M Nasir yang lain dengan memuatkan lagu2 yang asing dan live di samping lagu2 popular beliau. Kalau perasan, lagu2 dari album Canggung Mendonan yang lain seperti Bonda, Tanya Sama Itu Hud-hud dan Anak-anak Kita langsung takde. Lagipun, dah banyak album kompilasi ada lagu2 tersebut sebelum ni.

Lagu baru sudah semestinya versi baru Mentera Semerah Padi, tajuknya Mentera Semerah Padi '04, duet dengan Spider. Baru aku tau lagu ini untuk album siapa. Lagu terbaru yang lain ialah Seloka Cak Kun Cak, duet bersama Tan Sri SM Salim. Lagu yang mungkin asing ialah Bersama Berdua, Tinggal Satu Peluru, Senandung Sayang (duet dengan Aisyah) dan Jikalau Berkasih. Tak lupa, lagu raya, Salam Dunia. Rasa nak sangat beli memandangkan aku asyik bernyanyi bersama setiap kali Mentera Semerah Padi '04 didengar di radio.

The mudik treatment

Aku baru saja memberi rawatan mudik kepada komputer Athlon XP 2200+ milik seorang rakan yang baru kena dismiss. Windows XPnya meragam. Setelah mencuba dan mendapati keadaan tak dapat diselamatkan, format jelah. Selepas install Windows XP, install driver untuk motherboard, display card, dan sound card. Kemudian baru install perisian2 yang biasa diperlukan. Perisian yang tidak perlu dalam CD driver motherboard dsb tak perlu install kalau tak pakai. Perisian tertentu yang tidak perlu dan menyemak taskbar saja diubah settingnya supaya tidak di situ lagi. Kemudian, barulah defrag. Hasilnya sebuah komputer yang sudah bersih berseri setelah mendapat rawatan mudik. Nak cuba?

Maklumat tambahan bagi kes rakan ini, modemnya memang dah KO. Aku cuba kat komputer aku pun tak jumpa oleh Windows.

15/11/2003

Search Reunion

Sudah rasmi, Search kembali semula. Menurut The Star, 11 Nov 2003, Konsert Evolusi Lagenda Rock Search pada 20 Disember di Stadium Negara menjadi pembuka tirai. Rakaman konsert ini bakal dipasarkan dalam bentuk album dan DVD. Mungkin juga akan ada mini-album (EP) pada Disember ini. Tajuk tentatifnya Empire Garden di bawah label Sky Search.

Ahli kumpulan kali ini hanya ada Amy, Nasir, Kid dan Din selaku ahli lama, manakala Lola, bekas pemain dram XPDC, menggantikan tempat Yazid. Terasa kurang pula tanpa ahli pengasas Search yang sekian lama berada dalam kumpulan ini. Apa pun, adalah diharapkan agar hasil usaha Search reunion dapat mengekalkan status legenda mereka. Jika benar rakaman konsert reunion mereka dikeluarkan dalam format DVD, ia adalah yang pertama bagi artis tempatan. Aku akan tunggu. Buat masa ini, pastikan koleksi album Search aku dilengkapkan sebaik mungkin.

Copy Controlled CD part 2

www.emimusic.info memberi maklumat penting tentang teknologi 'copy controlled' yang digunakan EMI. Memang CD yang menggunakan teknologi ini boleh rip ke MP3. Tetapi mungkin kualitinya sedikit terganggu dengan bunyi pop dan klik. Aku berjaya rip sepenuhnya CD OAG - Satelit Ink, tetapi tak menafikan adanya bunyi pop dan klik dari MP3 yang dihasilkan. Aku sanggup rip beberapa kali semata2 nak dapatkan yang terbaik. Selain itu, CD yang menggunakan teknologi ini mungkin dibaca berbeza bagi sesetengah drive. DVD-ROM drive aku memang tak baca CD ini sebagai Audio CD dan mungkin perlu install perisian yang diberikan untuk memainkannya. Apa pun, aku gembira dapat menikmati album OAG, asalkan dapat memainkannya di komputer aku.

04/11/2003

Ulasan DVD - The Lord of the Rings : The Two Towers

Setelah dikagumkan dengan The Fellowship of the Ring, sudah tentu The Two Towers amat ditunggu-tunggu. Saya benar-benar berpuas hati dengan filem kedua trilogi The Lord of the Rings. Persembahan watak Gollum yang menggunakan khidmat Andy Serkis untuk membantu pergerakan CG (computer-generated) Gollum amat berkesan dan nampak hidup. Suasana, jalan cerita, kesan-kesan khasnya, semuanya memuaskan hati.

Persembahan The Two Towers dalam DVD ini sudah tentunya yang terbaik. Oleh kerana perlu menjaga kualiti video sepanjang kira-kira 178 minit yang dimuatkan dalam satu cakera, hanya 2 audio disediakan iaitu Dolby Digital 5.1 dan Dolby Surround 2.0.

Special Features dalam cakera kedua menampilkan pelbagai video. Ada yang sudah disiarkan di televisyen dan di lordoftherings.net. Video-video ini memberi peluang kepada penonton memahami pembikinan The Two Towers dan menunjukkan betapa eratnya para pelakon. Filem pendek arahan Sean Astin yang memegang watak Sam agak menarik sebagai satu projek kecilnya semasa penggambaran di New Zealand. Video terbaru yang lain ialah Behind-The-Scenes Preview of The Return of The King, Preview of EA's Video Game The Return of The King dan An Inside Look at the Special Extended DVD Edition of The Two Towers. Secara keseluruhan, Special Features yang saya habiskan menonton dekat 3 jam amat memuaskan.

Sebagai filem kedua dalam trilogi The Lord of the Rings dan sebagai filem yang tersendiri, DVD ini wajib dimiliki. Kepada peminat The Lord of the Rings, the Special Extended DVD Edition yang mengandungi 4 cakera (2 untuk filem dan 2 untuk Special Features yang belum pernah dilihat), 30 minit tambahan kepada filem asal dan pelbagai special features sudah semestinya menjadi koleksi tambahan kepada DVD ini.

- DVD - The Lord of the Rings : The Two Towers

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1