menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > TLotR : The Two Towers

The Lord of the Rings : The Two Towers

tlotrttt.jpg

Region : 1
Panjang : 179 minit
Rating : PG-13
Audio : English (DD 5.1)
& English (DS 2.0)
Subtitles : English, Spanish
Special Features :
- On the Set - TLotR : The Two Towers
- Return to Middle-earth
- The Long and Short of It - A Short Film
   directed by Sean Astin
- The Making of The Long and Short of It
- lordoftherings.net featurettes
  - Forces of Darkness
  - Designing the Sounds of Middle-earth
  - Edoras : The Rohan Capital
  - Creatures of Middle-earth
  - Gandalf the White
  - Arms and Armor
  - The Battle of Helm's Deep
  - Bringing Gollum to Life
- Behind-the-Scenes Preview of
  TLotR : The Return of the King
- Trailers & TV Spots
- "Gollum's Song" Music Video
   by Emiliana Torrini
- Preview of EA's Video Game
  TLotR : The Return of the King
- An Inside Look at the Special Extended
  DVD Edition of TLotR : The Two Towers

The Two Towers bermula sejurus selepas The Fellowship of the Ring. Kini, Frodo dan Sam menuju ke Mordor untuk memusnahkan the Ring di Mount Doom. Rup-rupanya mereka diekori oleh Gollum yang pernah memiliki the Ring sebelum ini. Setelah ditangkap, Gollum bersetuju menunjukkan jalan ke Mordor.
  Aragorn, Legolas dan Gimli pula mengejar Orcs yang menculik Merry dan Pippin untuk diserah kepada Saruman. Merry dan Pippin berjaya melepaskan diri ke Fangorn Forest setelah Orcs diserang oleh orang-orang buangan Rohan dan diselamatkan oleh Treebeard. Aragorn, Legolas dan Gimli berjaya mengikuti jejak mereka dan bertemu dengan Gandalf yang kini digelar Gandalf the White di Fangorn Forest. Merry dan Pippin dijaga oleh Treebeard sementara yang lain menuju ke kota Edoras untuk menyelamatkan King Theoden dan Rohan dari dikuasai Saruman.
  Wormtounge, penasihat King Theoden menjadi dalang kepada pembuangan orang-orang Rohan yang setia kepada rajanya dan merantau menyelamatkan Rohan dari diserang musuh. Gandalf, Aragorn, Legolas dan Gimli akhirnya berjaya menyelamatkan King Theoden dari dikuasai Sauron dan menghalau Wormtounge. Demi mempertahankan diri, King Theoden dan rakyatnya berundur ke Helm's Deep sementara Gandalf mencari orang-orang buangan Rohan untuk menyelamatkan mereka di Helm's Deep.
  Frodo semakin lemah dan mula dikuasai oleh the Ring. Gollum pula berperang dengan diri sendiri kerana mahukan the Ring. Akhirnya Frodo, Sam dan Gollum ditangkap tentera Faramir, adik Boromir dari Gondor. Faramir inginkan the Ring untuk mengakhiri perang yang dicetuskan oleh Sauron. Akhirnya, Faramir mengalah dan membebaskan mereka.
  Helm's Deep diserang dengan hebat oleh 10,000 tentera Saruman. Setelah bertahan begitu lama dengan bantuan tentera Elves, akhirnya bantuan dari Gandalf tiba dan berjaya mengalahkan mereka. Isengard, tempat Saruman pula musnah teruk apabila diserang oleh Treebeard dan golongan Ent kerana marahkan Saruman yang menebang kawan-kawan pokoknya. The Two Towers berakhir dengan Frodo, Sam dan Gollum meneruskan perjalanan mereka dan Gandalf beserta yang lain bersedia untuk perang yang lebih dahsyat, iaitu perang untuk seluruh Middle-earth.
  Setelah dikagumkan dengan The Fellowship of the Ring, sudah tentu The Two Towers amat ditunggu-tunggu. Saya benar-benar berpuas hati dengan filem kedua trilogi The Lord of the Rings. Persembahan watak Gollum yang menggunakan khidmat Andy Serkis untuk membantu pergerakan CG (computer-generated) Gollum amat berkesan dan nampak hidup. Suasana, jalan cerita, kesan-kesan khasnya, semuanya memuaskan hati.
  Persembahan The Two Towers dalam DVD ini sudah tentunya yang terbaik. Oleh kerana perlu menjaga kualiti video sepanjang kira-kira 178 minit yang dimuatkan dalam satu cakera, hanya 2 audio disediakan iaitu Dolby Digital 5.1 dan Dolby Surround 2.0.
  Special Features dalam cakera kedua menampilkan pelbagai video. Ada yang sudah disiarkan di televisyen dan di lordoftherings.net. Video-video ini memberi peluang kepada penonton memahami pembikinan The Two Towers dan menunjukkan betapa eratnya para pelakon. Filem pendek arahan Sean Astin yang memegang watak Sam agak menarik sebagai satu projek kecilnya semasa penggambaran di New Zealand. Video terbaru yang lain ialah Behind-The-Scenes Preview of The Return of The King, Preview of EA's Video Game The Return of The King dan An Inside Look at the Special Extended DVD Edition of The Two Towers. Secara keseluruhan, Special Features yang saya habiskan menonton dekat 3 jam amat memuaskan.
  Sebagai filem kedua dalam trilogi The Lord of the Rings dan sebagai filem yang tersendiri, DVD ini wajib dimiliki. Kepada peminat The Lord of the Rings, the Special Extended DVD Edition yang mengandungi 4 cakera (2 untuk filem dan 2 untuk Special Features yang belum pernah dilihat), 30 minit tambahan kepada filem asal dan pelbagai special features sudah semestinya menjadi koleksi tambahan kepada DVD ini.

Filem : 4.5/5
Special Features : 3.5/5
DVD : 5/5

Ditulis : 04/11/2003
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1