menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > OAG - Satelit Ink

OAG - Satelit Ink

satelitinkcover.jpg
Artis :
OAG

Album :
Satelit Ink

Tahun
: 2003

Terbitan
:
EMI (Malaysia) Sdn Bhd

 

Lagu

01. Nowwhy2
02. Konspirasi Bising Internasional
03. Venusia
04. Beautifool
05. Danish
06. Stereokumonomu
07. Anjelik
08. Akustatik
09. TV 60-an
10. Nowwhy2 (radhi-free)
11. Venusia (radhi-free)

4:16
3:23
3:42
3:24
3:43
3:19
2:57
2:55
4:08
4:21
3:45

Ulasan

Ketika single Akustatik berkumandang di radio dan disertakan dalam re-release Opera Radhi-O-Friendly, saya tak berminat untuk membeli. Apa gunanya membeli bila dah ada album yang hampir sama. Bila Satelit Ink keluar, barulah saya lebih membuka hati untuk membeli. Lebih-lebih lagi selepas mendengar lagu Nowwhy2. Bagi saya Nowwhy2 lebih menarik perhatian berbanding Akustatik yang lebih simple muziknya.
  Sangkaan saya bahawa Satelit Ink akan terasa seperti Opera Radhi-O-Friendly meleset. Masih mengekalkan konsep yang sama, Radhi dan rakan-rakan berjaya memperbaharui idea muzik mereka. Ini menjadikan album ini lebih baik dan mantap berbanding album sebelumnya.
  Walau bagaimanapun, ada kekurangan ketara apabila terdapat 9 lagu sahaja. Sesuatu yang jarang berlaku sebenarnya bagi album penuh. Jika dipecahkan lagi, ada 7 lagu baru, 1 lagu dalam re-release Opera Radhi-O-Friendly, dan 1 lagu digubah semula dan berlirik bahasa Melayu. 60's TV jadi TV 60-an. Mungkin juga ini sebabnya harga Satelit Ink dalam bentuk CD hanya RM29.90?
  Apa pun, hasil Radhi dan rakan-rakan kali ini patut dipuji. 7 lagu baru dalam album ini memang memuaskan. Akustatik dan TV 60-an terasa asing berbanding lagu-lagu lain tetapi masih lagi sedap didengar. Mungkin kerana muziknya yang simple.
  CD terbitan EMI kini sudah memakai teknologi Copy Controlled. Saya masih boleh memainkannya di komputer tetapi masih bergantung kepada model pemacu (driver) yang digunakan. Walaupun demikian, ia tidak mematahkan semangat saya untuk menikmati Satelit Ink. Saya menganggapnya sebagai album yang perlu dibeli tahun ini.

4/5

Nota :
- www.oag.com.my laman web rasmi OAG
- www.emimusic.info untuk maklumat teknologi Copy Controlled

Ditulis : 29/10/2003
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1