MOSFET jenis peningkatan
MOSFET jenis peningkatan biasanya dianggap sebagai peranti normally-off. Ia bermakna tanpa mengenakan voltan get, tiada pengaliran arus ID. Apabila get saluran n berpolariti positif, electron ditarik dari substrat ke kawasan sumber-salir. Aktiviti ini menyebabkan ransangan kepada saluran untuk beroperasi. Apabila ia sudah selesai, pengaliran antara sumber-salir berlaku, kesannya arus salir bertambah berkadaran dengan voltan get. Tanpa voltan get, saluran tidak akan beroperasi dengan baikdan arus ID tidak mengalir.

Seperti yang dilihat dalam rajah di atas, sambungan pada transistor dibuat seperti dalam rajah. Apabila get menerima masukan voltan, medan elektrik akan wujud antara get dengan subtraktum. Penambahan voltan masukan akan menyebabkan medan elektrik bertambah dan mewujudkan saluran diantara punca dan salir. Ion bercas positif akan wujud di get, manakala ion negatif pula wujud di saluran. Apabila voltan masukan bertambah, electron yang berfungsi sebagai pembawa akan bertambah dah fenomena ini menyebabkan pertambahan arus dan pembawa dalam transistor.

nMOS jenis peningkatan

pMOS jenis peningkatan
Graf ciri-ciri I-V bagi MOSFET

Kawasan operasian:
- Kawasan potong (cutoff)
- Kawasan linar (linear / triod)
- Kawasan arus malar
Simbol MOSFET jenis peningkatan

|
|