Jalan-Jalan Bulan Puasa: Anak yatim sebatang kara
Masuk hari ke-16 puasa, saya didatangi oleh beberapa orang sahabat yang ingin ke Baling, daerah kelahiran saya untuk memberi sedikit sumbangan sedekah jariah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Lalu, pucuk dicita ulam pun mendatang, saya yang sudah lama tidak pulang ke kampong halaman menerima pelawaan mereka ini dengan dada yang penuh lapang.
Dalam banyak-banyak rumah dan teratak usang yang kami ziarah hari itu, kunjungan ke rumah Tok Mek di Kampung Lanai Masjid adalah yang paling nostalgic, dan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada rakan-rakan saya ini, atau sekurang-kurangnya kepada seorang antara mereka yang sebelum ini tak pernah turut serta dalam mana-mana expedisi sebegini. Kisah beliau akan saya ceritakan di penghujung tulisan ini nanti.
Rumah yang kami kunjungi ini dihuni oleh Tok Mek, atau pun nama penuhnya Saadiah Bt Yassin, 83 tahun dan cicitnya adik Nurfazida Bt Md Radazi yang sedang berada dalam Tingkatan 2 di Sek Men Parit Panjang, Baling. Kedah. Tok Mek menyara diri dan cicitnya ini hanya dengan berbekalkan wang saraan hidup Jabatan Kebajikan Masyarakat RM80 sebulan. Wang itulah yang digunakan untuk belanja dapur, duit sekolah Nurfazida dan lain-lain. Tanah rumah yang ditumpangi Tok Mek ini bukannya miliknya; beliau tinggal di situ atas ihsan tuan tanah. Rumahnya itu pun didirikan atas bantuan jiran-jiran.
Kata Tok Mek:
"Tu, dinding kat dapur tu Ustaz tu yang tolong buat. Ni, tikar karpet (lusuh) ni pun si anu tu yang bagi. Atap tu pun orang yang bagi"
Dahulu Tok Mek ada beberapa orang anak; kini semuanya telah meninggal. Daripada salah seorang anaknya itu, lahirlah ibu kepada Nurfazida. Ketika Nurfazida masih kecil ibunya diceraikan; ayahnya pula kahwin lain. Tok Mek tak pasti di mana ayah Nurfazida berada ketika ini. Tidak lama kemudian ibunya pula meninggal dunia. Lalu, tinggallah adik Nurfazida sebatang kara.
Sungguh sedih kisah hidup adik Nurfazida ini; hendak harapkan kasih ibu, ibu sudah pun lama pergi mengadap Illahi. Nak harapkan kasih ayah, Tok Mek sendiri tak pasti di mana ayah Nurfazida pergi. Nak menumpang kasih Atuk dan Nenek, kedua-duanya pun sudah tiada lagi. Nak menumpang kasih adik, abang atau pun kakak, Nurfazida anak tunggal, anak yatim sebatang kara.
Lalu, yang tinggal setakat ini hanyalah moyang tersayang, Tok Mek yang dipanjangkan usianya seolah-olah untuk menjadi payung tempat berteduh buat seketika untuk adik Nurfazida, sementara menunggu hari ia meningkat dewasa. Sungguh tragis sebenarnya kisah hidup beliau.
Sebetulnya, ini adalah kali ke-2 saya membawa kawan-kawan ke rumah Tok Mek selepas kunjungan yang pertama pada hari cuti Krismas tahun 2003 dulu. Ketika itu, saya ada membawa 2 orang sahabat yang ingin ke pedalaman Baling menghulurkan sumbangan. Perjalanan kami ketika itu mentakdirkan kami singgah ke rumah Tok Mek. Topik perbualan kami dengan Tok Mek pada hari tersebut berkisarkan tentang luahan hati beliau mengenai sebuah perjuangannya yang pada ketika itu masih belum selesai.
Pada waktu tu, adik Nurfazida baru nak beralih dari zaman kanak-kanak (darjah 6) ke zaman peralihan menuju alam remaja di tingkatan satu. Tok Mek merasa tertekan kerana di usia yang meningkat remaja itu, adik Nurfazida masih terpaksa mandi di luar rumah dan kalau nak melepas hajat terpaksa pula menunggu hari sedikit kelam, supaya kelibatnya tak kelihatan tatkala sedang mengangkat cangkul menggali lubang.
Meringkaskan cerita, perjuangan utama Tok Mek pada tahun 2003 itu ialah untuk mendapatkan sebuah bilik air dan tandas yang sempurna untuk cicitnya, adik Nurfazida. Dengan pendapatan bulanan RM80 daripada JKM ini, manalah mampu nak buat lubang jamban, nak upah orang pun mau nak kena ada dua tiga ratus. Kisah perjuangan beliau ini yang melibatkan JKKK dll itu ada saya paparkan dalam tulisan saya sekitar bulan Dec 2003.
Menurut Tok Mek, selepas lawatan kami itu, ada la kot dua tiga lawatan susulan oleh orang-orang yang tak dikenali. Saya sendiri, kalau tak silap, ada membuat lawatan susulan beberapa minggu kemudian. Itu saja, selepas itu tidak ada lagi yang datang berkunjung. Mungkin kerana nama Baling itu sendiri bunyi macam jauh ke pedalaman, maka kurang sedikit minat orang untuk datang. Pun begitu, sumbangan kewangan yang tak seberapa yang diberikan mereka itu akhirnya mampu merealisasikan Impian Tok Mek untuk mendapatkan Tandas yang sempurna buat cicitnya. Tandas tersebut kini boleh kelihatan tersergam indah di belakang rumah Tok Mek (gambar); alhamdulillah adik Nurfazida tak perlu lagi mengangkat cangkul mengorek jamban.
Lalu, kali ini apa pula masalah Tok Mek?
Tok Mek tak ada isu besar yang nak diluahkan kepada kami kali ini, kalau ada pun cumalah suatu perkara. Kata Tok Mek:
"Kadang-kadang bila rasa sesak (putus belanja), Tok dok teringatkan depa yang datang hari tu, Dok Mana? Nama Apa? Siapa dia?....selalu dok ingat!"
Sebak aih rasa di dada kami, tapi tak apalah sebab agenda kami bukanlah nak jadi badan kebajikan, kami cumalah dua tiga orang individu yang seberapa daya yang mampu cuba mengenengahkan seberapa ramai yang mungkin insan-insan senasib seperti Tok Mek dengan harapan akan ada yang sudi datang membantu.
Kemudian perbualan kami beralih kepada adik Nurfazida; soalan yang pertama saya tanya:
"Periksa Dapat Nombor Berapa?"
Dia cakap, periksa hat akhir tahun 2004 ini belum tahu lagi, lalu saya tanya yang pertengahan tahun berapa? Jawab beliau:
"Nombor SATU!!"
Bukan sahaja no-1, tapi beliau juga mendapat mata pelajaran terbaik untuk subject Sains.
Lalu saya tanya mengenai belanja
sekolah, sehari banyak mana. Belum sempat beliau jawab, Tok Mek menyampuk
bagitau "
Habis tu, waktu tu rehat tak makan ka? Saya petik dari mulut adik Nurfazida sendiri, beliau jawab:
"Tak...tak rehat..dok dalam kelas tak keluar rehat..”
Hampir berlinang air mata saya. Hari-hari itulah rutin adik Nurfazida, pergi sekolah semata-mata untuk belajar, di kala kawan-kawan sedang riuh rendah berebut membeli makanan di kantin sekolah, beliau keseorangan dalam bilik darjah mengulang kaji pelajaran; kalau rasa lapar dan dahaga cuma minum air yang dibawanya dari rumah.
Bila ditanya tak dapat kah biasiswa kecil persekutuan RM600 sebulan, belum sempat beliau menjawab, neneknya yang sedari tadi berlinang air mata mendengar cerita cicitnya ini menyampuk:
"Tok ada la tanya Nurfazida, dia kata kat Tok "TOK WEI, ANAK-ANAK ORANG KAYA SAJA YANG DAPAT BIASISWA TU TOK WEI, ANAK ORANG MISKIN MACAM KITA INI MANA NAK DAPAT!!" "
Rupa-rupanya sudah 2 kali beliau isi borang minta biasiswa kecil persekutuan RM600 setahun ini, pertama kali pada awal tahun 2003 dan kali kedua pada awal tahun 2004; kawan-kawan beliau yang entah berapa RATUS ranking mereka dalam kelas pakat dapat tapi beliau yang dapat No-1 dan the best student in Science, anak yatim pula tu, habuk pun tarak.
&*^$##%^^& sorry lah, saya pun tak tau nak komen apa!!
Kemudian kami tanya pasal buku dan baju sekolah. Buku, alhamdulillah dapat buku Teks; tang bajunya…masyaallah, Tok Mek tunjukkan kpd kami baju sekolah Nurfazida yang sedang tergantung tu. Kata Tok Mek, baju tu lah sehelai, pakai pagi, petang basuh. Esok pun macam tu juga, pakai pagi petang basuh. Tiap-tiap hari macam tu. Kalau hujan nanti pandai-pandailah adik Nurfazida sterika atau buat apa yang patut. Kami rasa la, bukan saja Tok Mek yang patut dapat RM80 sebulan duit JKM, tapi Nurfazida bt Md Radazi pun patut dapat juga..
Sayang sungguh budak yang cerdik dan pintar macam adik Nurfazidah ini terabai macam tu, sungguh sayang. Saya ini naik emosional sikit bila tulis kisah beliau ini, sebab ia betul-betul mengingatkan kepada satu kisah benar yang berlaku di kampong kelahiran saya yang jauh terpencil berbanding kampong Tok Mek, dalam daerah Baling juga.
Lebih kurang 25 tahun yang silam, saya merupakan anak kampong
saya yang pertama mendapat 5A dalam Ujian Penilaian darjah 5, seterusnya menjadi
anak kampong saya yang pertama ke Amerika; dan mungkin menjadi satu-satunya anak
kampong saya yang pernah menjejak kaki ke Eifel Tower dan mungkin merupakan
satu-satunya anak kampong tersebut yang pernah menjadi Presiden Persatuan
Mahasiswa/i Malaysia di sebuah Univerisiti di Amerika. Selepas
saya mendapat 5A, tidak ada sesiapa yang dapat memecahkan rekod saya itu
sehinggalah beberapa tahun kemudian. Pelajar yg
mendapat 5A itu saya masih ingat lagi seorang pelajar perempuana bernama
Norma. Masuk form 1, Norma mendapat tawaran ke sebuah
sekolah berasrama penuh di Sg Petani. Masuk form 2, Norma terpaksa
berhenti dan pulang belajar di sekolah menengah biasa di Baling kerana ayahnya
yg kerja kampong itu tak mampu menyara persekolahan beliau di
Apabila melihat wajah adik Nurfazida, saya terus teringatkan si Norma. Takkanlah ada lagi sorang anak Baling yang akan jadi macam beliau?
Dalam kereta UNSER semasa perjalanan pulang, saya cakap
kepada kawan-kawan bahawa saya akan
Setelah berpisah menuju kenderaan masing-masing di parking lot Kulim Hi-Tech, semasa dalam Toyota Serenanya, M meluahkan perasaannya kepada saya. Dalam UNSER tadi ramai, mungkin dia segan. Kata M:
"Hang tulis dulu cerita adik Nurfazida tu, nanti aku akan fwd pi kat cikgu aku tu, aku nak tulis:"
‘Ke hadapan guruku, cikgu Ahmad Rafaei, cikgu masih ingatkah lagi saya, Mohd.... bekas anak murid cikgu di Sek Tinggi Melaka dari tahun 1982-1986, yang bersama-sama dengan Hamzah dll dalam kelas 4 Sains 1 di mana pada ketika cikgu mengajar kelas kami. Cikgu selalu mengajar kami supaya prihatin dan mengambil berat mengenai ANAK-ANAK BANGSA...hari ini cikgu, saya.....(sampai sini, suara M mula perlahan)..."
Kemudian...senyap....selepas itu M, seorang Engineer di sebuat syarikat Multinational, menangis teresak-esak di hadapan stering Toyota Serenanya. Saya pun hampir sebak.
Bila suasana sudah agak reda; saya cakap:
"Tu lah M, aku pun sedih jugak; hang bayangkanlah baju sekolah pun sehelai tu saja.."
Belum habis saya cakap, M menangis lagi, kali ini lagi kuat...teresak-esak macam di hari saya kehilangan ayah. Saya biarkan M sendirian; saya lihat air matanya berlinangan sehinggalah kami tiba ke rumah.
Sesungguhnya, memang perit menjadi anak
yatim, makan minum, duit sekolah, kain pakai tiada yang ambil peduli.
Patutlah pun dalam Al-Quran Allah SWT banyak menyebut betapa perlunya kita
mengambil berat mengenai anak-anak yatim, sehinggakan zakat fitrah pun, kalau
ikut kiranya, anak yatim pun termasuk dalam asnafnya yang utama.
Maka itu, kpd rakan-rakan yang terbaca tulisan saya ini, jika punya sedikit masa yang agak terluang, coba-cobalah melawat dan ziarahi rumah anak-anak Yatim yang berdekatan; percayalah mereka amat berbesar hati dan menghargai masa dan sumbangan kalian.
Moga bermanafaat buat semua.
Wallah hu aklam.
[email protected]
Oktober 2004