ISU TOK MEK: Update 5 Disember 2004
Assalamualaikum,
Seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat meeting
kami dengan pihak Sekolah Menengah
Parit Panjang
berkaitan isu Dana Tok Mek &
Adik Fazida pada 7 hb Nov
yang lalu, maka hari ini 5 hb
Disember 2004, satu lagi
mesyuarat telah diadakan bagi
mendapatkan status
terbaru perkembangan isu ini.
Berikut adalah serba
ringkas perkembangan mesyuarat pada
hari ini.
Tempat: Sek Men Parit Panjang, Baling Kedah.
Jam:
Kehadiran:
1. AJK Dana Tok Mek/Adik Fazida
2. Tok Mek dan Adik Fazida
3. Saya [email protected] dan kawan-kawan
sebagai
pemerhati
AJK Dana Tok Mek/ Adik Fazida terdiri daripada Tuan
Pengetua, Guru Kaunselor, Guru Kanan HEM, Guru
Biasiswa, Tuan YDP PIBG dan Seorang AJK
PIBG.
ISU-ISU PERBINCANGAN
Saya memulakan majlis dengan membaca Surah Al-Maun
ayat 1 dan 2, yang antara lain
Allah SWT berfirman
maksudnya:
"Tahukah Kamu Siapakah Itu Yang Dikatakan Sebagai
Pendusta Agama?. Iaitulah Orang Yang Mengherdik Anak
Yatim"
Saya menekankan bahawa yang dikatakan sebagai pendusta
agama itu lebih kurang sama
tarafnya dengan Munafik,
di mana di Akhirat kelak akan
disiksa dan dibakar
hidup-hidup dalam Neraka. Dan, yang
dimaksudkan dengan
"mengherdik anak yatim"
pula adalah seperti
mempermain-mainkan anak yatim,
menafikan hak beliau
atau pun sengaja menyekat beliau
daripada mendapatkan
haknya yang sah. Saya menekankan
pentingnya AJK dan
kami sendiri sebagai pemerhati
supaya berhati-hati
dalam menangani isu Dana Adik
Fazida ini supaya di
akhirat kelak tidak akan ada antara
kami yang akan
dikategorikan sebagai "orang
yang mengherdik anak
yatim" seperti dalam ayat di
atas.
Kemudian, dari satu sudut yang lain pula, saya membawa
ayat 5 hingga 22 Surah Al-Insaan,
yang antara lain
dalam ayat-ayat tersebut, Allah SWT
menjanjikan
balasan Syurga dengan segala macam
kemewahan dan
nikmat di dalamnya; antaranya
berpeluang menikmati
sejenis minuman dalam Syurga yang
bernama KAFUR dan
diberi peluang untuk minum sejenis
mata air Syurga
yang disebut sebagai SALSABIL.
Peluang ini diberikan
kepada mereka yang mengambil berat
mengenai anak yatim
seperti Fazida dan orang-orang
miskin seperti Tok Mek
sebagaimana firman Allah SWT dalam
ayat-8 dan 9 surah
tersebut, yang membawa maksud:
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada
orang miskin, anak yatim dan orang
yang ditawan"
[Al-Insaan ayat 8]
(Kemudian mereka berkata)
"Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah
untuk mengharapkan keredhaan Allah
SWT, dan kami tidak
menghendaki balasan dari kamu dan
tidak pula (ucapan)
terima kasih" [Al-Insaan ayat
9]
Surah Al-Insaan ini menceritakan balasan nikmat Syurga
untuk mereka yang ikhlas memberi
makanan/bantuan dan
melakukan kerja-kerja kebajikan
untuk anak-anak yatim
dan orang-orang miskin. Saya
menekankan betapa AJK dan
kami sendiri sebagai pemerhati akan
berpeluang
menikmati janji Allah ini sekiranya
masing-masing
ikhlas dan berhati-hati dalam
menangani isu dana adik
Fazida ini.
UPDATE DARI PENGETUA:
Tuan pengetua memaklumkan jumlah terkini sumbangan
orang ramai dalam akaun BSN adik
Fazida adalah
sebanyak RM106,808.03. Jika
dicampur dengan jumlah
sumbangan cash orang ramai kepada
Tok Mek, maka jumlah
keseluruhannya sekitar RM120,000.
Seperti yang dijanjikan oleh Tok Mek dalam mesyuarat
kami yang pertama dahulu, 1/3
daripada jumlah
sumbangan melalui akaun BSN Fazida
disedekahkan beliau
kepada pihak sekolah pada hari
selasa
telah pun dimasukkan ke dalam akaun
Bank Islam "Tabung
Kemiskinan Pelajar-Pelajar Sek Men Parit Panjang"
iaitu sebanyak RM35,600.
PEMBINAAN RUMAH TOK MEK:
Tuan Pengetua (Tuan Hj Miskin) beserta YDP PIBG
(Paksu Lah) dan Guru Kaunselor (Cikgu Tahir)
bersama-sama Tok Mek kemudiannya
telah mencari
beberapa lokasi sekitar kawasan
untuk dijual bagi mendapatkan tapak
tanah untuk rumah
Tok Mek. Hasilnya, setelah melihat beberapa lokasi dan
kawasan, Tok Mek bersetuju untuk
membeli dan membina
rumah di sebidang tanah seluas 1/2
Relung (0.6 hektar)
di Kg Tas, tak jauh dari rumah Tok
Mek. Harga tanah
tersebut sekitar RM15,000.
(Kami telah dibawa ke
tapaknya amat sesuai
berlatarbelakangkan kawasan sawah
bendang dan kawasan bukit yang
menghijau di belakang)
YDP PIBG, Paksu Lah yang berpengalaman membina
rumah-rumah di kawasan berkenaan
membentangkan kepada
kami Plan dan Photo sebuah rumah
lain yang rumah Tok
Mek bakal serupa dengannya. Tok Mek
kata lawa sangat;
tapi kira okeylah, cukuplah untuk
mereka dua beranak
dengan rumah 2 bilik tidur, bilik
dapur, bilik air dan
tandas yang sempurna. Kosnya
sekitar RM20,000; tapi
menurut Paksu Lah beliau akan cuba
dapatkan harga
lebih murah dari itu. Extra RM5000
diallocatekan untuk
membeli peralatan perabut rumah,
meja study, TV dan
sebagainya.
Kami juga dimaklumkan oleh Tuan Pengetua bahawa HR
Manager sebuah syarikat swasta di
kawasan industri
Gurun ada menyatakan bahawa kompeni mereka berminat
untuk sponsor pembinaan rumah Tok
Mek. (saya tidak dpt
tuliskan nama kompeni tersebut
kerana belum confirm);
jika confirm, budget untuk
pembinaan rumah Tok Mek
tersebut akan dimasukkan kembali ke
dalam akaun
Fazida.
Tuan Pengetua menyatakan bahawa insyaallah AJK akan
berusaha sedaya upaya untuk
mempastikan rumah Tok Mek
tersebut siap sebelum Hari Raya
Haji ini, insyaallah.
TABUNG KEMISKINAN SEKOLAH
Tuan Pengetua membentangkan bentuk kegunaan Tabung
tersebut. Antaranya untuk
mengadakan kelas-kelas
tambahan; dan untuk pelajar-pelajar
yang layak akan
disediakan makanan percuma,
nota-nota percuma, uniform
percuma, yuran sekolah, yuran
peperiksaan dan
lain-lain yuran. Kriteria
"SUSAH" ialah keluarga yang
berpendapatan kurang dari RM500
sebulan dan punyai
anak dua tiga orang.
Sahabat saya, sdra Warikh menekankan tentang 3 Perkara
yang perlu diberi keutamaan;
pertama - Budak-Budak
Kena Mai Sekolah, kedua – Bila Dah Mai Sekolah Sebelum
Boleh Belajar Kena Pastikan Budak-Budak Tu Dah Makan,
dan ketiga – Bila Dah Mai Sekolah,
Semua Dah Makan
Kena Pastikan Pula Mereka Dapat Pendidikan Yang
Sempurna.
Sdra Warikh tidak mahu ada lagi pelajar-pelajar yang
tak makan macam adik Fazida dan
rakan-rakannya.
Bercakap mengenai pelajar tak makan, Tuan Pengetua
mengakui mereka memang tahu tapi
tak mampu lakukan
apa-apa; pernah beliau sendiri
melihat ada pelajar
yang jatuh pengsan sewaktu
perhimpunan, bila disiasat
tengok, rupa-rupanya sebab pelajar
tersebut tak makan.
Pihak sekolah akan melakukan
bancian berapa ramai
pelajar-pelajar yang datang sekolah
dan semasa sekolah
tidak makan, dan Tabung Kemiskinan
di atas akan
digunakan untuk menangani isu
pelajar tidak makan ini.
Berbalik kepada Perkara no 1 – Budak Budak Kena Mai
Sekolah; saya mencadangkan supaya pihak sekolah
membeli basikal menggunakan Tabung
tersebut untuk
pelajar-pelajar yang ada masalah
pengangkutan atau pun
kurang mampu dari segi tambang bas.
Tuan Pengetua mencadangkan untuk mengadakan Skim
Pinjaman Basikal menggunakan wang dari tabung tersebut
seperti mana Skim Pinjaman Buku
Teks; iaitu pinjam
basikal selama setahun, sign surat
perjanjian dan
sebagainya, kemudian pulangkan
kembali tahun hadapan.
Ini cadangan yang baik, pihak sekolah akan
mengadakan
bancian mengenai perkara ini;
sementara saya dan
rakan-rakan akan cuba mencari
rakan-rakan yang
berminat untuk sponsor Basikal
kepada pihak sekolah.
TABUNG ADIK FAZIDA
Seperti yang dipersetujui dalam meeting yang pertama
dahulu, buku akaun adik Fazida akan
dipegang oleh AJK
sehinggalah beliau habis tingkatan
5.
Kami menghi-litekan kepada pihak sekolah mengenai
tujuan utama kebanyakan penderma,
iaitu ingin melihat
adik Fazida mendapat pendidikan
yang sempurna. Maka
itu saya mencadangkan sebahagian
dana beliau digunakan
untuk mendapatkan guru tuisyen
peribadi di rumah
beliau untuk jangkamasa 9 bulan
sehinggalah beliau
menghadapi PMR tahun hadapan. Cikgu
Tahir sebagai
Pengerusi Biro Pendidikan PIBG akan
berbincang lanjut
dengan YDP PIBG, mungkin akan
diadakan tuisyen khas
untuk Fazida dan dua tiga orang
kawan sekampungnya di
rumah Tok Mek untuk hari-hari
tertentu.
Mengenai jumlah pembiayaan bulanan sara
hidup beliau
dan Tok Mek, setelah berbincang
secara panjang lebar,
mengambil kira kos sara hidup di
sekitar sini, AJK dan
kami sebagai pemerhati dan Tok Mek
sendiri bersetuju
untuk menghadkan elaun tersebut
kepada RM300 sebulan,
tapi tidak terikat. Maksudnya, ini
hanyalah permulaan,
jika Tok Mek rasa perlukan lebih
dari itu, Tok Mek
akan maklumkan kepada kami atau pun
AJK, dan di
musim-musim puncak sewaktu musim
raya atau pun nak
masuk sekolah, jumlahnya mungkin
lebih. Tok Mek
memahami tujuan AJK dan kami yang
bukan bermaksud
untuk menafikan hak adik Fazida,
kerana kami cukup
memahami maksud surah al-Maun yang
saya baca di
permulaan meeting tadi; kami cuma
ingin melakukan yang
terbaik untuk Tok Mek dan Cicitnya.
Ya Allah, Engkau
Bantulah Kami!
Di akhir majlis, Paksu Lah menyatakan beliau amat
berpuas hati dengan meeting pada
hari ini kerana
menurut beliau inilah pertama kali
beliau melihat Dana
Sumbangan Orang Ramai dikendalikan dengan penuh
tersusun, kerana sebelum ini sudah
banyak kali beliau
melihat di daerah Baling ini orang
mendapat sumbangan
berpuluh ribu ringgit; tapi selepas
3 Bulan, tidak ada
apa yang tinggal, rumah buruk masih
tetap buruk tidak
ada apa-apa perubahan, duit
sumbangan habis
dibelanjakan entah ke mana. Beliau
memberi contoh
kisah sumbangan org ramai di sebuah
kampong tak jauh
dari Lata Bayu di Asam Jawa Baling
Kedah di mana
tuanrumah tersebut mendapat
sumbangan antara RM80,000
ke RM90,000 selepas itu tak sampai
beberapa bulan
habis begitu sahaja.
Kami berharap apa yang AJK Dana ini
sedang lakukan
dengan kami sebagai pemerhati akan
dapat memuaskan
hati semua pihak yang
bertanggungjawab mengumpul dan
menghulurkan sumbangan kepada Tok Mek
dan Fazida di
luar sana. On behalf of Tok Mek,
kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga.
Tok Mek pesan, bila rumah dia dah siap dekat Raya Haji
nanti, bila dia buat kenduri masuk
rumah baru,
pakat-pakat mai lah ramai-ramai.
(attached adalah gambar terbaru Tok
Mek dan Fazida dlm
B/Harian semalam 4/12/04)
5 Dis 2004