:: | lihat buku tamu | tulis buku tamu | ::

 

 

Aktiviti 

Ringkasan aktiviti:
 

Pengkalan Balak <
Gathering Raya <
Sungai Congkak <
Batu Layar <
Kenduri Kawen <
Teluk Bahang, Penang <
Kenduri kawen Pojie <
Boling <


 

Semenjak aku mengaktifkan diri dalam Sembang.com, aku dah join beberapa aktiviti yang dah di anjurkan. Bukannya apa, selama nih, aku pergi kerja, balik kerja, tido... Then mengulang balik semua benda yang aku buat tu sampai ler habis minggu. Bila aku join Sembang.com, terisi juga ler life aku dengan aktiviti˛ yang boleh mereleasekan semua ketensionan yang aku rasa selama nih.

Aktiviti pertama yang aku sertai ialah Pengkalan Balak di Melaka. Sebulan selepas aku join, teringin aku nak jumpa semua bebudak Sembang.com. Aku pon memberanikan diri gi jumpa dengan depaorang dan itulah kali pertama aku jumpa bebudak Sembang.com.

Gambar kenangan ke Pengkalan Balak

Aktiviti kedua pulak ialah Gathering Raya 2001 yang lepas. Kali ni lagi ramai yang join sebab itu ler gathering rasmi untuk Sembang.com. Masa gath ni, aku jadik MC ngan Kartini. Heh heh heh... Jangan marah!

Sebahagian AJK Gath Raya Melayu.com

Lepas aktiviti ni, kitaorang buat aktiviti camping lagik kat Sungai Congkak. Best gak sebab itu ler kali pertamanya kitaorang camping kat sungai. Macam biasa, kenal beberapa orang yang aku tak jumpa lagi sebelum nih!

Hehehe... berebut nak masuk gambar lagik...

Kendian, geng cawangan zon selatan, KayEss anjurkan aktiviti camping kat tepi laut. Aku join jugak. Mana boleh lepas. Masa nak gi, pelbagai˛ dugaan kitaorang tempuh. Antaranya ialah naik bas yang dipenuhi dengan orang lain, then ditukar kepada bas kontot tak berair-cond. Lepas tu pulak, naik van uzur yang 2-3 kali mati enjin sebab radiator bocor. Bila sampai plak, hujan... Ishk! Tapi masa gi Batu Layar, itu ler aktivit paling fun yang pernah aku sertai...

Mandi-manda di Batu Layar

Geng cawangan utara iaitu bebudak Penang pon anjurkan aktiviti camping lepas tuh! Gi pulak kitaorang ke Penang iaitu destinasi yang belum pernah aku pergi sebelum nih! Kitaorang camping dekat pantai Teluk Bahang. Tapi sebelum tuh, kitaorang pergi dulu berkelah kat Bukit Hijau Kedah, Tempat dia... Uihhhh... Cantik giler... Aku ingat lagik, masa perjalanana ke Penang, bas yang kitaorang naik turut mengalami kerosakan. Tayar meletup la pulak. Terpaksa ler kitaorang berenti selama sejam sambil menunggu pemandu bas ngan kelindan dia pi tukar... Sementara menunggu tuh, kitaorang berselisih dengan bas bebudak KayEss yang turut pergi ke Penang sana nun. Apa lagik! Kecoh ler kejap.

Semua nak masuk gambar...

Aktiviti seterusnya ialah ke kenduri highlight 2001 iaitu perkahwinan Semutmerah dengan Hang Kebuh. Semua orang memang ternanti-nantikan kenduri nih sebab memang kitaorang nak makan nasik minyak Semutmerah dengan Hang Kebun nih! Ramai giler yang datang sampaikan berduyun-duyun kereta berkonvoi ke Dengkil sana nun. Best gak ek kawen nih! Ramai giler yang datang...

Semua nak bergambo ngan pengantin...

Sekali lagik geng KayEss buat aktiviti. But this time, in conjunction dengan kenduri kawen pengerusi Melayu.com iaitu Pojie. So, kitaorang pon bergegas ler adakan mesyuarat then lepas semua dijalankan, Tongel stuju jadikkan rumah dia sebagai port untuk bebudak landing sebelum ke kenduri Pojie. Masa kat umah Tongel, kitaorang adakan barbeque dan juga sambutan ulang tahun kedua anak sedara Tongel. Tapi sebelum tu iaitu waktu petang lepas kitaorang sampai kat Johor, kitaorang dibawa ke Kota Tinggi untuk bermandi-manda. Tapi tak sampai sejam kitaorang semua naik balik sebab hujan. Hehehehe...

Bergambo dengan Boss...

Selain daripada aktiviti˛ luar dari KL yang telah dibuat, selalunya aktiviti yang paling kerap dibuat ialah main boling. Venue selalunya diadakan di Ampang Point. Aku nih sebenarnya bukan ler reti sangat main boling, tapi aku taram jer ikut sedap aku. Pedulik hapa. Tapi, bila tengok bebudak lain yang terrer main tuh, rasa kecik pulak aku. Macam Ja'a ker, Ly ker... semuanya terrer main boling... kecuali aku... Hahahaha... Kalau ikutkan ati, nak jer aku belajar ngan depaorang cara melontar bola boling ngan betul, tapi sebab nak kejar mata, lupa semua. Asik longkang ajer ler... Hehehehe... Aku nih selalu jadi raja longkang tiap kali ada pertandingan boling antara sendiri... Hehehehe... Lantak ler labu, longkang pun longkang ler, janji aku bahagia...

Himpit˛...

Sebenarnya, bukan ini jer aktiviti yang kitaorang buat. Banyak lagi macam pergi rumah anak yatim, main bola dan etc. Cuma aku jer yang tak sempat masukkan. Dan untuk aktiviti yang akan datang pun dah dirancang. Tunggu masa jer nak dilancarkan.

Tengok ler. Kalau aku gi aktiviti yang diadakan, aku akan masukkan nanti... :)
 

 

  Lanjutan:
  > Kredit
  > Aktiviti
  > Housemate
  > Cybermate

 

© 2001 Ijann's Production

 

Hosted by www.Geocities.ws

1