:: | lihat buku tamu | tulis buku tamu | ::

 

 

Karya 

Sepanjang aku berada di Sembang.com, Melayu.com dan jugak kat Sekolah.com, aku dah menghasilkan banyak karya penulisan yang kebanyakannya dalam bentuk sajak dan juga cerpen. Dan aku rasa, karya penulisan aku yang paling mendapat sambutan ialah cerpen cereka mengenai 8 pahlawan yang pergi menyelamatkan Puteri Syakila. Karya penulisan aku yang ini, aku telah namakan dengan nama Realiti Bermula...

Kebanyakan karya yang telah aku hasilkan aku letakkan di Sembang Karya di Sembang.com dan juga Sembang Karya & Penulisan Kretif di Sekolah.com. Manakala di Melayu.com pulak, aku letak kat section Pusat Karya. Dah lupa dah aku berapa banyak aku letak karya aku kat situ, sebab dah terlalu banyak... Apa yang akan aku letakkan kat sini, adalah karya aku yang terbaru, cerpen˛ yang aku tulis dan juga beberapa artwork yang telah aku buat...

Selalunya karya yang aku tulis tu, terutamanya cerpen selalu aku tulis pada waktu malam, kalo takder cerita besh kat tibi. Dok ler aku melangut kat atas katil sambil pikir cerita apa yang aku nak tulis tu. Hehehehe... Selalunya, aku akan tertulis sampai ler aku tertido. Macam tu ler cerpen 8 pahlawan yang banyak kali aku tertido waktu dalam pembikinannya. Akhirnya siap jugak setelah beberapa episod aku publishkan kat Sekolah dulu...

Cerpen 

1. My best friend wedding... (versi Melayu)
2. Pengembaraan 8 pahlawan terbilang a.k.a Realiti Bermula...

Sajak 

1. Hanya kerana senyuman
2. Panah-panah luka
3. Kerana dia

Artwork 

Tak banyak artwok yang aku hasilkan. Nak kata aku buat artwork fulltime tak ler jugak sebab aku ni pun bukannyer reti melukis sangat. Tapi. Kalo setakat nak menconteng tu... Boleh ler. Aku tak leh nak letakkan artwork˛ aku tu lagik sebab aku tak ada masa nak scan... :D

 

**Karya˛ ini belum lagi aku terbitkan. Tunggulah sedikit hari lagi nanti... InsyaAllah!
 

 
 

 

© 2001 Ijann's Production

 

Hosted by www.Geocities.ws

1