:: | lihat buku tamu | tulis buku tamu | ::

 

 

Kengkawan 

Aku terus terang cakap, kengkawan sekolah lama aku ramai yang dah menghilangkan diri. Aku sendiri tak tau ke mana depaorang gi. Ada yang dah keje, ada yang still belajar lagik dan ada gak yang dah kawen. Aku jugak yang belum.

Tapi aku bangga nak cakap kat sini, kengkawan aku bertambah bila aku join Sembang.com dan Melayu.com. Since kat situ, aku setat join aktiviti yang depaorang anjurkan, and then kitaorang jadik kawan rapat sampai la aku dok serumah ngan depa...

Antara yang paling rapat ngan aku adalah; Ugly, Betterman, Supercat, EDM, Ghost, S_Ana, Green, M_74, Kartini, Fatamorgana, Akulerni, Gigi, Mardau dan ramai lagik. Tak muat kalo aku letakkan kat sini.

Sesungguhnya memang aku bangga dapat jadik kawan depaorang. Bukannya senang nak dapat kawan cyber and then terus rapat macam dah lama kenal. Hehehehe... Sonok kawan ngan korang!

Kengkawan aku yang dari sekolah nih, boleh dikatakan berada di merataČ tempat. Tapi yang paling aktif ialah di tiga kawasan iaitu zon utara iaitu Penang, zon tengah iaitu KL dan yang zon selatan iaitu Johor. Dah bermacam-macam aktiviti yang kitaorang buat untuk mengeratkan tali silaturrahim antara kitaorang.

So, kengkawan aku yang ada kat Penang sana pernah buat aktiviti melawat Penang. Ramai gak yang datang. Yang Johor plak buat rombongan ke Batu Layar dan yang latest ialah ke rumah Tongel.

Kengkawan... :)

KL plak biasak la. Tiap-tiap bulan ada aktiviti. Tapi yang paling best dan yang paling biasa, boling la. LagiČ boling, aku main tak terrerČ gak. Budak sekolah pon boleh kalahkan aku, macam si Shuqrie tuh! Chait! Buat malu aku jer.

Kengkawan sekolah aku lak, sekarang nih yang still kontek each other ialah kawan baik aku iaitu Fadzliyanti ngan NorAzman. Yang lenglain tu, ada gak yang kontek, tapi jarang la. Jumpa pon waktu aku balik kampung jer. Kalo tak balik aku tak jumpa la.

Kengkawan aku kat U pulak, still lagik jumpa, tapi dah lama tak nampak batang idong. Kengkawan aku macam Mohd Noor Rashidi, Wan Faridah Hanum, Shahreen, Ross, Ernie Mufawati, Bolean, Roy... dan semua yang menyertai pertandingan theater yang aku menang satu hari dulu, still lagik aku jumpa sampai sekarang. Uih! Memori tu beb. Menang pertandingan theater Universiti keseluruhan. Hehehehe... At least, ada gak kenangan dari sana...
 

 

  Lanjutan:
  > Kredit
  > Aktiviti
  > Housemate
  > Cybermate
 

 

 

 

 

 

© 2001 Ijann's Production

 

Hosted by www.Geocities.ws

1