Panduan Linux Buat Yang Baru
Dimana anda mahu bermula ?.
Laman yang terbaik adalah http://www.linux.org/ . Penjelasan tentang
Linux dan sejarahnya ada di sini atau laman di http://www.plug.com.my/linux/whatis.shtml
untuk capaian Malaysia dan
http://www.geocities.com/trunasuci_74/linux/intro.html
Mendapatkan CD Distribusi Linux
Membaca sahaja tidak mencukupi. Anda
perlu mencuba sendiri Linux. Sama ada anda mencuba terus di komputer terpakai
atau anda memasangnya bersama sistem operasi lain. Bagi pengguna Windows,
kebanyakan distribusi Linux telah diuji untuk dipasang dalam satu komputer
yang telah dipasang dengan Windows.
Apa pun pilihan anda, mana-mana distribusi
tetap sesuai. Distribusi (Distribution) hanyalah himpunan perisian dan kernel
Linux yang dikumpulkan dalam satu pengedaran. Setiap daripada mereka memanggil
distribusi mereka dengan nama masing-masing. Namun Linux tetap sama. Anda
tetap mendapat login screen sama ada dalam X Windows atau pun shell. Rujuk
"standard" Linux di http://www.linuxbase.org/
Bagi yang baru anda boleh bermula dengan distribusi
Linux Mandrake atau pun RedHat Linux. kedua-dua distribusi ini adalah sesuai
untuk pengguna baru.
Anda boleh mendapatkan CD distribusi
Linux secara percuma di laman http://malaysia.freelinuxcd.org/
. Bergantung kepada jumlah CD dalam stok, jangka masa penerimaan CD tidak
tentu. kempen saya di
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/promo-linux.html
Anda juga boleh membeli CD distribusi yang baru daripada
laman
http://kedai.ittutor.net/
Pelbagai pilihan distribusi disediakan dan dengan
bayaran yang berpatutan.
Anda boleh bayangkan penjimatan anda
jika muat turun CD linux yang setiap satu bersaiz 650MB jika dibanding anda
mendapatkan ia sendiri. Anda telah menjimatkan diri anda daripada segi masa
dan wang bayaran capaian Internet. Untuk mendapatkan 3 CD Linux Mandrake
memerlukan jangkaan masa selama 80 jam dan RM 120 pada modem 56K. (Masih
jimat berbanding harga sistem operasi yang mencecah beribu ringgit).
Ingin saya tekankan, Lesen penggunaan
Linux "General Public License" dalam bahasa orang bukan IT, ianya adalah
PERCUMA, anda pasangkan seberapa banyak Linux daripada CD yang sama. Tiada
bayaran akan dikenakan.
Kos yang anda perlu bayar hanyalah
kos penghantaran, muat turun dan pelbagai lagi kos yang mungkin dikenakan
pada anda, yang tidak melibatkan soal pelesenan. Ianya tidaklah mahal, jangan
terkejut, untuk mendapatkan 1 set Linux Mandrake yang berjumlah 3 CD di http://kedai.ittutor.net/ hanyalah
berharga RM15. Anda telah mendapat sistem operasi yang setanding dengan sistem
operasi yang berharga ribuan ringgit. FIKIRKANLAH. Anda sudah sepatutnya
mencuba Linux.
Mendapatkan Bantuan
Setiap CD distribusi Linux mempunyai
panduan pemasangan di dalam CD masing-masing. Jika anda menghadapi masalah
anda boleh bertanya di laman
http://www.bincang.net/
(Bilik Bincang IT)
http://www.ittutor.net/
(Ruang Forum)
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99
http://duniadigital.cjb.net/
Ramai pengguna Linux yang berpengalaman berkumpul
di laman yang dicadangkan dan mereka sedia membantu anda dengan pemasangan
Linux.
Tanya apa sahaja tentang Linux dan lain-lain perisian
sumber terbuka di laman-laman ini.
Jika anda memerlukan bantuan secara bayaran, dapatkan
senarai syarikat di http://www.thelinuxreview.com/
Anda juga boleh mengikuti kelas Linux yang dianjurkan
oleh Pertubuhan Pakar ICT Malaysia http://www.mysig.org.my/
Sila rujuk jadual di http://www.mysig.org.my/schedule/schedule_archive.asp
Sukatan pengajaran boleh anda lihat di http://www.geocities.com/kemsoit/linux/asaslinux-1.html
Pusat latihan yang lain boleh anda rujuk di
http://lintraining.com/
. Cari sambungan Malaysia.
Pelbagai perisian yang biasa anda
gunakan dalam Windows juga boleh didapati di dalam CD distribusi Linux antaranya.
Open Office sebagai ganti Microsoft Office, Mozilla sebagai ganti Internet
Explorer dan pelbagai lagi perisian yang boleh anda cuba sendiri.
Dalam distribusi Linux Mandrake sahaja,
ia mempunyai lebih daripada 1500 perisian sumber terbuka, yang boleh anda
gunakan.
Lawat laman-laman ini untuk pilihan
perisian yang lain http://sharuzzaman.tripod.com/alternatif.html
dan http://altersoft.iscool.net/
.
Anda juga boleh menyumbang dalam
"Open Source" atau perisian Sumber Terbuka. Projek-projek yang dikendalikan
oleh kumpulan pengguna komputer dan Internet Malaysia.
Projek Terjemahan
http://l10n-my.tripod.com/
Sumbangan Artikel
http://ittutor.net/artikel/
dan senarai kerja-kerja sukarela di Internet Malaysia
boleh anda lihat di
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/sukarela.html
Anda boleh menyumbang dan sumbangan
anda akan memastikan perisian sumber terbuka terus wujud dan percuma.
Jika anda mempunyai CD Linux yang
tidak digunakan lagi sumbangkan ia kepada http://malaysia.freelinuxcd.org/
semakin banyak CD disumbangkan, semakin ramai boleh mencuba Linux.
Saya sendiri menyumbang CD-CD baru
kepada laman ini. Saya mahu melihat semua pengguna komputer dan Internet
Malaysia mencuba Linux.
Artikel saya "Linux : Di mana
mahu bermula" adalah himpunan sambungan Linux luar yang anda boleh gunakan.
http://www.mysig.org.my/sig/tech_article.asp?cat=LNX&id=11
Sokonglah usaha saya ini dengan melawat laman menaja :-
Perkara lain yang anda bolehkan lakukan untuk Linux Malaysia.
Jika anda menggunakan Linux, daftarkan
diri anda di Linux Counter. http://counter.li.org/
atau terus ke statistik Malaysia
http://counter.li.org/bycountry/MY.html
dan daftarkan diri anda.
Bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan
sokongan Linux dan perisian sumber terbuka, daftarkan diri syarikat anda
di di dalam "Linux Consultant Guide"
http://www.tldp.org/LDP/lcg/html/index.html
atau terus ke sambungan
http://www.thelinuxreview.com/
Ini akan memudahkan pengguna Linux
Malaysia mencari anda di dalam satu "Guide" Jika syarikat anda menyediakan
latihan untuk Linux dan Perisian Sumber Terbuka daftarkan diri anda di
http://lintraining.com/
Bagi anda yang membina laman menggunakan Linux sebagai
sistem operasi masukkan laman anda didalam senarai di http://www.netcraft.com/
Masukkan laman anda dalam borang "What's that site
running ?"
Statistik di laman ini digunakan
untuk menilai jumlah penggunaan sistem operasi. Marilah tingkatkan senarai
pengguna Linux dan perisian sumber terbuka.
Laman-laman lain yang anda boleh
kunjungi
http://www.linux-group.org/index.php
Kumpulan diskusi Linux
http://ikhlas.com/meksom/kudiknux.html
Panduan menggunakan Mozilla dalam bahasa Melayu
http://howto.i-ownur.info/
Kumpulan HOW-To dalam bahasa Melayu
Saya tidak mampu untuk menyenaraikan
semua laman-laman Malaysia yang berkaitan dengan Linux.
Panduan ini hanyalah sebagai asas
permulaan untuk mereka yang mencari Linux mendapatkan laman-laman hasil usaha
peminat dan pengusaha Linux di Malaysia.
Jika anda mempunyai laman Linux,
sila daftarkan laman anda di http://mynuke.info/
atau sertai Jaringan Malaysia
http://jaringanmalaysia.iscool.net/
buat pilihan mana yang sesuai sama ada Webring atau Ringsurf.
Sebagai penutup nota saya kali ini,
gunakan enjin pencari di http://dmoz.org/
dan http://www.google.com/ sebagai tanda
sokongan anda kepada usaha sumber terbuka.
Bagi pencarian Linux tuju kepada
http://www.google.com/linux
Moga panduan ini membuka mata untuk
kita semua mencuba dan menggunakan Linux.
Linux sistem operasi masa hadapan.
Wassalam.
: )
Nota ini ditulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.
Dapatkan nota-nota dan email terus daripada saya dengan
menyertai
senarai terhad Harisfazillah Bin Jamel. Anda hanya
mendapat email hanya daripada saya sahaja, yang mungkin
hanya
sekali sehari. (Buat masa ini hanya dua atau tiga email
sebulan, saya masih sibuk dengan tugasan lain).
Nota lama boleh anda dapatkan di
http://groups.yahoo.com/group/haris/messages
atau
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota
Anda juga boleh dapatkan nota-nota yang lalu dalam
bentuk
cetakan. Sila rujuk di laman ini
http://www.geocities.com/bukubusas
http://bukubusas.cjb.net/
Melalui email dengan hantarkan email kosong kepada
[email protected]
<mailto:[email protected]>
atau melalui link ini
http://hafnie.tripod.com/senaraiharis.html
http://www.yahoogroups.com/subscribe/haris
Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada
[email protected]
<mailto:[email protected]>
atau melalui link ini
http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital
http://duniadigital.cjb.net/
Haris juga sering berada di Bincang Komputer
http://www.bincang.net/
dan http://www.ittutor.net/
dengan nama Internet hafnie.
The FREE service that prevents junk email http://hafnie.mailshell.com/
Disclaimer - Pelepasan
Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada
kaitan
dengan mana-mana pihak secara rasmi atau pun tidak rasmi.
Tiada
juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan
liabiliti.
Used it at your own risk.
Terima Kasih.
Harisfazillah Bin Jamel
http://harisfazillah.cjb.net/
http://www.geocities.com/lovhafnie/utama.html
22 Sept 2002
|