Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi anda yang berminat untuk membuat kerja-kerja sukarela dan menyumbang tenaga, ilmu dan buah fikiran kepada masyarakat dan komuniti di Malaysia. Internet boleh menjadi medan anda untuk menyumbang walau pun daripada skrin komputer anda.
Terdapat pelbagai projek dan usaha yang memerlukan tenaga sukarela terutamanya daripada pengguna komputer dan Internet Malaysia. Berikut disenaraikan projek dan kempen yang memerlukan bantuan anda.
Usaha terjemahan antara muka (User Interface - UI) perisian sumber terbuka atau Open Source Software (http://altersoft.iscool.net/) memerlukan bantuan sukarelawan. Sukarelawan adalah terbuka kepada semua. Sama ada daripada golongan berpendidikan IT atau tidak ia tidak dpentingkan kerana kerja-kerja penterjemahan adalah dibantu dengan perisian tertentu. Ia mudah dan anda akan dibantu oleh sukarelawan yang lebih berpengalaman.
Antara Projek yang anda boleh sertai dan sumbangkan tenaga dan masa.
Pasukan Terjemahan Bahasa Melayu Translation Project
Penerangan Projek: Projek Munsyi adalah laman web rasmi pasukan
penterjemah Bahasa Melayu di Translation Project. Projek ini diasaskan
kerana tiadanya satu pasukan rasmi untuk Bahasa Melayu, dalam usaha
menterjemah perisian, khasnya perisian GNU.
Ini adalah projek TERPENTING bagi seluruh projek penterjemahan.
Pastikan setiap daripada kita mendaftarkan diri dalam Projek Munsyi
ini.
Tidak kira apa jua peranan anda, keperluan untuk menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa IT perlu diusahakan dengan lebih bersungguh
dan peranan yang dimainkan oleh Projek Munsyi ini, adalah begitu besar
sekali.
Tidak kira apa jua peranan anda. Sebagai penterjemah, pemeriksa, penjaga
kualiti, pemerhati, pembetul maklumat, penyebar maklumat dan pelbagai
lagi peranan. Kita sepatutnya berada di dalam projek ini untuk menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa IT.
Setiap langkah perlu ada mulanya dan Projek Munsyi adalah mula kepada
matlamat itu tadi. Daftarlah SEKARANG !!!.
_________________
Projek Singa Emas
_________________
http://oo-l10n-my.sourceforge.net/
Projek ini adalah usaha untuk menghasilkan UI untuk perisian Open Office.
Open Office adalah perisian sumber terbuka yang bertujuan untuk
menandingi Microsoft Office. Open Office adalah percuma dan anda
sepatutnya mencubanya kerana ia setanding dengan MS Office.
http://www.openoffice.org/
____________
Projek Gabai
____________
http://gabai.sourceforge.net/
Projek Gabai adalah satu projek lokalisasi Bahasa Melayu untuk untuk
GNOME,
dan perisian GNU lain, tapi buat masa ini, GNOME adalah keutamaan.
GNOME adalah Windows Manager untuk X windows, Windows untuk Unix dan
Linux.
Satu perkara yang menarik jika kita mempunyai UI sistem operasi dalam
bahasa
Melayu.
Belajar Linux di MYSIG http://www.mysig.org.my/
_____________
Projek Meksom
_____________
http://ikhlas.com/meksom/
Projek Meksom adalah projek lokalisasi Bahasa Melayu untuk Mozilla.
Di mana, Pengguna boleh melihat antaramuka pengguna (UI) Bahasa Melayu
pada Pelayar Internet Mozilla. Mozilla http://www.mozilla.org/ adalah
usaha komuniti Internet seluruh dunia untuk menghasilkan pelayar Internet
atau browser setanding malah lebih baik daripada Internet Explorer.
Sokonglah
usaha ini dengan turut bersama dengan sukarelawan seluruh dunia
dalam menghasilkan perisian yang percuma dan terbuka.
________________
Lain-lain Projek
________________
Laman http://l10n-my.tripod.com/ menyenaraikan projek-projek penterjemahan
lain yang anda boleh ikuti dan sertai. Sila rujuk laman ini untuk perkembangan
projek terbaru dan sambungan dan alamat email hubungan bagi anda yang
berminat
untuk menyumbang dalam projek penterjemahan.
Kita boleh dan Malaysia Boleh.
http://www.geocities.com/projekmelayuboleh/
Bagi anda yang berminat untuk mencuba perisian sumber terbuka tetapi
tidak berkesempatan untuk muat turun fail-fail perisian boleh membeli
CD daripada Kedai ITtutor di http://www.ittutor.net/ atau sambungan
terus http://kedai.itutor.net/
atau melalui
Pertubuhan Pakar ICT Malaysia (MYSIG) http://www.mysig.org.my/
melalui sambungan SEKRETARIAT.
_________________
Sumbangan Artikel
_________________
Usaha untuk menghasilkan artikel-artikel dan bahan-bahan komputer dan
Internet dalam bahasa melayu turut dijalankan. bagi anda yang mempunyai
ilmu dan pengetahuan dalam Bidang IT, adalah digalakkan untuk menyumbang
bahan. Bagi yang tidak dapat menulis atau menyumbang bahan boleh turut
serta untuk memberikan komen dan pembetulan kepada artikel yang ada.
Laman-laman yang memerlukan bantuan anda :-
http://www.ittutor.net/ melalui sambungan "Artikel ITtutor".
http://www.mysig.org.my/ melalui sambungan "Sumbangan artikel"
http://mynuke.info/
Bidang-bidang lain juga sepatutnya turut mewujudkan laman-laman
sebegini. Bukan IT boleh menulis pelbagai kepakaran yang boleh dikongsikan
bersama di Internet. Jika anda baru dengan Internet dan cara mewujudkan
laman rujuk nota ini
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/membuatlaman.html
dan Kempen Satulaman di http://www.geocities.com/satulaman
___________________
Menjawab Masalah IT
___________________
Melalui "Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia"
http://kemsoit.cjb.net/ , para sukarelawan sama ada dalam bidang IT
atau yang berpengalaman dalam menjawab masalah komputer dan Internet
diperlukan untuk membantu menjawab pelbagai soalan yang ditimbulkan
dalam Bahagian IT pelbagai forum di Internet.
Antara forum yang anda boleh sertai dan membantu menjawab soalan IT
adalah
http://www.bincang.net/
http://www.ittutor.net/
http://www.mysig.org.my/
http://www.duniadigital.cjb.net/
Anda diperlukan kerana dengan penambahan pengguna komputer dan
Internet Malaysia, satu rangkaian sokongan perlu diwujudkan secara
sukarela dan percuma. Sama-sama membantu. Walaupun anda bukan
daripada golongan IT anda masih boleh membantu kerana pengalaman
menyelesai masalah komputer dan Internet yang anda ada dapat kongsikan
bersama yang lain.
Malah kerja-kerja sukarelawan menjawab soalan bukan setakat kepada
masalah komputer dan Internet malah bidang-bidang lain perlu
diwujudkan rangkaian sokongan di Internet. Tambahan forum yang anda
boleh sumbangkan
http://www.bicaramuslim.com/
http://www.shukur.com/
http://mynuke.info/
______________
Kumpulan Pakar
______________
http://www.mysig.org.my/
Pertubuhan Pakar ICT Malaysia memerlukan tenaga pakar komputer dan
Internet daripada pelbagai bidang kemahiran untuk membantu mengendalikan
bengkel-bengkel yang MYSIG sedang dan akan dijalankan. Sumbangkan
kepakaran anda untuk melahirkan golongan IT yang serba boleh dan
mampu menyumbang kepada perkembangan ICT Malaysia.
Daftarkan diri anda sebagai PANEL PAKAR.
Sukarelawan juga diperlukan untuk membantu pengendalian bengkel dan
pengurusan dan pentadbiran MYSIG. Anda semua dijemput menjadi ahli
MYSIG.
Sama ada baru atau lama dalam IT, atau anda masih belajar IT, anda
dijemput untuk menjadi AHLI MYSIG. Permohanan terbuka kepada semua
dan ini memberikan anda peluang untuk mengikuti kursus dan bengkel
yang
dikendalikan oleh kumpulan Pakar dalam MYSIG.
----
Pelbagai kempen dan kerja-kerja sukarelawan boleh diwujudkan di Internet
Malaysia. Melalui forum-forum dan kumpulan perbincangan yang wujud
di Internet anda boleh wujudkan komuniti yang boleh menjadi tempat
untuk
menjalankan aktiviti sukarelawan.
http://www.bincang.net/ melalui Bilik Bincang Aktiviti boleh dijadikan
tempat untuk anda bermula untuk mewujudkan kerja-kerja sukarelawan.
Antara yang boleh anda cadangkan adalah Kempen derma darah, rayuan
Hari
Pahlawan, melawat rumah anak yatim dan orang tua dan pelbagai akitiviti
sukarela yang boleh disumbangkan kepada masyarakat.
Sudahkah anda sertai MYSIG ?.
Wassalam.
: )
---------------
Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.
Dapatkan nota-nota dan email terus daripada saya dengan menyertai
senarai terhad Harisfazillah Bin Jamel. Anda hanya
mendapat email hanya daripada saya sahaja yang mungkin hanya
sekali sehari. (Buat masa ini hanya dua atau tiga email
sebulan, saya masih sibuk dengan tugasan lain).
[email protected]
<mailto:[email protected]>
atau melalui link ini
http://hafnie.tripod.com/senaraiharis.html
http://www.yahoogroups.com/subscribe/haris
Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada
[email protected]
<mailto:[email protected]>
atau melalui link ini
http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital
http://duniadigital.cjb.net/
Haris juga sering berada di Bincang Komputer
http://www.bincang.net/ dan http://www.ittutor.net/
dengan nama Internet hafnie.
---------------
------- Disclaimer - Pelepasan
Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan
dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada
juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.
Used it at your own risk.
Terima Kasih.
Harisfazillah Bin Jamel
http://harisfazillah.cjb.net/
http://www.geocities.com/lovhafnie/utama.html
22 Aug 2002
_______________________________________________________
The FREE service that prevents junk email http://www.mailshell.com