Nota kali ini adalah mengenai usaha untuk meperkenalkan sistem operasi
Linux kepada masyarakat umum.
Tahun-tahun kebelakangan ini
kita dapat melihat perkembangan yang sihat dari segi penerimaan perisian
sumber terbuka dan sistem operasi Linux, termasuklah Malaysia.
Perkembangan ini lebih menggalakkan
dengan timbulnya rasa minat kerajaan kepada Perisian Sumber Terbuka dan
Linux secara rasmi pada Ogos 2002 dengan perasmian komputer buatan Malaysia
Komnas yang berasaskan sistem operasi Linux.
http://www.twenty20.com.my/
Usaha untuk memperkenalkan Linux
perlu dijalankan dengan giat mulai sekarang. Oleh kerana usaha Perisian
Sumber Terbuka atau Open Source adalah kegiatan sukarela maka ia memerlukan
kerjasama dikalangan kita yang meminati Linux dan Perisian Sumber
Terbuka.
Sebagai sebuah projek sukarela,
usaha pemasaran adalah satu perkara yang agak sukar dan ia memerlukan masa,
yang sepatutnya diluangkan untuk membangunkan perisian.
Di sini sukarelawan diluar kumpulan
pembangunan memainkan peranan. Sukarela pembangunan sudah kukuh membangunkan
perisian dan kini organisasi sukarela yang menjalankan kerja-kerja promosi
dan pemasaran perlu dikukuhkan.
Sebuah laman "Free Linux CD"
http://www.freelinuxcd.org/ dibina
bertujuan untuk menyebarkan CD Linux kepada mereka yang berminat.
Laman ini diasaskan dengan pendapat,
daripada membiarkan CD Linux tidak digunakan dan dibiarkan berhabuk, lebih
baik ia diserahkan kepada mereka yang berminat untuk mencuba Linux.
Sebaran CD secara percuma kepada
yang berminat merupakan satu cara promosi yang sesuai untuk memastikan setiap
pengguna komputer sekurangnya tahu nama Linux sebagai sebuah sistem operasi.
Mereka yang berminat dengan Linux,
mungkin belum bersedia untuk mengeluarkan wang atau tidak berkesempatan untuk muat turun fail-fail
Linux. Dengan cara memberikan CD Linux secara percuma ia dapat membuang
alasan untuk tidak mencuba Linux.
CD Linux hanya sesuai diberikan
kepada mereka yang berminat kerana mereka yang berminat sahaja berkemungkinan
besar akan mencubanya.
Konsep laman ini, ia mahu menjadi
tabung dan orang tengah dalam pengedaran CD Linux. CD Linux disumbangkan
daripada orang perseorangan atau syarikat yang mahu menderma cd Linux.
Laman ini kemudiannya akan mengedarkan
ia secara percuma kepada mereka yang berminat mendapatkan CD Linux.
Kita di Malaysia mempunyai lawan
cawangan bagi laman "Free Linux CD" bagi tujuan pengedaran CD Linux
kepada pengguna komputer dan Internet di Malaysia.
http://malaysia.freelinuxcd.org/
Jika anda berminat untuk mendapatkan
CD Linux secara percuma sila daftarkan diri anda disini. Jika tabung masih
mempunyai simpanan CD Linux ia akan dihantar kepada anda.
Bagaimana anda boleh membantu tabung
ini ?
Dengan memastikan
tabung CD sentiasa ada untuk membolehkan CD Linux diedarkan kepada mereka
yang berminat.
Bagaimana caranya ?
Dengan mendermakan
CD Linux yang baru, terpakai atau tidak diperlukan lagi kepada tabung ini.
Jika anda mempunyai CD Linux
lama yang tidak perlukan lagi. Kumpulkan dan poskan kepada mereka. Daripada
ia berkulat dan berabuk, jadikan ia sebagai sumbangan anda dalam perkembangan
Linux.
Untuk menderma CD linux anda
perlu daftarkan diri dahulu di laman http://malaysia.freelinuxcd.org/
di bahagian penyumbang (Contribute). Sila isikan butir-butir yang
diperlukan. Selepas pendaftaran anda akan diberikan alamat dimana anda perlukan
poskan atau hantarkan CD Linux anda.
Selain daripada cd-cd lama. Anda
boleh menderma dengan cara menyalinkan cd anda kepada cd yang baru dan menghantarkan
salinan itu kepada "Free Linux CD Malaysia".
Anda mungkin mempunyai CD writer.
Masa dan harga CD-R adalah anda tidak seberapa berbanding dengan usaha mereka
yang membangunkan perisian
sumber terbuka. Tunjukkan rasa terima kasih anda dengan menyumbang sedikit
masa dan wang anda dengan menderma CD kepada laman "Free Linux CD Malaysia".
Langkah lain yang anda boleh
lakukan ialah dengan membelikan CD distribusi linux versi baru dan menghantarnya
kepada laman ini. Sama ada anda membelinya di kedai atau anda boleh dapatkan
CD baru
di http://kedai.ittutor.net/ .
Usaha ini adalah usaha berterusan.
Jika anda mampu anda sentiasa boleh menyumbangkan CD Linux, namun harapan
utama saya, semua peminat dan pengguna Linux dapat sumbangkan CD Linux walaupun
sekali. Bila semua menyumbang, tabung CD Linux Malaysia akan sentiasa dipenuhi.
Bagi anda yang telah mendapat
CD Linux percuma daripada laman ini. Rayuan saya, jika CD itu tidak digunakan
lagi, adalah baik ia dihantarkan emula kepada tabung CD Linux Malaysia secepat
mungkin agar ia dapat diserahkan kepada peminat Linux yang lain.
Jangan berlengah lagi cubalah
Linux dan mendapatkan CD Linux Percuma dan bagi Malaysia inilah lamannya
http://malaysia.freelinuxcd.org/
Sebab mengapa anda perlu mencuba
perisian sumber terbuka (open source software) di
http://altersoft.iscool.net/
.
Jika anda mempunyai masalah dengan
linux dan mana-mana Perisian Sumber Terbuka, masalah anda boleh diajukan
kepada beberapa kumpulan perbincangan. antaranya :-
http://www.ittutor.net/
http://www.bincang.net/ (Bincang IT)
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99
dan rujuk http://kemsoit.cjb.net/ untuk laman rujukan
lain.
Bagi anda yang berminat untuk
mengikuti bengkel Linux Distribusi Mandrake dan Redhat dapatkan jadual kursus
dan bengkel di http://www.mysig.org.my/
. Kelas hujung minggu dan bayaran bawah RM100. (Untuk tahun 2002).
Untuk rujukan panduan pengajaran
Linux. Boleh anda rujuk di
http://www.geocities.com/kemsoit/linux/asaslinux-1.html
Jangan lupa untuk menderma CD
Linux kepada http://malaysia.freelinuxcd.org/
atau dapatkan CD Linux percuma di laman ini.
Wassalam.
: )
Sokonglah usaha laman ini
dengan klik banner dibawah :-
|