PROTOKOL
Home
Welcome!
Related Links:
Sesuatu protokol itu  adalah satu set peraturan yang mentadbir talian komunikasi di  antara beberapa buah komputer yang terdapat pada suatu rangkaian.  Peraturan-peraturan tersebut termasuklah garis panduan yang  merangkumi beberapa kriteria-kriteria sebuah rangkaian. Ini termasuklah  cara mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis-jenis perkabelan, dan  kelajuan penghantaran data.
Tujuan website ini adalah untuk menerangkan tentang rangkaian dan cara penggunaannya

Perkakasan
Perisian
Protokol
Pengkabelan
PROTOKOL
Contoh-contoh  protokol adalah seperti berikut:
1-Ethernet
2-Token Ring
3- TCP/IP
ETHERNET
Protokol Ethernet merupakan protokol  yang paling digunakan dengan meluas. Ethernet menggunakan cara kemasukan (access  method) yang dikenali sebagai CSMA/CD (Carrier Sense Multiple Access / Collision  Detection).

Ia merupakan suatu sistem di mana setiap komputer menunggu  arahan melalui kabel sebelum menghantar mesej melalui rangkaian. Jika rangkaian  didapati tidak sibuk, barulah komputer tersebut menyampaikan maklumat atau  mesejnya. Jika satu nod lain terlebih dahulu telah menyiarkan mesejnya melalui  kabel, komputer tersebut akan menunggu dan akan mencuba sekali lagi apabila  laluan membenarkan.

Kadangkala terdapat dua komputer yang kebetulan  menghantar mesej pada waktu yang serentak. Apabila kejadian ini berlaku maka  akan terjadilah perlanggaran. Kedua-dua komputer tersebut akan berundur buat  sementara sebelum menghantar mesej semula. Dengan sistem penghantaran yang  sebegini, pelanggaran merupakan sesuatu yang lumrah. Walau bagaimana pun,  kelewatan yang terjadi akibat perlanggaran dan penghantaran semula data itu  tadi, adalah kecil dan biasanya tidak mempengaruhi kepantasan penghantaran data  di dalam rangkaian.

Protokol Ethernet biasanya digunakan untuk topologi  linear bas, bintang atau pepohon. Data boleh dihantar menggunakan kabel pasangan  berpintal (twisted pair), kabel sipaksi (coaxial) atau kabel fiber optik pada  kepantasan 10 Mbps.

ETHERNET PANTAS (FAST ETHERNET)
Bagi  mempertingkatkan penghantaran maklumat yang lebih pantas, protokol Ethernet  telah membangunkan suatu standard yang menyokong dan membolehkan 100 Mbs. Inilah  yang dikenali sebagai Ethernet pantas. Ethernet pantas memerlukan penggunaan  concentrator atau hab yang berlainan dan lebih mahal kosnya serta rangkaian kad  antaramuka (network interface cards). Sebagai tambahan, kabel 5 pasangan  berpintal (twisted pair) ataupun kabel fiber optik jika perlu.

>>>next page
Hosted by www.Geocities.ws

1