| PROTOKOL | ||||||||||||||||||||||||
| Home | ||||||||||||||||||||||||
| Welcome! | ||||||||||||||||||||||||
| Related Links: | ||||||||||||||||||||||||
| Sesuatu protokol itu adalah satu set peraturan yang mentadbir talian komunikasi di antara beberapa buah komputer yang terdapat pada suatu rangkaian. Peraturan-peraturan tersebut termasuklah garis panduan yang merangkumi beberapa kriteria-kriteria sebuah rangkaian. Ini termasuklah cara mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis-jenis perkabelan, dan kelajuan penghantaran data. | ||||||||||||||||||||||||
| Tujuan website ini adalah untuk menerangkan tentang rangkaian dan cara penggunaannya |
||||||||||||||||||||||||
| Perkakasan | ||||||||||||||||||||||||
| Perisian | ||||||||||||||||||||||||
| Protokol | ||||||||||||||||||||||||
| Pengkabelan | ||||||||||||||||||||||||
| PROTOKOL | ||||||||||||||||||||||||
| Contoh-contoh protokol adalah seperti berikut: | ||||||||||||||||||||||||
| 1-Ethernet 2-Token Ring 3- TCP/IP |
||||||||||||||||||||||||
| TOKEN RING Protokol Token Ring telah dibangunkan oleh syarikat IBM pada pertengahan tahun 1980-an. Cara kemasukan (access method) menggunakan cara penghantaran maklumat di dalam suatu bulatan. Di dalam Token Ring, beberapa komputer dihubungkan bagi membolehkan isyarat berlegar di sepanjang talian rangkaian komputer tersebut. Satu token elektronik bergerak mengelilingi bulatan dari satu komputer ke satu komputer dan jika komputer tersebut tidak mempunyai informasi untuk dihantar, ia akan bergerak melepasi komputer tersebut ke stesen kerja yang seterusnya. Jika komputer tersebut hendak menghantar maklumat, ia akan mengisi data atau maklumat kepada token yang datang kepadanya. Token tersebut kemudiannya bergerak meneruskan perjalanannya sehingga ia sampai kepada komputer di mana data atau maklumat tersebut hendak dihantar. Pada titik ini, data atau maklumat tersebut akan diperolehi oleh komputer yang menerima. Protokol Gelang Token mengkehendaki topologi Bintang Cecincin (star-wired ring) dengan penggunaan kabel pasangan berpintal (twisted pair) atau kabel fiber optik. Ia berupaya menjalankan operasi pada kepantasan 4 Mbps atau 16 Mpbs. Oleh kerana penggunaan Ethernet yang semakin popular, persekitaran sekolah semakin kurang menggunakan Gelang Token. >>>back |
||||||||||||||||||||||||