PERISIAN
Home
Welcome!
Related Links: Berbanding  dengan sistem operasi yang digunakan untuk pengguna individu bagi mengawal  sesebuah komputer, contohnya DOS dan Windows95, Sistem Pengoperasian  Rangkaian (NOS) mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan  oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian  (NOS) ini bertindak sebagai pengarah bagi memastiakan perjalanan rangkaian ini  dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik.
Terdapat dua jenis  Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:

1.sesama pelanggan (peer-to-peer)
2.pelanggan-pelayan (client-server)
Tujuan website ini adalah untuk menerangkan tentang rangkaian dan cara penggunaannya

Perkakasan
Perisian
Protokol
Pengkabelan
PERISIAN  DAN SISTEM PENGOPERASIAN SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN (NETWORK OPERATING  SYSTEMS -NOS)
SESAMA PELANGGAN (PEER-TO-PEER)
Sistem  Pengoperasian Rangkaian sesama pelanggan (peer-to-peer) membenarkan pengguna  berkongsi sumber-sumber dan fail-fail yang terdapat pada komputer peribadi  masing-masing dan membuka, mencari serta mengambil data atau sumber maklumat  yang terdapat dari komputer-komputer orang lain.
Walau bagaimana pun, ia  tidak mempunyai fail pelayan atau sumber pengurusan terpusat kerana di dalam  sistem rangkaian ini, semua komputer dianggap setara dan seimbang. Ini bermakna  kesemua pengguna mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan sumber yang  terdapat di dalam komputer di rangkaian tersebut.Sistem Pengoperasian Rangkaian  sesama pelanngan ini dicorakkan untuk memenuhi keperluan suatu kawasan kecil ke  sederhana besarnya. Ia amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Contoh  program yang berupaya berfungsi sebagai sistem rangkaian sesama pelanggan ialah  AppleShare dan Windows bagi Kerja Berkumpulan (WorkGroup).


KEBAIKAN  RANGKAIAN SESAMA PELANGGAN (PEER-TO-PEER)
1.Kos dapat  dikurangkan & fail pelayan yang dedikasi tidak  diperlukan
2.Sistem >Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah  sememangnya ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu  dibentuk semual bagi membolehkan sistem pengopersian sesama pelanggan  beroperasi.

KEBURUKAN RANGKAIAN SESAMA PELANGGAN
1.Tidak  berpusat >Tidak ada keselarasan bagi fail dan  aplikasi
2.Keselamatan >Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan  bagi pelayan-pelanggan rangkaian.


PELANGGAN PELAYAN (CLIENT-SERVER)
Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan  rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail  pelayan yang dedikasi.Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem,  menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri  keselamatan.
Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang  terdapat di dalam fail pelayan. Sistem pengoperasian rangkaian ini turut  menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan  membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun  berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.


>>>
next page
Hosted by www.Geocities.ws

1