RANGKAIAN
Home
Welcome!
Related Links: Berbanding  dengan sistem operasi yang digunakan untuk pengguna individu bagi mengawal  sesebuah komputer, contohnya DOS dan Windows95, Sistem Pengoperasian  Rangkaian (NOS) mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan  oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian  (NOS) ini bertindak sebagai pengarah bagi memastiakan perjalanan rangkaian ini  dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik.
Terdapat dua jenis  Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:

1.sesama pelanggan (peer-to-peer)
2.pelanggan-pelayan (client-server)
Tujuan website ini adalah untuk menerangkan tentang rangkaian dan cara penggunaannya

Perkakasan
Perisian
Protokol
Pengkabelan
KEBAIKAN RANGKAIAN  PELANGGAN-PELAYAN
1.Berpusat >Keselamatan sumber dan data  dikawal oleh fail pelayan.
2.Memenuhi keperluan >Mana-mana  elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan  yang meningkat.
3.Fleksibel >Teknologi dan perisian yang  terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem.
4.Interoperasi >Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja  bersama-sama.

KEBURUKAN RANGKAIAN PELANGGAN -  PELAYAN
1.Perbelanjaan&nbsp > Memerlukan pelaburan yang banyak di  dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi.
2.Penyenggaraan >  Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan  operasi.
3.Permasalahan > Apabila fail pelayan mengalami masalah,  segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.

CONTOH-CONTOH SISTEM  PENGOPERASIAN RANGKAIAN
Di antara contoh-contoh Sistem Pengoperasian  Rangkaian yang melibatkan rangkaian sesama pelanggan dan pelayan-pelanggan  ialah:
1.AppleShare
2.LANtastic
3.Microsoft Windows  untuk Workgroups
4.Microsoft Windows NT Server
5.Novell  Netware
Hosted by www.Geocities.ws

1