|
MATLAMAT BERPENGAKAP
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu
yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan
kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan
masyarakat antarabangsa.
MISI PENGAKAP MALAYSIA
Memberi sumbangan pendidikan tidak formal
kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan
Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik,
penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan
peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :
- Penglibatan sepanjang tahun dalam proses
pendidikan Tidak formal
- Menjadikan setiap individu agen utama
pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited
- Membina sistem nilai berasaskan
prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang
ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah
untuk menyediakan skim latihan kepimpinan berasaskan kepada Prinsip dan
Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan
mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama
dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek,
kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.
Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin
dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan
sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga masyarakat
didalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap
membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
|
|
- Pengakap adalah seorang yang
sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
Tegaskan bagi menggalakkan kejujuran dan jauhkan
dari membuat kesilapan. Jangan beri peluang menipu dalam
permainan-permainan dan pertandingan-pertandingan. Paling mustahak
semua pemimpin-pemimpin mestilah percayakan budak-budaknya.
- Pengakap adalah seorang yang taat
kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja, pemimpin-pemimpin,
ibubapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
Contoh pemimpin-pemimpin adalah diutamakan.
Ketua patrol atau ketua sekawan hendaklah setia kepada mereka yang
dibawahnya, terutama sekali dalam masa membuat kerja-kerja yang
susah.
- Pengakap adalah wajib menjadikan
dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.
Berbuat baik menjadi dasar utama.
Pemimpin-pemimpin hendaklah memerhatikan dalam perkara ini, terutam
sekali dalam masa cara berpatrol.
- Pengakap adalah sahabat kepada
sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
Galakkan berjumpa dengan terup-terup/ Pek-pek
jiran, hadir dalam perkhemahan daerah, malam pengakap/ kebudayaan,
sahabat pena. Lawatan keluar negeri, Jambori dan lain-lain.
- Pengakap adalah seorang yang baik
dan sempurna budi-pekertinya dan sentiasa berbudi.
Perhatikan kelakuan budak-budak, terutama sekali
bila keluar di kaki lima, berbasikal, menjaga keselamatan jalanraya,
bertimbangrasa kepada orang lain bila menggunakan radio, televisyen,
supaya tidak menggangu jiran-jiran masa mengadakan
pengembaraan waktu malam, permainan malam. Bersopan santun bila
bercakap dan bertanya dari segi perbualan.
- Pengakap adalah baik dan kasih
kepada segala binatang.
Mengajar budak-budak pengakap membela
binatang-binatang, memberi makan dan kasih sayang. Suka kepada ilmu
kejadian. Sayang kepada benda hidup. Jangan membunuh binatang tanpa
sebab. Binatang liar dan buas yang mengancam nyawa diri hendaklah di
bunuh atas sebab nyawa diri diancam.
- Pengakap adalah seorang yang
sentiasa menurut perintah dan suruhan Ibubapanya, Ketua Patrolnya
atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
Tegaskan supaya menurut perintah. Semakin jauh
mengembara semakin kuat dikehendaki berdisiplin. Segala perintah
hendaklah terang dan munasabah serta boleh dijalankan.
- Pengakap adalah seorang sentiasa
bersabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
Ini adalah bagaimana yang diamalkan di dalam
Unit Pengakap. Belajar menang kalah dengan semangat-semangat yang
sama seperti sukan.
- Pengakap adalah jimat dan cermat.
Ini termasuk bukan sahaja jimat-cermat kepada
wang sahaja bahkan berjimat kepada makanan, menyimpan pakaian,
menjaga masa bercakap, menutup pintu sanythingelepas menggunakanya,
menepati masa. Perbezaan antara cermat dan kedekut.
- Pengakap adalah bersih dan suci
fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
Ambil berat di atas keseluruhan jasmaninya.
Kemudian atas keseluruhan mentalnya. Cara-cara yan diajar dalam Unit
Pengakap sangat mustahak. Sentiasa menggunakan cara-cara system
berpatrol (Patrol system).
|
KLKM
KLKM adalah Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
merupakan kumpulan Pengakap Kelana di Institusi Pengajian Tinggi antaranya
Kuala Lumpur Infrastructure University College, Universiti Utara Malaysia,
Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia yang melahirkan
pemimpin dan jurulatih yang terlatih.Peserta KLKM akan menghadiri kursus
bagi memberi ilmu kepengakapan secukupnya supaya mereka dapat memberikan
ilmu yang secukup apabila mereka keluar nanti.
Peringkat Kursus Kepimpinan Manikayu
1. Peringkat I : Penerangan Pengenalan
kepada Pergerakan Pengakap ( 6-7 jam )
2. Peringkat II : Kursus Asas selama 3
hari/2 malam ( 21 jam )
3. Peringkat III: Latihan sambil
berkhidmat selama 4 bulan ( 6 - 8 jam )
4. Peringkat IVA: Kursus Lanjutan (Amali)
- Pengertian, Perhubungan, Perancangan dan Pelaksanaan selama 7 hari / 6
malam ( 54 jam ).
5. Peringkat IVB: Kajian dengan tajuk
yang berkaitan dengan pengakap sebanyak 5,000 perkataan.
6. Peringkat V : Penilaian dalam
tempoh 4 bulan.
"SENARAI KLKM IPT"
|