Berita KLKM KLIUC sepanjang Disember 2005 sehingga Mei 2007

KEMBALI KENALI AKTIVITI AJK  KLKM

 

BERITA KLKM KLIUC


 

 

 KEM KEPIMPINAN, BANTU BANJIR DAN LAWATAN TSUNAMI

Kedah - Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia KLIUC telah mengadakan Program Pakej 3 dalam 1 yang dijalankan pada 23 sehingga 26 Disember 2005 iaitu Kem Kepimpinan di Wisma Kelana Seri Angkasa di Sungai Lalang, bantu Mangsa Banjir di Taman Permata di Jitra, melawat penempatan Transit mangsa-mangsa Tsunami di Kota Kuala Muda. Program ini telah di sertai seramai 20 orang ahli KLKM KLIUC dan Almuni KLKM KLIUC. Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk melatih ahli KLKM  KLIUC di dalam menjalankan aktiviti kesukarelawan bukan sahaja dari segi  kewangan tetapi dari segi tenaga dengan cara membantu  membersihkan kawasan serta melihat kembali pembangunan di kawasan yang telah menghadapi bencana yang besar. Dengan cara ini dapat memberi kesedaran kepada peserta jika bencana berkenaan menimpa mereka. Program ini dirasmikan oleh DRS Nazri b Ramli, Presiden Kelana Seri Angkasa dan majlis penutup pula di- sempurnakan oleh Dr Che Pee Saad, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KLIUC.  

 

 

Melihat kesan tsunami di kota kuala muda

membantu mangsa banjir

 PROGRAM KEBAJIKAN TITIAN KASEH (RTK)

Titiwangsa - Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia KLIUC sekali lagi menganjurkan Program Kebajikan Titian Kaseh Siri ke 2 di Pusat Jagaan Titian Kaseh di Titiwangsa pada 21 Januari 2006. Program ini juga di- sertai oleh Persatuan Mahasiswa Islam KLIUC dan juga di sertai oleh calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar KLIUC sesi 2006/2007. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah berkenaan, menyediakan makanan tengahari bersama ibu-ibu tunggal dan mengadakan aktiviti sukaneka bersama anak-anak yatim dari rumah berkenaan. Di akhir program Farah Nazia Bekas Naib Presiden II MPP KLIUC Sesi 2005/2006 telah menyampaikan cenderamata mewakili KLIUC kepada Pengetua Rumah Titian Kaseh dan Syafik Asyraf Pemimpin KLKM KLIUC menyampaikan Cenderamata mewakili KLKM KLIUC.

 

 

Gotong royong di RTK

Permainan bersama anak-anak yatim RTK

 

 KURSUS MENYELAMAT DAN PERTOLONGAN CEMAS

Pusat Mahasiswa UPM Serdang - Seramai 9 orang ahli KLKM KLIUC telah menyertai kursus menyelamat dan pertolongan cemas. Program ini di sertai seramai 150 orang ahli Pengakap yang mewakili Pengakap Remaja, Muda, Kelana Luar dan Kelanasiswa IPT. Program ini adalah program kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Putrajaya dan KLKM UPM. Program ini telah melatih peserta didalam memberi bantuan pertolongan cemas jika berlakunya perkara yang tidak di- ingini semasa menjalankan perkhemahan atau aktiviti luar. Program ini juga melatih kami menggunakan alat-alat pemadam kebakaran dan melatih peserta menggunakan peralatan berkenaan dengan betul dan selamat.

 

 

Peserta kursus

Taklimat dari pegawai JPA3

 

 JAMUAN MAKAN KLKM KLIUC

KLIUC - Program ini telah di anjurkan oleh ahli KLKM KLIUC aras 100 iaitu ahli yang baru menyertai KLKM KLIUC. Program ini di ketuai oleh Mohd Khairi b. Jaafar. Program ini bertujuan menghargai jasa ahli KLKM yang terdahulu membangunkan KLKM di KLIUC serta program ini juga bertujuan menghargai AJK KLKM  KLIUC tahun 2005/2006. Program ini dijalankan pada 2 Mac 2006 dan dirasmikan oleh Dr Che Pee Saad Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar. Program ini dihadri seramai 25 orang ahli KLKM KLIUC dan jemputan dari kelab ADREX KLIUC dan MPP KLIUC

 

 

Penyampaian cenderamata

Ahli menjamu selera

 

 KURSUS MANIK KAYU PERINGKAT II

Sungai Petani - Kursus Manik Kayu Peringkat II Kelana yang di anjurkan oleh KLKM UUM yang diadakan pada 2 sehingga 4 Mac 2006 yang dijalankan di Wisma Kelana Seri Angkasa. Program ini di sertai seramai 100 orang dari KLKM UUM dan 6 orang peserta dari KLKM KLIUC. Kursus ini di ketuai oleh En Hasan Hashim, Jurulatih KLKM UUM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengembaraan, membuat gajed, sidang, malam kebudaayan dan banyak lagi.Dalam program ini ahli KLKM KLIUC amat menonjol dari segi kepimpinan. 4 orang menjadi Ketua Kumpulan dan 2 orang menjadi Penolong Ketua Kumpulan.

 

 

bersama ketua kursus

Pemeriksaan pagi

 

 LAWATAN KELANA SERI ANGKASA KE KLIUC

KLIUC - Lawatan Rasmi Kelana Seri Angkasa ke KLIUC pada 16 Mei 2006 merapatkan lagi hubungan di antara KLKM KLIUC dengan Kelana Seri Angkasa. Lawatan ini di ketuai oleh DRS Nazri, Presiden Kelana Seri Angkasa bersama 30 orang deligasinya dan di sambut oleh wakil KLIUC iaitu Dr Che Pee Saad Timbalan Presiden HEP KLIUC bersama Pesuruhjaya KLKM KLIUC dan barisan kepimpinan KLKM KLIUC. Dalam ucapan oleh DRS Nazri beliau berbangga dengan semangat pelajar KLIUC dalam usaha membangunkan Pergerakan Pengakap di IPTS dan beliau berterima kasih dengan KLIUC kerana membenarkan ahli KLKM KLIUC membantu menjadi urusetia beberapa program anjurannya  untuk Peringkat Daerah mahupun Peringkat Negeri Kedah dan beliau juga berharap hubungan di antara KSA dan KLKM KLIUC diteruskan lagi. Dalam lawatan ini Deligasi KSA sempat melawat ke sekitar kampus KLIUC.

 

 

KSA dan KLIUC bergabung

Kepimpinan KSA

 

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG & CARNIVAL SPORT KLIUC

KLIUC - KLKM KLIUC telah di beri penghormatan oleh MPP KLIUC untuk menyempurnakan upacara menaikan Jalur Gemilang untuk Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 14 Ogos 2006 di hadapan Blok Akademik  dan KLKM KLIUC di beri kepercayaan untuk mengendalikan perbarisan lintas hormat Carnival Sport KLIUC pada 18 Ogos 2006 di Padang Bola Sepak KLIUC dan pada Majlis Penutup Carnival Sport KLIUC bendera KLIUC telah diserahkan kepada Syafik Asyraf  yang akan mewakili Pengakap Malaysia ke 9th International Youth Gathering For Cultural Exchange di Cairo Mesir pada 21 sehingga 31 Ogos 2006

 

 

Kibar jalur gemilang

Majlis Penutup Carnival Sport KLIUC

 

9th International Youth Gathering For Cultural Exchange  

Cairo, Mesir - Seorang ahli KLKM KLIUC iaitu Saudara Syafik Asyraf  b. Haris telah di pilih oleh Persekutuan Pengakap Malaysia untuk mewakili Pengakap Malaysia ke 9th International Youth Gathering For Cultural di Cairo, Giza dan Alexandria, Mesir dari 21 sehingga 31 Ogos. Program ini disertai seramai 40 orang peserta dari 30 buah negara mewakili 6 Scout Regional iaitu Asia Pacific, Africa, Arab, Euro-Asia, European dan America Latin. Program ini melatih seseorang itu berdikari, menjadi Duta Malaysia dengan memberi penerangan mengenai Malaysia dan memperagakan pakaian Tradisional Melayu dan bertukar-tukar maklumat mengenai negara dan peserta juga di bawa melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Egypt antaranya Piramid Giza, Al Montazah Castle and Beach, Egyption Museum, Roman Amphitheatre, Qaitbay Citadel dan banyak lagi. maklumat lanjut di www.kliuc.edu.my

 

 

bergambar di saqqara

Duta Malaysia

 

Mesyuarat Penyelarasan KLKM IPT 

Kuala Terengganu, UDM Kampus Kusza - Telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan KLKM IPT pada 10 September 2006. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua Pengakap Negara, Datuk Syafie Salleh. Antara agenda yang di bincangkan ialah seperti perlantikan Persuruhjaya Negeri KLKM Kepada En Rosdi dari UDM KUSZA, penolakan HINEX oleh KLIUC dan pemilihan Seketeriat baru. Saudara Syafik Asyraf dari KLKM KLIUC di minta oleh ahli mesyuarat untuk beliau membentangkan laporan penyertaan  beliau ke  9th International Youth Gathering For Cultural di Cairo dan di akhir mesyuarat kesemua perwakilan melawat Tapak Perkhemahan UDM di Pantai Merang.

 

 

bersama ketua pengakap negara

Perwakilan dari KLIUC

 

SUKARELAWAN BAJIR KLKM KLIUC dan IKRAM

Alhamdulillah, KLKM KLIUC beserta beberapa sukarelawan Ikram telahpun menyampaikan sumbangan yang dikumpulkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kota Tinggi hujung minggu yang lalu. Walaupun pada mulanya bercadang untuk ke Parit Sulong, Batu Pahat namun rancangan itu terpaksa ditukar pada saat akhir memandangkan laluan ke Batu Pahat yang masih dipenuh air.

Rombongan kami sampai di Masjid Jamek, Kota Tinggi pada awal pagi Sabtu 20 Januari 2007. Dalam keadaan yang masih terang-terang tanah, kami menyaksikan bandar Kota Tinggi yang suram dan senyap sunyi. Sungai Johor yang mengalir di tengah-tengah bandar walaupun sudah turun ke paras  biasa namun tetap berarus deras. Tanah-tanah kelihatan masih lembab. Di sepanjang jalan sampah sarap merata-rata.

Pagar-pagar di kebanyakan kawasan perumahan dipenuh dengan plastik-plastik, kertas, botol mineral yang tersangkut. Malah sampah
sarap ini juga tersangkut di atas dahan dan daun-daun pokok. Banjir kali kedua hari tu dikatakan naik hampir mencecah bumbung rumah (8 kaki) dan tingkat dua rumah kedai di bandar itu. Sedih dan menyedihkan.

Namun keadaan rupanya lebih sedih di kampung-kampung yang terlibat. Sadis.Itulah perkataan yang paling tepat apabila kami menyusuri Kg. Tembioh, Kg.Kelantan dan Kg. Panti. Kami sendiri tidak menjangka bahawa keadaan sebenar lebih dahsyat daripada apa yang dikhabar oleh media. Bagi kami, media kali ini gagal untuk menceritakan gambaran sebenar banjir di Kota Tinggi.

Hampir kesemua rumah-rumah papan di kampung itu diselaputi lumpur, ada yang sudah senget, hilang tiang, hilang dinding. Ada yang bahagian dapur rumah mereka hanyut dan lebih menyedihkan ada yang ranap dan musnah sama sekali.

Kami yang datang untuk membantu mengemas dan mencuci hilang punca bagaimana untuk memulakannya. Apa yang kami lihat di sana sini kemusnahan.Inilah yang dikatakan malapetaka, inilah yang dikatakan bencana. Harta benda tidak boleh diceritakan lagi. Segalanya musnah di bawa arus banjirdan ditenggelami air.

Ketika kami berada di Kg. Tembioh, kebanyakan pemilik-pemilik rumah baru sampai dari pusat pemindahan banjir. Kami menyaksikan seorang pakcik tua yang berdiri hampir setengah jam merenung rumah yang dihuninya selama  40 tahun ranap menyembah bumi. Dia berdiri saja. tidak bergerak, tidak terkata apa-apa. Seorang makcik di Kg. Kelantan duduk mencangkung dan kelihatan mengais-ngais seorang diri di hadapan rumah yang sebahagiannya runtuh. Sebak untuk kami memikirkan apa yang berada dalam fikirannya ketika itu.

Banjir kali pertama Disember lalu sudah terlalu menyedihkan. Lebih seminggu rumah mereka terendam. Penatnya tidak terkata membersihkan pakaian, periuk belanga dan pinggan mangkuk yang terendam. Dalam masa 10 hari saja banjir yang sama berulang. Malah lebih dahsyat lagi. Hampir seminggu juga rumah mereka tenggelam. Harta benda semuanya musnahdimasuki air dan disaluti lumpur. Semua orang baik mangsa atau tidak yang melihat sendiri keadaan banjir di sini pasti akan jadi keliru dan bingung.Keadaan ini sama sekali tidak terduga. Tidak terfikir bagaimana hendak memulakan hidup semula.

Apapun dalam keadaan musibah seperti ini, dalam sedih dan kecewa, kita tidak mempunyai kekuatan lain kecuali berbalik kepada Yang Esa. Sesungguhnya hanya Dia saja yang mampu menenangkan sepertimana kata seorang kakak yang kami temui di pusat pemindahan banjir.

"Apa nak buat. Bukan boleh dihalangpun. Dia nak bagi.... Dia nak bagi kita terima jelah..Inipun dah bersyukur sebab anak-anak semua selamat. Asalkan anak-anak selamat sudah.... Harta hilang..sedihlah..tapi... esok-esok boleh cari....,"

Yang pasti...mangsa-mangsa banjir ini tidak mempunyai apa-apa untuk membina semula hidup mereka. Yang nyata mangsa-mangsa banjir ini mengharap bantuan, keprihatinan dan pertolongan dari kita semua. Walaupun wang mungkin menjadi keperluan paling utama saat ini namun sumbangan tenaga tidak kurang pentingnya

 

Sukarelawan KLIUC dan IKRAM

 

Memberi Sumbangan kepada mangsa


 

KELANASISWA SERTAI HINEX KE 8 TERENGGANU

KLIUC Kuala Terengganu - Seramai 28 orang mahasiswa yang terdiri daripada ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, Kuala Lumpur Infrastructure University College telah menyertai Program Hinex Camp ke-8 yang diadakan di Kem Kokurikulum UDM, Merang, Setiu, Kuala Terengganu. Program ini diiringi oleh seorang pemimpin KLKM KLIUC.

Program ini anjuran oleh Universiti Darul Iman Malaysia yang bermula dari 03 Mei 2007 hingga 08 Mei 2007. Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan pertama bertolak dari KLIUC, pada 1 Mei 2007 jam 11.00 malam.Kumpulan ini seramai 23 orang . Bagi kumpulan kedua pula seramai 8 orang bertolak pada 4 Mei 2007 jam 4.30 petang Setelah tiba di tapak perkhemahan kira-kira jam 8 pagi keesokanya semua peserta bekerjasama memunggah barang dan menyiapkan tapak perkhemahan.

Aktiviti pertama iaitu cerapan langit telah bermula pada malam tersebut. Pada 4 Mei 2007, Majlis Perasmian Pembukaan telah diadakan bertempat di Dataran Kem Kokurikulum pada jam 9 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg Naib Canselor Universiti Darul Iman Malaysia iaitu Prof. Dato’ Dr. Alias B Daud. Majlis turut dihadiri oleh Ybhg Kolonel Prof. Dato’ Dr. Hj. Kamaruddin B. Hj Kachar selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Majlis bersurai pada jam 10.45 malam.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh semua peserta antaranya aktiviti air seperti berkayak, ’water confidence’, imbang berat dan berakit. Aktiviti lain seperti membuat keropok lekor, membuat kuih tradisional,merempuh halangan, ’explorace’ dan tarian rodat. Lawatan juga menjadi salah satu aktiviti bagi para peserta. Para peserta telah dibawa melawat ke Masjid Terapung Kuala Ibai, Pasar Payang, Pulau Duyung serta melawat Universiti Darul Iman Malaysia.

Program ini juga telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu kepengakapan yang telah dipelajari. Pada 6 Mei 2007 telah diadakan Majlis Jamuan Makan Malam sempena 100 Tahun Kepengakapan dan Hinex Camp ke-8 bertempat di Gem Beach Resort, Kuala Terengganu.

Pada masa yang sama Malam Gala Hinex telah diadakan di tapak perkhemahan. Setiap Kontinjen menghantar wakil untuk membuat persembahan. Pada 7 Mei 2007, Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Che Wan Takwa Bin Wan Abu Bakar selaku Tuan Pengerusi Jawatankuasa Hinex Camp ke 8.Majis tersebut turut dihadiri oleh Tn Hj. Jauhar B. Hj. Mohd Yasin selaku Pesuruhjaya Antarabangsa. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi

 

Kontigen KLKM KLIUC

Hosted by www.Geocities.ws

1