|
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, Kuala Lumpur Infrastructure
University College telah ditubuhkan pada 29 Julai 2004 oleh Mohd Hasry
bin Mohd Radzi dan di bantu oleh bekas Pensyarah KLIUC En Vasan
Mariappan dan di tubuhkan secara rasmi di Persekutuan Pengakap Malaysia
pada 29 September 2004. Seawal penubuhan KLKM KLIUC hanya di sertai
seramai 17 orang ahli tetapi kini berakhir September 2006 bilangan ahli
mencecah hampir 40 orang dan 18 orang alumni. Program pertama kami ialah
Pendakian ke Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan. Bermula dari Julai
2004 sehingga September 2006 KLKM KLIUC telah berjaya menjalankan hampir
50 aktiviti yang beraneka seperti perkhemahan, pendakian, kursus,
program bersama anak-anak yatim dan banyak lagi. Matlamat kami tahun
2005 ialah Kelanasiswa Revolusi Perubahan, matlamat ini telah mencapai
sasaranya walaupun baru setahun ditubuhkan. Tahun 2006 pula kami
menyahut cabaran Dr Che Pee, Timbalan Presiden HEP KLIUC dalam ucapan
beliau untuk menjadikan KLIUC To Be Number One dan bagi kami KLKM KLIUC
sasaran itu telah menjadi kenyataan. Apablia kami KLKM KLIUC mampu
berdikari sendiri, berjaya mewakili KLIUC ke peringkat antarabangsa dan
KLKM KLIUC mampu melahirkan ramai pemimpin yang berkualiti.
KATA PERANGSANG KLKM KLIUC
Rajin bercakap rajin berkerja (bagus). Rajin berkerja malas bercakap (kena buli).
Malas berkerja malas bercakap (tak guna),
Malas berkerja suka mengadu (kuat bodek).
Malas berkerja selalu ponteng (baik
berhenti), Malas berkerja suka menyibuk (baik mati)
|