SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, KUALA LUMPUR INFRASTRUCTURE UNIVERSITY COLLEGE, TAMAN ILMU IKRAM, JALAN SERDANG-KAJANG, 43000 KAJ
KENALI AKTIVITI AJK BERITA  KLKM

KLKM Ogos 2004

KLKM Februari 2005

KLKM September2005

KLKM Februari 2006

KLKM September 2006

KLKM Mei 2007

Pautan

KNIGHT ROVERS, KEDAH

 

 

KLKM KLIUC MASIH BERBISA

KLiUC - bersyukur ke hazrat ilahi kerana sekali lagi KLKM KLIUC berjaya menerbitkan kembali laman web KLKM KLIUC Edisi ketiga. Tanpa kita sedari Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, Kuala Lumpur Infrastructure University College telah bertapak di KLIUC selama 5 tahun. Pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan telah kami lalui sepanjang membangungkan pergerakan pengakap di KLIUC. Walauapapun dugaan yang kami hadapi kami tidak hiraukan yang penting kami bekerjasama sehingga kini dalam satu keluarga. KLKM KLIUC telah banyak membantu kami mengenali dunia. Para pemimpin KLKM KLIUC juga banyak memberi tunjuk ajar kepada kami tanpa mengira penat. KLKM KLIUC juga berjaya membentuk ahlinya menjadi manusia yang berguna.

Pelbagai  kenangan kami sepanjang bersama KLKM KLIUC  antaranya KLKM KLIUC merupakan Kelab yang paling aktif di KLIUC, Selain itu, dari segi kepimpinan ahli KLKM KLIUC begitu menonjol sehinggakan ramai diantara ahli KLKM KLIUC memegang jawatan tertinggi di dalam Majlis Perwakilan Pelajar (KLIUC), KLKM KLIUC juga berjaya menghantar seorang ahli mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia di Mesir. KLKM KLIUC telah di beri kepercayaan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (KLIUC) untuk menguruskan Program Desa Siswa (Program Anak Angkat) di Kampung Beris Jaya, Sik Kedah. Selain itu, Ahli KLKM KLIUC juga di beri peluang untuk menjadi Urusetia Kempori Muhibah Kuala Lumpur,  Perkhemahan Maritim Pengakap Kelana di Negeri Kedah dan Urusetia Jambori Antarabangsa Negeri Johor.

Setelah menamatkan pengajian di KLIUC kebanyakan ahli-ahli KLKM KLIUC diserap untuk menyertai Pasukan Pengakap Kelana di Daerah dan ada diantara mereka mampu untuk membuka sendiri Pasukan Pengakap kelana di Daerah masing-masing.

 

 

 KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, KUALA LUMPUR INFRASTRUCTURE UNIVERSITY COLLEGE, TAMAN ILMU IKRAM, JALAN SERDANG-KAJANG, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
KENALI KENALI AKTIVITI AJK BERITA

Hosted by www.Geocities.ws

1