KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamMohammad Fuad BebitAida ARDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Sajak > Jasni Yakub

 

Jasni Yakub

j a s n i  y a k u b

Sajak Jasni Yakub

CINTA PENGORBANAN

 

Dunia adalah saksi

pada batu kaku menanti

pada lalang melenggok riang

pada pohon melambai tenang

Gemersik saat dentingan terpaku

dan Ismail terkasima kaku

di antara kilauan pedang Ibrahim

yang menuntut keredaan

hikmah janji Tuhan dan tajam kalimah suci

memuntahkan rahmah Ilahi

menembusi tabir khilaf

Bila serakah merekah pintu amarah

pada tandus Sahara yakin

dia (Muhammad)

menitip bait-bait pusaka agung

sayu bisikan Khatijah

meruntun kasih Ali

Syukur

aku masih dapat meniti tiap lembaran Kitabullah

moga esok nur kembali bertapak

menyerlah indah warna-warni pelangi

inilah kemenangan fisabilillah

mengiringi butir-butir zikrullah

semerbak raihan di taman jannah

menguntum putik kemanusiaan

berbuah kesetiaan

dan mencambah subur amanah

dari jiwa hening muatiara

dari hari putih camar.

 

 

SUATU TAMSILAN ii

 

Duhai sang semut yang melata-lata

adakah kau mendengar derap kaki Sulaiman

tika dihentikan tunggangan untanya

lalu melempat sayu pandang bumi kontang

menghampar selimut pedoman pada daerah hitam

Dan dalam menghimbau masa muka jagat manusia

dia segak bertingkah menongkah arah

di depannya ada angin dari utara

membawa khabar tentang kabilah-kabilah

yang kontnag ilmu dan akidah

Lihatlah dengan ata hati dan mata batin

dia menggenggam panji-panjui mjahid

diaraknya ke menara iman sang pahlawan

engkau reda, kerana katamu

mereka datang dari basah sungai noda

yang kering telaga mahmudah

Syukur...kerana sekalian kabilah telah menyerah

tidak cukup tunduk dengan lidah

sekalian kabilah belajar kamus ukhuwah

sekalian kabilah menyelami jiwa mujahadah

noda dosa sanggup dibersih dengan darah!

Demikian riwayat Sulaiman Alahissalam

yang tak pernah padan oleh malam

yang tak mungkin gersang oleh malam

moga jadi tamsilan bagi kita yang sering

lupa mentafsir alam.

 

Ikatan Penulis Sabah,

Kota Kinabalu.

 

5  @

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Laman Web Rasmi IPS: http//webips.tripod.com
Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 23 May 2003 08:15:51 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1