KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Sajak > Hasyuda Abadi

 

h a s y u d a  a b a d i

Sajak Hasyuda Abadi

 

 

Muhammad Yazin

 

Atas desakan peristiwa yang tak terduga dalam kehidupan, Muhammad Yazin @ Abang telah kembali ke pangkuan ayah dan ibunya yang sebenar di Tenom. Ibunya, Hassimah adalah adik kedua penyair. Menyerahkan Abang pada usia empat bulan pada 1994. Puisi ini dihasilkan beberapa bulan perpisahan yang berlaku (2001) yang terpaksa berlaku demi masa depan anak lelaki kesayangannya ini. Meski saling berhubungan, tidaklah serupa masa bersama siang dan malam, mengharungi tawa dan susah. Apa pun pertalian persaudaraan tetap saling mengakrabi. Abang sering juga menangis bila bertemu. Dalam kalbunya siapakah yang tahu benih kasing sayang berumbi akar hingga menjadi pohon dan membuahkan rindu yang tak bernoktah. Demikianlah juga apa yang berlubuk di kalbu dua puteri penyair, Syazierah dan Syahfierah yang menganggap Abang bukan orang lain tetapi saudara kandung mereka.

 

Muhammad Yazin 

bersama Zierah(kakak) dan Fierah (Adik)

 

 

 

AIRMATA INI

yanyi Asmara Angin

 

- muhd yazin

ayah memberi laluan ini
dalam bahasa airmata yang mengalir
kapankah kau mesti mengerti
sedu ayah dari jauh melambaimu tiada mimpi.

tak ada bicara ayah saat ini
jika itulah hikmah yang melewati
retak rumah yang pernah memberimu
kenangan yang pernah membesarkan
makna yang lain.

kedewasaanmu harus bermula dari mana
ayah sesungguhnya keliru
meski darah yang mengalir pada tubuh
adalah darah kita
yang tak mungkin ada lupa
menjadi syarat kau tiba
mengucup kening menjulang hiba.

ketika kita tidak bersama
airmata ayah tak mungkin bijaksana
sekiranya bijaksanamu memberikan makna
jauh yang erat
jauh ini teguh
kerana airmata tak pernah bersuara
dalam bahasa yang mudah
biarlah ia berada di dalam selamanya.

kau gemilang membesarkan kedewasaan
yang hak kau harus mengagungkan
walaupun tanpa ayah di sisi
masih mengalir darah persaudaraan ini,
anakku.

Kota Kinabalu
17 – 18 September 2001
 

 

 

 

[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6  ]  

5  @

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:34 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1