KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Sajak > Hasyuda Abadi

 

h a s y u d a  a b a d i

Sajak Hasyuda Abadi

RIMBA RAYA KEHIDUPAN

 

cuba diam sejenak

mendengar suara angin

barangkali di situ ada warna jawab

yang membius kata membasahi maknanya,

cuba hiasi mimpi-mimpi

dalam rindu bayu pada danau

akan merasai damai nurani

menghafal awan yang kembang

 

biarlah mendung berarak

dan gerimis di damai danau

menghening rimba masa lampau

mendengar siul burung-burung duka,

biarlah mereka berlalu

dan danau ini akan menceritakan warna bulan

tanpa kata yang sesiapa memahami

 

bukan hanya kenangan

yang membesarkan kehidupan

inilah kampung halaman kedewasaan

denyut rimba raya

daun-daun yang aman

di sisi akarnya sendiri.

 

Laman Akar Cahaya

2 Disember 2002

 

 @

 

TITIK

 

jika inilah titikku

terimalah seadanya

mendengar nafasku

memahfumkan bahasanya

 

kebiasaanku barangkali

tak mungkin di sini

mempertahankan yang benar

selagi kehidupan harus digenapkan

 

keganjilan selalunya lumrah

yang luruh antara wangi bunganya

dan semua tumbuhan yang malu

hijau menebarkan warna

yang runduk

 

titikku jika di sini

kuterima seadanya

dan inilah sulaman salam

tak mungkin berulang

mendengar perbualan

yang sengaja dijatuhkan

                             hukuman

 

Laman Akar Cahaya

7 Disember 2002

 

[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 ]  

5

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:32 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1