DIRI SAYA
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI

Hai dan assalamualaikum, kawan,
Saya sudah cerita serba sedikit berkaitan dengan pendidikan saya dalam “DIRI SAYA”. Saya dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah tidak pernah bersekolah di sekolah berasrama.

Semasa bersekolah di sekolah rendah, saya tidak banyak melibatkan diri dalam apa-apa pertandingan ataupun yang berkaitan dengan wakil sekolah tetapi saya rajin menghadiri aktiviti kokurikulum dan jarang sekali ponteng. Mengenai keputusan UPSR, saya mendapat 4A1B sahaja. B itu merupakan subjek bahasa inggeris.

Di sekolah menengah, saya cuba melibatkan diri dalam banyak perkara antaranya, menjadi pengawas sekolah, menyertai banyak pertandingan dalam sekolah, menjadi naib pengerusi Kelab Reka Cipta pada tahun 2015, menjadi setiausaha Kelab Reka Cipta pada tahun 2016. Selain itu, banyak menyertai program yang dianjur pihak sekolah. Peperiksaan akhir tingkatan 3, (PT3) saya mendapat keputusan 6A dari 10 subjek yang didaftar manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, saya mendapat keputusan yang agak sederhana kerana banyak main.



Kini saya telah melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan mendapat Program Satu Tahun.