DIRI SAYA
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saudara/saudari,

Saya ingin bercerita sedikit sebanyak tentang hobi saya diwaktu lapang.

Sejujurnya saya tiada hobi yang tetap. Hal ini demikian, saya memiliki hobi yang pelbagai.

Antaranya ialah, membaca buku. Terdapat pelbagai jenis buku di dunia ini., hanya beberapa jenis buku sahaja yang saya tertarik untuk membacanya. Antaranya novel (tidak kira bahasa melayu atau inggeris), komik yang mengandungi ilmu yang bermanfaat dan juga buku-buku motivasi. Di rumah saya, terdapat banyak jenis bahan-bahan dari buku rujukan sekolah hinggalah ke buku-buku yang disebutkan tadi.

Selain itu, saya juga suka mengisi masa lapang saya dengan menonton movies dan drama Korea. Saya sangat suka menonton movie sehinggakan masa saya dipenuhi menonton cerita walaupun saya patut membuat kerja sekolah. Tapi saya sudah boleh mengawalnya. Kini, saya hanya menonton ketika betul-betul ada masa terluang.




Yang ketiga, jika saya mempunyai kelajuan Internet yang pantas, saya lebih suka mengisi masa dengan melayari Internet. Contohnya, melayari Facebook dan Youtube. Di Youtube, saya boleh mendapat pelbagai jenis video-video yang menarik berkenaan dengan pembelajaran. Tak kiralah pelajaran di sekolah ataupun ilmu yang boleh diaplikasikan di dunia sebenar.

Jadi itu sahaja hobi yang saya lakukan ketika waktu lapang, tapi bila kat matrik ni, xde masa dah nak buat semua tu. Bukan takde masa langsung, tapi sangat limited kerana perlu fokus kat pelajaran yang penting je dulu.