DIRI SAYA
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang sudi meluangkan masa mengunjungi laman web saya.

Saya diberi nama Siti Hawa Binti Hamsan yang berasal dari Sg Buloh, Selangor, Malaysia.
Hospital Bersalin Kuala Lumpur merupakan tempat saya dilahirkan pada 23 september 1999.

Saya merupakan anak tunggal dan ibu saya bekerja sebagai suri rumah manakala ayah saya pula bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Ramai yang kata hidup sebagai anak tunggal ni menyeronokkan tapi mereka tak hidup lagi kisah sebenar hidup saya. Hidup sebagai anak tunggal ni sebenarnya rasa sangat sunyi kerana tiada teman ingin bermain bersama.

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Pelong ketika berumur tujuh hingga 12 tahun. Inilah pengalaman saya bersekolah di sekolah. Ibu saya bercerita bahawa saya menangis teruk ketika hari pertama persekolahan. Hahaha saya pun x ingat apa yang berlaku ketika itu.

Sekolah kedua saya pula ialah Sekolah Menengah Bandar Baru Sg. Buloh. Saya belajar disini selama 5 tahun. Pelbagai pengalaman indah dapat diceritakan ketika belajar di sini terutamanya pengalaman bersama kawan-kawan. Saya banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan di sekolah walaupun waktu persekolahan sudah tamat. Kami juga ade menyertai program ‘bengkel ilmu’ dimana semua pelajar terlibat diminta tidur di sekolah. Yang menariknya, kelas saya ditempatkan ditempat yang paling selesa berbanding kelas-kelas lain kerana dulu saya menduduki kelas rancangan khas(KRK). Inilah pengamalan pertama kedua tidur di sekolah. Pengalaman pertama, saya pernah tidur di sekolah rendah pada tahun terakhir persekolahan.

Semasa di sekolah menengahlah saya mendapat pelbagai pengalaman yang indah. Saya mula aktif dalam kokurikulum. Sebenarnya saya memang aktif kokurikulum dari sekolah rendah lagi, tapi di sekolah menengah semakin banyak saya sertai. Ini semua sebab guru-guru di sana bantu kami untuk memperolehi markah koko juga rakan-rakan yang selalu menceriakan suarasa and setia disamping ketika susah atau senang.

Kebanyakan kawan-kawan saya yang rapat di sekolah menengah ialah kawan saya ketika di sekolah rendah. Jadi, kami memang betul- rapat antara satu sama lain.

Tapi kini, kami semua berpisah kerana masing-masing mendapat tawaran belajar di tempat-tempat yang berlainan. Dan saya cuba untuk mendapatkan kawan yang baik seperti mereka disini, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, iaitu kawan yang ada ketika susah dan senang.

Itu sahaja yang mampu saya cerita, sekian terima kasih :)