PERUBATAN DALAM ISLAM

Di dalam tamadun Islam dan sejarah perkembangannya, bidang teknologi perubatan telah lama dipraktik dan diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa �Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan juga untuk mengembalikan kesihatan ketika hilang�.

Sebagaimana Islam memberi keutamaan kepada kesihatan rohani (aqidah), ia juga memberikan perhatian kepada bidang perubatan jasmani samada Perubatan Rawatan atau Perubatan Kawal-Cegah, sekali pun perhatiannya terhadap Perubatan Kawal-Cegah itu lebih banyak.

Islam mewajibkan  setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Diantaranya ialah merawatinya ketika ia sakit. Baginda Nabi Muhammad S.A.W. dalam beberapa hadisnya memerintahkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan dengan berubat untuk menyembuhkan penyakitnya.

Apabila penyakit itu bertemu dengan ubatnya maka sembuhlah ia. Itulah yang disebut sebagai keserasian. Namun dalam proses mencari ubat, manusia sering menemui jalan buntu. Sering kita dengar seseorang itu telah dijangkakan tidak mempunyai harapan untuk hidup oleh doktor, namun selagi jangkaan tarikh tersebut tidak menepati ketentuan Allah S.W.T. orang berkenaan tetap hidup, biar pun jangkaan ini benar-benar terjadi. Hanya Allah S.W.T. yang menentukan ajal maut seseorang.

Dalam kaedah perawatan Islam, unsur yang dapat menyembuhkan bukanlah ramuan ubat semata-mata tetapi juga unsur harapan kepada Allah S.W.T. yang tidak akan mensia-siakan orang yang bergantung kepadaNya. Setiap kali putusnya harapan dan cita-cita, maka sulit lagilah pesakit itu akan sembuh. Sesungguhnya rawatan yang hakiki mestilah merangkumi jasmani dan rohani sekali gus.

Dengan pendekatan ini ramai para tabib atau doktor telah membuktikan mereka mampu merawat pesakit mereka dengan lebih sempurna dan sewajarnya. Akhirnya mereka telah menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Herba Penawar Al Wahida
Penyakit & Cara Mengatasinya
Punca Penyakit
Set Pemakanan Sihat
Perawatan Alami
Herba Alami
Hubungi saya:
Name: Ramly Ahmad
Email: [email protected]

 
Hosted by www.Geocities.ws

1