"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

PUNCA PENYAKIT

Fahaman herbalisma menyatakan sesuatu penyakit itu tidak disebabkan oleh bakteria ataupun kuman daripada luar. Pada segi logiknya kita mendapati semua virus dan bakteria telahpun berada di keliling kita tetapi kenapa kita sakit di satu-satu waktu dan sihat di waktu yang lain.

Jawapannya ialah punca penyakit itu datang daripada dalam tubuh manusia itu sendiri. Keadaannya berlaku ialah ketika tubuh manusia penuh dengan racun-racun dan sisa makanan yang membusuk, tubuh menjadi lemah dan tidak mampu mencegah serangan bakteria atau virus akibatnya muncullah pelbagai jenis penyakit lain. Jadi sumber utama daripada penyakit itu bukanlah zat yang ada diluar seperti bakteria dan virus tetapi berpunca daripada kotoran yang ada di dalam tubuh badan seseorang yang disebabkan oleh sistem pencernaan dan pembuangan yang tidak sempurna.

MAKANAN BERALKALI & BERASID

Dalam keadaan biasa, darah manusia bersifat alkali iaitu pH 7.4, dalam keadaan ini proses kimia badan berjalan lancar dan semua kotoran akibat proses ini dapat dilenyapkan dengan cepat . Akan tetapi apabila terlalu banyak makanan yang bersifat asid masuk ke dalam badan akan mengakibatkan tubuh dan darah menjadi asid, limpa, hati, jantung, buah pinggang yang merupakan organ menjernihkan darah terlalu dipaksa bekerja dan akhirnya organ-organ tersebut menjadi lemah dan mudah diserang dengan penyakit. Sampah yang beracun itu tidak dibuang dengan baik dan berkumpul di persendian-persendian menyebabkan rhematik dan sakit urat atau racun itu keluar melalui kulit menjadi jerawat dan bisul. Jadi keadaan asid ini akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser, lumpuh, sakit buah pinggang, hati, batu hempedu dan pelbagai jangkitan seperti darah tinggi, lemah jantung, athma, lemah tenaga batin dan lain-lain.

KESAKITAN

Sakit itu merupakan usaha tubuh melenyapkan sisa-sisa beracun dalam badan. Badan menjadi keracunan (toxemia) akibat daripada bertimbunnya sampah metabolisma, secara universal diakui sebagai sumber penyakit. Jadi untuk tujuan rawatan bukan penyakit yang harus diubati tetapi badan itu sendiri yang harus dibersihkan daripada racun-racun yang bertimbun itu.

Beberapa tanda permulaan menunjukkan badan kita tidak bersih iaitu ketika bangun pagi berkahak, hingus dan hidung tersumbat, warna kulit tidak bercahaya, bau badan keterlaluan, pening, kembung, sakit kepala, perut sebu, nafsu makan kurang, mata merah, banyak peluh dan sebagainya. Apabila ada tanda-tanda tersebut segeralah membuat pembersihan badan jika dibiarkan berlarutan boleh mengakibatkan kemampuan mental terganggu, sakit kepala, sakit punggung, rabun, anggota tubuh menggeletar, rasa letih, sakit pada sendi-sendi, telinga berdengung, batuk-batuk dan sangat peka pada debu.

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KOTORAN

1. Bisul-bisul di kulit

Darah cuba menghilangkan racun yang terkumpul melalui kulit dengan membentuk jerawat, bisul dan lain-lain.

2. Kembung perut, sendawa dan buasir

Makanan yang membusuk di dalam tubuh akan membentuk gas yang busuk dan sebahagian terserap dalam darah mengakibatkan keracunan darah.

3. Sembelit

Sembelit atau tersumbatnya usus oleh sampah toksid merupakan salah satu penyebab pelbagai penyakit.

4. Panas

Panas tinggi terjadi bila butir-butir darah putih berperang melawan racun di dalam badan.

5. Batu karang

Batu-batu ini merupakan kristal-kristal beracun yang berkumpul di dalam pundi kencing dan buah pinggang.

6. Tekanan darah tinggi

Apabila kotoran beracun dan zat lemak melekat di dinding bahagian pembuluh darah maka kotoran itu menyumbat aliran darah. Otot jantung harus bekerja keras untuk mengepam darah melalui pembuluh yang sempit.

7. Gangguan emosi dan mental

Badan yang terlalu berat dengan kotoran beracun, tidak mampu mengirim oksigen ke otak. Bahkan, otak juga penuh dengan kotoran beracun dan akibatnya terjadi gangguan emosi.

8. Arthiritis

Setiap tulang dalam persendian, dibungkus dengan cartilage dan apabila asid berkumpul di dalam cairan sendi, sendi akan membengkak dan cartilage menjadi kering serta rapuh.

9. Alergi dan athma

Kerana adanya racun di dalam tubuh, dinding berlendir yang melapisi pipa-pipa pernafasan ini penuh dengan kotoran akan teransang dan membengkak untuk meneuteralkan enzim histermin akan merangsang reaksi alergi - bersin, batuk, hidung dan mata berair.

10. Penyakit hati

Hati juga tersumbat dengan kotoran dan tidak dapat bekerja dengan baik untuk mengeluarkan hempedu bagi mencernakan zat lemak di dalam makanan.

11. Penyakit gigi

Kotoran beracun akan melarutkan lapisan enemal paling luar dan menghancurkan gigi dalam.

LIMA KAEDAH PENYEMBUHAN

1. Dengan menghilangkan sisa toksid dalam badan

Misalnya tumbuh-tumbuhan yang mengandungi antraquinon glikosid yang akan merangsangkan usus dan menyebabkan pembuangan hasil sisa oleh usus. Tumbuhan lain yang baik untuk sembelit seperti kangkung, kayu manis, air tebu, isi jambu masak dan lain-lain.

2. Dengan merangsang tindakbalas tubuh

Misalnya halia yang mengandungi glikosid yang merangsang pembuluh darah dan memperbaiki peredaran darah. Gentian dan tumbuhan pahit merangsang proses pencernaan.

3. Dengan menyesuai dan mengimbangkan proses tubuh

Misalnya bunga teratai untuk menormalkan denyut jantung, halia dan bawang untuk hati, hempedu bumi untuk paru-paru, akar lalang untuk ginjal, akar tongkat ali dapat mengimbangkan pengeluaran progesteron dan estrogen kerana mempengaruhi kegiatan kelenjar pituitari.

4. Dengan melindungi terhadap hal-hal yang tidak diingini

Misalya bawang putih memerangi jangkitan bakteria dan kulat dan beberapa tumbuhan yang membentuk antiseptik pada permukaan jaringan.

5. Dengan menenangkan proses tubuh

Misalnya pegaga untuk kelelahan mental, kayu manis mengubati luka usus. Beberapa tumbuhan berguna untuk meredakan kesakitan seperti minyak cengkih untuk sakit gigi.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1