"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

TIB ALAMI

Ilmu warisan herba merupakan salah satu ilmu yang perlu diperturunkan dengan tertibnya agar ianya diberkati. Semua ilmu datang dari Allah dan penyembuhan juga datang dari Allah yang bersifat As-Shafi.

Kebanyakan kita sedia mengetahui tentang kelebihan melakukan SINERGI dalam perubatan herba. Sinergi menggabungkan ratusan pytonutrien yang paling kuat membantu tubuh badan manusia melawan penyakit.

Sinergi ini telah diajar kepada ribuan para pengedar bertauliah HPA sehingga mereka mampu mencadangkan herba dengan tepat dengan penyakit yang dialami oleh pengguna. Daripada pelbagai spesis herba dan pelbagai rasa yang diambil dari melebihi 7 tanah bukit kami sepadukan dalam 3 kaedah tercepat, mujarab dan mudah. Kami mempunyai keyakinan bahawa penyakit berpunca daripada 3 gejala utama iaitu keracunan, ketidakseimbangan angin dan  suhu yang tidak stabil di dalam badan. Tindakan yang paling tepat ialah nyahkan racun dengan menggunakan D'TOrK, imbangkan tekanan angin melalui D'Karm dan kawal suhu tubuh melalui D'Heat.

D'TOrK

KOD:KD01  60BIJI  RM75.00

D'TOrK membawa konsep "Pembersihan" atau "Cleansing" melalui penyingkiran toksid di dalam hati, ginjal, usus, darah dan nodus limfa.

Kami tidak menyatakan semua penyakit dapat diubati dengan pengambilan D'TOrK tetapi kami ingin menyampaikan berita gembira. Ramai mereka yang tampil memberikan testimoni kesembuhan penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D'TOrK.

D'TOrK bukan ubat, ia hanya makanan kesihatan yang mempunyai potensi puluhan kali ganda ubat. Tidak semestinya penyakit hanya dapat disembuhkan dengan ubat kimia, pancaran, kimoterapi dan pembedahan sahaja. Puluhan potensi herba yang tergabung dalam sinergi pilihan mampu disediakan oleh mereka yang benar-benar mengerti TIB ALAMI.

Bagaimana melihat keberkesanan herba

Tubuh yang diselimuti dengan keracunan akan mempengaruhi sistem imuniti. Sistem imuniti yang rendah pula akan mempengaruhi metabolisma tubuh. Tidak perlu kita memperkatakan penyakit kerana yang kita hendak perbaiki ialah sistem imuniti. Bukankah penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, gout dan ratusan penyakit lagi bermula daripada daya tahan tubuh yang rendah? Kenapa orang lain sihat dalam waktu kita sakit? Bila sakit tenaga kita hilang. Inilah isyarat yang paling mudah mengesan penyakit dan ubat.

Bila kita mengambil ubat dan kita kembali mempunyai tenaga sama juga dengan tenaga imuniti yang semakin bangkit, kuat untuk menolak penyakit keluar. Selepas 7 hari mengamalkan D'TOrK tenaga anda akan bertambah, menandakan sistem imuniti anda kian kuat dan bangun semula mengambil tempat mempertahankan tubuh badan. Inilah kaedah terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu D'TOrK juga dikenali sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh.

Berapa dos yang perlu diambil

Bergantung kepada berat tubuh anda:

Bawah 40 kg : hanya 1 hingga 2 kapsul sahaja sehari.

40kg ke atas : 2 hingga 4 kapsul sehari sebanyak 2 kali.

Pengambilan herba sebaiknya dilakukan semasa perut kosong. Sekiranya anda menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser dan lain-lain lagi maka dicadangkan pengambilan herba tersebut dibuat selepas makan.

D'Karm

KOD:KD02  60BIJI  RM75.00

Punca penyakit yang kedua mengikut kefahaman herbalisma adalah dari ketidakseimbangnya angin dalam tubuh. Gejala ini khususnya disebabkan sistem pencernaan yang telah rosak, pembedahan terutamanya di bahagian perut, masalah enzim dan kolon yang tersumbat.

Cinnamomom Spp atau jenis pohon teja adalah herba yang paling terbaik dalam resepi ini. Selain daripada mengandungi minyak meruap seperti minyak kulit kayu manis ia mengandungi kandungan bahan aktif seperti cinnamic aldehyde, cinnamy acetate. cinnzeylanol, phenylpropyl acetate, tanin, saffrol dan lain-lain lagi.

D'Karm diperkuatkan lagi dengan psylium sejenis herba yang mempunyai keupayaan mengembang seperti jeli di dalam saluran penghazaman termasuk di usus. Psylium amat terkenal di seluruh dunia sebagai herba bagi pencuci kolon.

Pencucian kolon (colon cleansing) ialah satu kefahaman dalam idologi tertua perubatan herba yang menyatakan hampir 90% penyakit berpunca daripada kolon yang tersumbat. Psylium sering digunakan dalam perubatan herba di dunia.

Kesan pengembangan jeli psylium ini ia akan menarik seberapa banyak saki baki hampas buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasai lawas buang air besar dan dapat menghilangkan sakit pinggang dan sendi dengan ketara. Dalam tempoh 6 bulan kadar kolesterol akan menjadi normal dan tekanan darah tinggi juga akan hilang.

Dua tanda yang biasa kita gunakan dalam pengecaman bagi pesakit jenis ini ialah tangannya yang dingin serta terdapat bintik-bintik putih di tapak tangan.

Dos yang digunakan sama seperti D'TOrK iaitu melihat daripada berat badan. Pengamal herba D'Karm ini perlu meminum air yang mencukupi iaitu 2.5 liter sehari. Bagi tujuan pengubatan yang serius, berikan air barakah yang dikeluarkan oleh HPA. Kesannya juga dapat dilihat tidak lebih daripada 7 hari selepas mengamalkannya.

D'Heat

KOD:KD03  60BIJI  RM75.00

Tubuh mempunyai keupayaan mengawal suhu badan. Apabila mekanisma ini telah rosak maka tubuh sering berada dalam suhu yang panas atau terlalu sejuk. Kesannya terjadi gangguan saraf dan masalah hormon.

Muka dan lidah menjadi pucat menunjukkan kedinginan ataupun menjadi merah dan tekanan darah meningkat menandakan panas, pesakit juga seringkali mengalami masalah emosi.

Pernahkah anda mendengar perawatan vitamin C mega dos? Roselle ataupun Hibiscus sabdarifa mengandungi vitamin C 20 kali ganda daripada citrus (lemon). Ia disinergikan dengan menggunakan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (melawaskan pembuangan air kencing) dan antipiretik (membuangkan kepanasan).

Di manakah tumpuan pengubatan D'Heat

Penumpuannya diberikan kepada melancarkan perjalanan darah. Darah merupakan agen yang amat penting terutamanya dalam menyampaikan oksigen dan nutrein yang diperluakn oleh tubuh. Penyakit yang dapat kita lihat akibat daripada masalah perjalanan darah yang tidak seimbang ialah seperti berikut :

1. kencing manis - berkurangnya aliran darah ke pankrias mengurangkan kemampuan penghasilan insulin.

2. migrain - terganggunya pembekalan darah ke kepala mengakibatkan sakit kepala sebelah dan lain-lain.

3. sakit sendi - terganggu bekalan kepersendian mengakibatkan sukar bergerak.

4. sinusitis - tersumbatnya saluran oksigen di daerah sinus menyebabkan timbul simtom pening, selsema, bersin dan lainnya.

5. senggugut - terganggunya pusingan darah haid akibat daripada pengaruh hormon yang mengakibatkan sakit perut dan sakit kepala.

6. sakit jantung - tersumbatnya kolesterol buruk di dinding arteri akibat dari darah yang terlalu kental.

7. stroke - akibat penyempitan pembuluh darah akibat tekanan darah tinggi.

8. hipertensi

9. insomnia (susah tidur)

Akibat daripada tidak lancarnya perjalanan darah juga menyebabkan berlakunya penyakit seperti gout, asma, parkinson, sembelit dan gagal ginjal.

Wujudnya mineral dalam herba menyebabkan vitamin C dapat diserap dengan kadar lebih tinggi.

Apa yang penting tumpukan perhatian dan pengamatan anda , kebanyakan penyakit dapat diubati dengan 3 perinsip herba alami ini.

LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1