SINERGI DALAM RAWATAN

"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

Satu lagi kesamaan dengan perubatan moden dalam perawatan menggunakan herba ini adalah dalam kaedah sinergi ubat. Contohnya, bagi orang yang demam sinerginya meliputi ubat demam, antibiotik dan pelengkapnya seperti vitamin, ubat selsema, ubat batuk dan sebagainya mengikut gejala yang dialami oleh pesakit.

Sinergi yang lengkap, sesuai dan tepat amat penting bagi memastikan:

meningkatkan potensi keberkesanan

mengelakkan kesan sampingan

mengurangkan kekerasan ubat

mempercepatkan kesembuhan

Sinergi ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama :

Sinergi Wajib

Secara amnya herba berfungsi untuk memulih dan memperbaiki keseluruhan sistem tubuh (homeostasis) agar dapat mengekang tubuh daripada serangan penyakit yang dideritai.

Ramuan pegaga yang terdapat dalam produk Teh Herba dan Health-B yang terbukti secara saintifik mampu bertindak positif ke atas sistem peredaran darah ke seluruh tubuh dengan cara menguatkan urat dan capillaries. Kesan ini amat berguna untuk membantu mereka yang tidak aktif atau terlantar kerana sakit. Lebih-lebih lagi pegaga secara semulajadinya bersifat depuratif (pembersih darah) dan diuretik (pelancar kencing) iaitu dua fungsi utama yang dapat membawa kelegaan kepada pesakit. Keharmonian semulajadi ini akan mendorong ke arah pemulihan tubuh. Oleh itu setiap pengedar perlu menyertakan Teh Herba atau Health-B sebagai kombinasi utama mereka. Pegaga juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Sinergi Asas

Sinergi asas ini adalah berdasarkan diagnosis atau penyakit yang dihidapi. Contohnya, bagi mereka yang mengidap resdung (sinusitis) disyorkan mengambil Coscinium, penghidap asma disyorkan Morinda, penghidap sembelit disyorkan Pelawas atau Ficus, dan lain-lain lagi mengikut produk yang dikeluarkan.

Sinergi Pelengkap

Kebiasaannya mereka yang menghidapi penyakit tertentu turut mengalami gejala-gejala yang timbul akibat penyakit tersebut. Contohnya, penghidap resdung mungkin mengalami gejala seperti jerawat, jeragat/tompok hitam, selsema yang berterusan, keguguran rambut, kelemumur, sembelit dan buasir. Oleh itu antara produk yang boleh disyorkan sebagai sinergi pelengkap ialah Bedak Jasmin, Bedak Tompok Hitam, Morinda, Minyak Pandan, Syampu Sintok Dara, Pelawas dan Ficus. Begitu juga pesakit kencing manis disyorkan mengambil Malac sebagai pelengkap bagi membantu fungsi buah pinggang.

Perlu diingatkan bahawa, setiap sinergi ini akan bersepadu secara berkesan bagi membantu proses pemulihan yang sepenuhnya. Sebarang pengabaian mana-mana sinergi mungkin membantut dan melambatkan proses pemulihan.

LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1